Apr 26, 2016 - 89

[TRENDING] 7 Sebab Mengapa Anda Susah Lepaskan Drama Korea ‘Descendants Of The Sun’

Meskipun drama ini sudah berakhir, namun ia masih menjadi sebutan ramai di medium media sosial.InTrend kongsikan, 8 sebab mengapa anda tidak mahu..

"Drama Descendants Of The Sun Mencuri Penonton di Malaysia"


Kredit Gambar : Facebook KBSW

Peminat drama Korea pasti pernah mendengar tentang drama KBS2 terbaru iaitu Descendants Of The Sun. Meskipun drama ini sudah berakhir, namun ia masih menjadi sebutan ramai di medium media sosial. Pasti peminat drama ini, menonton drama ini berulang kali kerana jalan ceritanya yang menyentuh hati penonton.  InTrend kongsikan, 8 sebab mengapa anda tidak mahu lepaskan drama Descendants Of The Sun ini. 

1. Barisan pelakon hebat
Pelakon utamanya Song Joong-Ki adalah permulaan drama come back setelah dia menyelesaikan latihan kenteraan pada bulan Mei 2015. Dia memengang watak sebagai kapten Yoo Shi Jin  yang memimpin pasukan Special Warfare Command di dalam wilayah berbahaya di Urk. Selain itu, pelakon wanita Song Hye-Kyo juga memegang watak sebagai Kang Mo Yeon, iaitu doktor bedah yang ditugaskan misi bantuan. 

DOTS-5.jpg

2. Plot
Drama ini berkisarkan tentang kempimpinan seorang kapten yang jatuh cinta dengan seorang doktor bedah sewaktu mereka bekerja bersama-sama dalam misi bantuan bencana. Skrip drama ini ditulis oleh Kim Eun Sook yang pernah menulis skrip untuk drama popular seperti ‘ The Heirs’, Dignity A Gentlemen’, ‘Secret Garden’ dan banyak lagi. 

3. Soundtrack drama
Tidak lengkap sesuatu drama tanpa soundtrack, drama Descendants Of The Sun menampilkan tiga lagu antaranya ‘Always’ dinyanyikan oleh Yoo Mi Rae, ‘Everytime’ oleh Chen EXO feat. Punch, ‘This Love’ oleh Davichi dan yang terbaru ’You Are My Everything’ oleh Gummy, Wind Beneath Your Wings oleh M.C THE MAX. 

4. Tempat
Drama ini dibuat di Yunani di Zakynthos, Arachova dan Lemnos. Pemandangan alam yang cantik dikeliling oleh pegunungan, pantai yang indah dan laut biru kehijauan. 
DOTS-2-(1).jpg
5. Persahabatan
Selain plot percintaan, persahabatan juga diterapkan dalam drama ini, antara karakter yang dimainkan oleh Song Joong-Ki dan Jin Goo. Melihat bertapa kuatnya persahabtan mereka yang kukuh. 

6. Cameo 
Selain watak utama, drama ini menampilkan cameo yang hebat antaranya Lee Kwang-soo dan Yoo Ah-in. 

7. Percintaan
Cerita cinta dalam drama Descendants Of The Sun diantara Yoo Shi-Jin (Song Joong-Ki) dan Kang Mo Yeon (Song Hye-Kyon), adakah cinta mereka berjalan lancar atau sebaliknaya. Selain itu, percintaan di antara Dae-Young (Jin Goo) dan Myeong-Joo (Kim Ji-Won), adakah akan direstui oleh bapa Myeong-Joo? 
DOTS-3.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.