Aug 06, 2015 - 3

[WAYANG] Filem Pertama Pasukan Bolasepak Kelantan Temui Peminat 27 OGOS INI

#


Filem pertama pasukan Bolasepak Kelantan (The Red Warriors), JEJAK WARRIORS bakal menemui peminat bola sepak tempatan penghujung bulan ini.  Filem terbitan bersama The Red Warriors Sdn Bhd dan U2 Media Sdn Bhd ini berkisarkan pengembaraan seorang remaja untuk bertemu dengan pasukan pujaannya bagi merealisasikan impian arwah bapanya yang tidak kesampaian.
Jejak-Warriors.jpg
Menurut Penerbit Eksekutif bagi pihak TRW, Azzwaa Annuar, “Ia bukan kisah pasukan Kelantan semata-mata. Jejak Warriors adalah kisah peminat tegar dan keluarga besar sukan bola sepak tidak mengira jantina, bangsa, atau usia. Ia sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kesukanan serta relevan buat semua penyokong pasukan bola sepak di Malaysia. Sebuah filem yang akan menaikkan semangat penggemar bola sepak tempatan, penuh dengan unsur suka, duka dan komedi.”

Filem Jejak Warriors dibintangi sendiri oleh para pemain TRW seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Fitri Omar dan Ahmad Fakri Saarani. Beberapa artis terkemuka turut menjayakan filem ini. Antaranya Adik Aliff Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Allahyarhan Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Radhi Khalid, Bell Ngasri dan Amir Raja Lawak.

Jejak Warriors akan ditayangkan di lebih 60 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 27 Ogos ini. Filem ini menjadikan TRW pasukan bola sepak pertama di Malaysia yang menerbitkan filem sendiri dan mempelopori layar Perak.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: