Oct 29, 2014 - 4

Adakah dia ‘Mr Right’ Izara Aishah?

Percaya atau tidak, ini sampul solo pertama Izara Aishah sama InTrend. Terakhir dia muncul sama enam wajah lain untuk sampul depan ulang tahun 2012

Kemeja putih polos, celana cetak floral Adidas dan sandal sarung tumit baji Bebe jadi sarungan Izara pada pagi itu, wajahnya segar, tersenyum senantiasa dan mudah mesra berbual sama semua sambil melabuhkan punggungnya di kerusi besi. Kala Bong mula mewarnakan wajahnya, busana sudah tiba di set, bergantungan adalah helaian kasual daripada koleksi eksklusif Alexander Wang x H&M yang bakal dipasarkan November nanti (kala rakaman ini dilakukan), sepantas itu Izara bangkit dari kerusi dan membelek setiap helaian yang dihantar. “I love it, cukup sporty, sexy and wearable, Alexander Wang memang bijak,” bilang Izara, yes this girl knows her stuff. Fesyen sudah lama menjadi minatnya dan glossy magazine sudah menjadi ikutan kala mereka look yang dimahukan.
Izara-Profil(nov14)4.jpg
Agak lama menyepi daripada industri?

Tidaklah berpergian ke mana pun, cuma Izara ambil masa untuk berehat dan manjakan diri. Hampir dua bulan Izara luangkan waktu untuk diri sendiri dan keluarga. Semenjak Ramadan dan Aidilfitri, Izara kosongkan jadual kerjaya dan cuba relakskan minda.

Izara dan SHISEIDO cukup serasi?
Yes, definitely. Antara sebab utama Izara terima tawaran ini adalah kerana jenama SHISEIDO itu sendiri yang cukup kuat dan terkenal. Ia punya rekod yang kukuh dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk kecantikan. So since I do trust this product Izara rasa tidak pelik untuk jadi wajah wakilannya. Produk SHISEIDO Ultimune ini Izara gunakan sudah lebih tiga bulan dan dapat rasakan kehebatannya. Kulit Izara bagai dicaj semula. Kulit lebih lembut, halus dan lembap selain lebih berseri, anjal dan kuat. Selain daripada mudah untuk digunakan, SHISEIDO Ultimune memiliki tekstur yang ringan dan punya wangian yang cukup soothing dan bertenaga.

Fazura menamakan Izara sebagai barisan muda yang punya sinar cerah dalam dunia hiburan dan komersil. Komen?
Benar Fazura bilang begitu? Ini boleh buat Izara kembang semangkuk ni, hahaha… Walau bagaimanapun, Izara berterima kasih dan bersyukur apabila diberi gelaran begitu, namun risau juga kerana ia menjadi satu tanggungjawab yang agak berat dan perlu untuk Izara fokus dan latih diri agar benar-benar bisa setanding sama mereka yang I look up to
 Izara-Profil(nov14)2.jpg
Apa yang didambakan dalam dunia hiburan?
Mahu earn the industry’s respect. Selain daripada itu, rasanya semua dambakan trofi Pelakon Wanita Terbaik, bukan? Beralih arah, kita bicara soal hati pula? Hahaha… apa yang mahu tahu? Kala ini Izara memang sedang berkawan sama seseorang, biarlah siapa yang tahu, tahu dan siapa tidak tahu leave it there. Tidak mahu mencanang satu kota yang kita sedang bercinta. I am very happy now dan biarlah ia berjalan secara kasual dan santai, kami masih terlalu muda untuk bualkan masa hadapan dan apa yang bakal mendatang.
 
Adakah dia ‘Mr Right’?
I don’t see marriage anytime soon dalam diari hidup Izara, come on, Izara masih muda dan banyak yang mahu dicapai dan digapai, cita-cita belum terlaksana. Jika dia ‘Mr Right’ sekalipun, it won’t be anytime soon. Namun Izara mahu beri tepukan buat pasangan muda yang bernikah awal. Jika mereka berdua sudah bersedia dan ikhlas mahu bernikah pasti indah bukan? Apa pun, persepsi Izara terhadap dia berubah kala belum bertemu dan pasca berkawan.
 
Hadir daripada keluarga yang ternama dan cukup dikenali, bagaimana penerimaan mereka terhadap Izara?
Seperti yang dibilang, kami cuma berteman dan mula berkawan, tiada langsung mahu menghitung tarikh ataupun berf ikir ke mana persahabatan ini bakal pergi. Pun begitu, Izara rasa bertuah kerana berkesempatan bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya, mereka tidak seperti yang Izara jangkakan, sangat mesra dan tidak lokek sama senyuman dan teguran. Alhamdulillah jika diri ini diterima baik oleh keluarganya, hanya itu yang boleh Izara katakan.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: