Jul 02, 2019 - 14

7 Foto Comel Ahli GFRIEND Bikin BUDDY Cair Melihatnya! — Tak Percaya Lihat Ini

Kemunculan mereka ke Kuala Lumpur amat dinantikan oleh Buddy. Kumpulan K-Pop Korea Selatan GFRIEND akhirnya bertemu peminat Malaysia pada Sabtu lalu.

 

 

 

Intrend gf 1

Kredit foto: MacpiePro

 

 

 

Konsert jelajah Asia GFRIEND 2019 (Go Go GFRIEND!) anjuran MacpiePro adalah konsert sulung terkenal itu di Malaysia. Sekitar 4,300 peminat di Stadium Melawati Shah Alam ternyata teruja apabila kumpulan itu membuka tirai persembahan dengan "Me Gustas Tu", lagu yang melonjakkan nama GFRIEND di pentas hiburan dunia.

 

Ketika sesi sidang media yang lalu, GFRIEND pernah berjanji menukarkan lirik lagu 'Me Gustas Tu' kepada Bahasa Malaysia yang berbunyi 'Me gustas tu gustas tu su tu tu ru suka kamu’. Ternayat janji itu ditunaikan sewaktu menyanyikan lagu tersebut di konsert mereka itu. 

 

Antara lagu yang dipersembahkan sepanjang konsert berlangsung ialah "Life is a Party”, “Vacation”, "Glow", "Truly Love", "Love In the Air", "Love Whisper" dan "Windy Windy”. 

 

 

 

Intrend gf 2

Kredit foto: MacpiePro

 

 

 

Untuk tidak menghampakan para peminat yang sanggup datang jauh dan dekat, GFRIEND turut menghiburkan peminat dengan persembahan sub-unit mereka iaitu "Hug Hug" dan "World Peace”.

 

"Hug Hug" yang dianggotai Umji, Eunha dan Yerin mempersembahkan lagu "Shy Boy" manakala "World Peace" yang dianggotai oleh SinB, Yuju dan Sowon menyampaikan lagu "Monday Blues”.

 

Walaupun, ramai yang ingat lagu terakhir mereka "Navillera" telah menamatkan konsert tersebut, ternyata mereka tertipu!  Persembahan mereka belum tamat! Gamat satu stadium apabila GFRIEND muncul semula ke pentas dengan mengenakan ‘outfit’ baharu sambal menyampaikan tiga lagu dalam persembahan encore mereka iaitu "Hope", "Love Bug" dan "Compass".

 

Inilah kepuasan yang semua peminat mahukan! Anda diberi lagi, lagi dan lagi!

 

Malah, GFRIEND mendedahkan bahawa lagu "Hope" yang didendangkan itu merupakan lagu yang ditulis keenam-enam anggota dan didedikasi khas buat Buddies.

 

Konsert yang cukup menghiburkan Buddies dengan persembahan 27 lagu dalam tempoh hampir tiga jam itu ternyata tidak mengecewakan peminat yang hadir!

 

Ia meninggalkan kenangan manis buat mereka, persembahan bertenaga dengan lontaran lagu popular pastinya menjadikan setiap saat itu sangat berharga buat peminat.

 

 

 

Intrend gf 3

Kredit foto: MacpiePro

 

 

 

Intrend gf 4Kredit foto: MacpiePro

 

 

 

Intrend gf 5Kredit foto: MacpiePro

 

 

 

Intrend gf 6Kredit foto: MacpiePro

 

 

 

Intrend gf 7Kredit foto: MacpiePro

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.