Mar 14, 2016 - 2

[TRENDING!] Perkara mengejutkan Netizen yang terjadi ketika berlangsungnya konsert “ EXO Planet #2 : The EXO’ LuXion” di Malaysia.

Konsert 'EXO Planet #2 : The EXO’ LuXion” di Malaysia telah berlangsung para Sabtu lepas. InTrend kongsikan moment-moment sewaktu konsert...

 Kedatangan kumpulan K-Pop terkenal dari Korea Selatan sememangnya dinantikan oleh semua peminat di Malaysia. Siri konsert jelajah “ EXO Planet #2 : The EXO’ LuXion” di Malaysia adalah destinasi terakhir kedua mereka mengadakan konsert di Asia dan mereka akan kembali ke Seoul, Korea untuk Konsert Seoul Olympic, Park’s Gymnastics Stadium pada 18- 20 Mac. EXO berjaya mengadakan konsert di Malaysia dengan sempurnanya. 

  • Konsert “ EXO Planet #2 : The EXO’ LuXion” dibawakan oleh, Star Planet Sdn Bhd. Selain itu, disokong oleh Spritzer Mineral Water dan Robsonhill Residency. 

  • Peminat mula membanjiri Stadium Merdeka seawal 8 pagi.

  • Sebelum menjelang konsert jam 8 malam, hujan mula membasahi perkarangan stadium. Malah ada peminat yang sanggup berbasah hujan demi mahu menyaksikan konsert EXO.

  • Ruang di Stadium Merdeka tampil dipenuhi dengan peminat EXO di Malaysia. 

  • Pembukaan konsert di mulakan dengan sesi perkenalan ahli EXO dengan iringan lagu intro mereka. Malah peminat tidak berhenti bersorak sepanjang konsert berlangsung. 

  • Ini adalah kali kedua mereka membuat jelajah di Malaysia sejak mereka debut. 

  • Lebih 15,000 ribu peminat termasuk di Malaysia dan peminat di luar negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei, China, Singapura datang menyaksikan konsert.  

  • Sepanjang konsert, peminat tidak berhenti menyanyi bersama-sama lagu yang didendangkan oleh mereka. 

  • Menurut salah seorang ahli kumpulan EXO, Chanyeol, dia terperanjat melihat peminat di Malaysia bertenaga dan boleh hafal hampir keseluruhan semua lagu EXO. 

  • Ketika persembahan berlangsung ahli EXO, Kai terjatuh disebabkan tergelincir. Namun dia tetap meneruskan persembahan.  

  • Sebanyak 27 lagu yang dipersembahkan khas buat peminat EXO di Malaysia termasuk lagu hits iaitu ‘Growl’, ‘Call Me Baby’, ‘Love Me Right’, ‘Sing For You’, dan lagu dari album sebelum ini, ‘Lucky’, ‘XOXO’, dan ‘First Snow’.

  • Persembahan mereka diiring dengan percikan bunga api, meraikan kedatangan mereka di Malaysia. 

  • Lagu berjudul Unfair mengakhiri persembahan “ EXO Planet #2 : The EXO’ LuXion” di Malaysia. 

EXO-performing-El-Dorado.jpgEXO-performing-History-(2).jpgEXO-performing-History-(4).jpgEXO-performing-Overdose-(2).jpgXiumin-dancing-at-El-Dorado.jpgEXO-performing-History.jpg




 

[Live Update] konsert EXO Planet #2: The EXO'luXion bakal bermula sekejap lagi. #InTrendMalaysia #EXOluXioninMalaysia

Posted by Majalah InTrend on Saturday, 12 March 2016

 

[Live Update] Suasana Stadium Merdeka meriah sebaik sahaja ahli EXO mula menyanyi. #InTrendMalaysia #EXOluXioninMalaysia

Posted by Majalah InTrend on Saturday, 12 March 2016

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.