Oct 07, 2014 - 27

Cabaran Wajah Baru H Live! Alif Farhan

Saya minat dunia hiburan sejak kecil tetapi minat dalam dunia pengacaraan ini bermula sejak berkenalan dengan Pak Nil. Saya lihat bidang pengacaraan membuka peluang untuk saya pergi lebih jauh

FDBERRGE.jpg
 
Cerita sedikit mengenai h live!
 
h live! adalah rancangan terbaru Astro yang mengupas dunia hiburan dengan gaya lebih komprehensif. Seronok kerana menjadi sebahagian daripada team ini dan menjadi anak didik kepada Dato' Aznil Haji Nawawi merupakan satu peluang baik meneroka bidang kewartawanan dan memperkasa skill mengacara.
 
Lima perkataan mengenai Alif?
 
Humble, honest, intelligent, confidence, faithful
 
 
Bila minat bidang pengacaraan bermula?
 
Saya minat dunia hiburan sejak kecil tetapi minat dalam dunia pengacaraan ini bermula sejak berkenalan dengan Pak Nil. Saya lihat bidang pengacaraan membuka peluang untuk saya pergi lebih jauh dan melihat dunia kewartawanan daripada perspektif berbeza.
 
 
Industri hiburan Malaysia?
 
Industri hiburan di sini ibarat warna pelangi. Bercakap mengenai gosip, pasti ramai yang suka mendengarnya tetapi sebagai wartawan yang mengupas isu berkaitan gosip selebriti khususnya merupakan satu cabaran besar.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.