Jan 04, 2016 - 1

[TRENDING] OST filem Dilwale menunguli carta teratas iTunes Malaysia

Penangan filem Dilwale mencetus fenomena apabila dinobatkan sebagai filem Box Office...

Dilwale-Poster.jpg
 
 Penangan filem Dilwale mencetus fenomena apabila dinobatkan sebagai  filem Box Office selepas 10 hari ditayangkan. Mencatat kutipan sebanyak AS$16.7, pasti filem ini sebuah karya yang bagus untuk ditonton. Malah filem ini juga mendapat kutipan sebanyak AS$8.5 juta selepas tiga hari ditayangkan di seluruh dunia. Di Malaysia turut dilanda demam Dilwale apabila memecah rekod filem Bollywood terlaris yang ditayangkan dengan kutipan sebanyak AS$400,000 (RM1.7 juta) selepas 10 hari ditayangkan.
Selain filem berjaya mendapat kutipan tertinggi, ost Dilwale juga berjaya menduduki tangga teratas di dalam carta iTunes Malaysia. Filem ini turut digilai ramai peminat kerana menampilkan lagu menarik iaitu Gerua, Janam Janam, Tukur Tukur, Daayre dan banyak lagi. Bukan sahaja filem yang laris malah lagunya juga mendapat sambutan yang hangat.  Kemungkinan, Dilwale bakal menjadi filem kedua mencatat kutipan Box Office seluruh dunia pada 2015 selepas Star Wars: The Force Awakens.


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Dilwale