Jun 14, 2019 - 3262

Bila Tunku Azizah ke Dapur Rizalman — Rasa Pakai Jari, Buka Plastik Pakai Gigi Je!

Ini bukan biasa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mencemar duli turun ke dapur pereka busana kesayangannya, Dato' Rizalman Ibrahim.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Intrend -rizalman 1

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

 

KALAU kamu antara 649k followers Dato' Rizalman Ibrahim, pasti kamu tahu rutin kegemarannya sepanjang bulan puasa yang lalu apabila kerap memuatnaik video masakan di Instastory miliknya.

 

Setiap video masakannya dinanti oleh semua pengikutnya sehingga ada yang sanggup menyalin kembali resepi-resepi yang dikongsinya dan tidak kurang juga yang berkata harinya tidak lengkap tanpa menonton video masakannya itu!

 

 

Intrend-rizalman 2

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

 

Ramai Peniaga Terkena Tempias

Hasil daripada videonya itu juga, bukan setakat pengikut-pengikutnya dapat menambah koleksi resepi, malah ia memberi tempias kepada beberapa peniaga yang secara tidak langsung disebut oleh pereka tersohor itu.

 

Tidak hanya peniaga-peniaga yang menjual produk makanan, malah penjual periuk tembaga yang selalu digunakan Rizalman juga menjadi rebutan ramai.

 

 

 

Intrend-rizalman 3

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

Bermula apabila ramai yang asyik bertanya tentang perkakas yang digunakan oleh Rizalman ketika memasak, Rizalman yang terkenal sebagai individu yang tak lokek ilmu itu dengan selamba memberitahu dari mana dia mendapatkan item-item tersebut.

 

Salah satu yang kini menjadi viral ialah periuk tembaga yang dibelinya dari Pasar Payang, Terengganu. Tempias daripada itu, katanya kedai peniaga yang menjual item itu diserbu sehingga stok kehabisan!

 

Itulah penangan seorang Rizalman Ibrahim!

 

 

Intrend-rizalman 5

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

 

Dapur Bernilai Tinggi

Dapur miliknya tidaklah seluas mana malah perkakasnya juga saya kira ada yang lebih mewah dari dapurnya itu, tetapi apa istimewanya sehinggakan ada nilai yang berharga di dalamnya?

 

Ia bukan tentang berapa nilai marble dapurnya atau berapa harga periuk atau sudipnya itu, tetapi bagaimana ia dimanfaatkan sehingga menjadi keterujaan kepada sesiapa sahaja yang menonton rakaman langsung dari situ.

 

Selain gemar memasak sajian pusaka resepi peninggalan arwah ibunya, Rizalman juga sering menurunkan petua-petua yang kebanyakan generasi hari ini tidak tahu.

 

Tidak kurang juga dengan selingan jenakanya yang spontan dan ‘straight forward’ itu. Ada netizen yang kata sudah lali dan bersedia untuk menerima apa saja bebelan beliau sekiranya komen yang ditinggalkan menyakiti hati beliau. Hahaha...

 

 

 

Intrend-rizalman 7

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

Mungkin berkat daripada sikap beliau yang pemurah dan suka memanfaatkan setiap apa yang dimilikinya kepada yang lain, maka Allah ganjarkan beliau dengan pelbagai penganugerahan yang tak terhingga.

 

Malah, menjamu orang itu juga salah satu daripada sedekah yang sangat digalakkan dalam Islam. Maka, jangan kita tidakkan kebaikan yang jelas sekali dimiliki oleh beliau.

 

Maka, apabila semalam Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mencemar duli turun ke dapur beliau untuk turut menunjukkan skil masakan baginda, seluruh pengikut Rizalman bagaikan orang mengantuk disorong bantal.

 

Semua orang tahu sifat Tunku Azizah yang gemar menyantuni rakyat-jelatanya dengan air tangan baginda. Inilah momen yang sangat dinanti oleh followers Rizalman.

 

 

 

 

 

Gelagat Bersahaja Tunku Mencuit Hati

Sesuai dengan gelarannya sebagai Permaisuri Berjiwa Rakyat, baginda nampaknya tidak kekok saat bersama-sama Rizalman memasak di dapur. Gelagat baginda yang merasa rendang dari dalam kuali menerusi jarinya mencuit hati.

 

Malah, tingkah baginda yang memasak tanpa protokol itu menarik perhatian apabila baginda dengan spontan membuka peket perencah hanya dengan menggigit.

 

 

 

 

Usik Rizalman, “Tengok Tunku pun cuci sisa dalam blender dengan air dan tuang semula ke dalam kuali...” Begitulah betapa humble dan luhurnya budi seorang Permaisuri yang tidak meletakkan jurang antara baginda dengan rakyat biasa.

 

 

Antara lauk-pauk yang sempat dimasak Tunku Azizah dari dapur Rizalman ialah Gulai Nenas Udang, Asam Pedas Ayam Daun Cenehom, Ikan Bilis Kicap, Pindang Serani Ikan dan  Sayur Buncis Udang Kering.

 

 

Intrend-rizalman 11

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

 

 

Intrend-rizalman 8

Kredit foto: IG rizalman71

 

 

 

 

Intrend-rizalman 9

Kredit foto: IG rizalman71

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.