Dec 03, 2018 - 24

Mengapa Anda Perlu Mencuba Hidangan dan Minuman Terbaru The Coffee Bean & Tea Leaf ? — Ini Sebabnya…

The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) telah melancarkan kempen ‘This Holiday our Home is Your Home’ bersempena Hari Krismas dan cuti hujung tahun. Nak tahu apa yang menarik tentang hidangan CB&TL lihat ini,

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf

 

 

 

Menjelang akhir tahun ini, bagi meraikan musim tradisi dan kebersamaan, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) mengalu-alukan kehadiran anda sebagai tetamu istimewa ke rumah yang dekat di hati, iaitu di setiap rangkaian kedai CB&TL di seluruh Malaysia.

 

Bersempena musim cuti ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) menampilkan seleksi menu makanan dan minuman baharu. Antaranya:

 

  • Velvet Cookie Cheesecake (RM12.95 sepotong, RM128.00 untuk sebiji kek) – Karya hidangan unggul yang terkini dari CB&TL, kek keju istimewa dihiasi biskut rangup dan krim keju, dipenuhi asas red velvet.

 

  • Raspberry Dream Log (RM12.95 sepotong, RM118.00 untuk sebiji kek) – Penyediaan berbeza kek log tradisional, dihidangkan bersama raspberi, coklat, koko dan badam.

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

  • Spice Kissed Cupcake (RM11.85 sebiji) –  Pajek kelazatan disertakan kayu manis, halia, molase dan lebkuchen di dalam kek cawan unik ini!

 

  •  Snow Frost Kraffin (RM10.40 sebiji) – Serpihan kacang badam, buah pala dan kranberi dibungkus dalam kulich tradisional Rusia dihiasi dengan gula salju

 

  • Varian biskut baharu yang turut menarik jika dijadikan sebagai hadiah (RM5.90 sekeping): Choc Mint Frost Cookie (kelazatan yang dipenuhi dengan kacang pecan cincang, pudina dan coklat gelap yang pasti cair di mulut), Lemon Snowflake Cookie (manisan hebat lagi menyelerakan untuk musim cuti dibuat daripada lemon dan kranberi) dan Winter Night Cookie (rangup, tersendiri dan semestinya untuk penggemar coklat, dibuat daripada coklat gelap dan serbuk koko).

 

  • Grandpa’s Turkey Sandwich (RM23.50 setiap satu) – Hidangan tradisi terus ke pinggan anda, sandwic ini dilapisi dengan keju brie, chutney kranberi dan daun arugula saling melengkapi dengan hirisan daging ayam belanda salai.

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 


 

Selain itu, CB&TL menyediakan seleksi minum terbaru antaranya Midnight Cookies & Cream Ice Blended® — diperbuat daripada coklat gelap dan biskut hancur yang pasti cair di mulut; Peppermint Nitro Latte, siri Double Chocolate Peppermint Ice Blended®, (latte panas / sejuk atau koko panas / sejuk), dan siri Red Velvet (Ice Blended®, atau koko panas / sejuk). Seleksi minuman perayaan ini berharga bermula dari RM15.95 ke atas.

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

Bermula hari ini sehingga 10 Disember 2018, tetamu CB&TL boleh menikmati diskaun 20% untuk pek parti Holiday, roti tradisional Holiday terpilih dan kek Holiday dengan Promo Early Bird, sah dengan kad The Coffee Bean di semua rangkaian dan pesanan melalui laman sesawang.

 

Selain itu, CB&TL juga mengalu-alukan tetamu untuk berkongsi kemeriahan perayaan ini dengan tag hadiah yang menarik yang terdapat di semua store CB&TL.

 

Setiap jualan tag hadiah ini akan disumbangkan kepada inisiatif pro-sosial Caring Cup CB&TL serta bantuan kecemasan tempatan yang memerlukan di Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini, berita dan promosi CB&TL, ikuti laman sosial Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, atau Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web www.coffeebean.com.my.

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

 

Kredit foto: The Coffee Bean & Tea Leaf 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.