Dec 14, 2015 - 18

[TRENDING] Tahniah! Siti Nordiana menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2

Semalam berakhirnya Gegar Vaganza 2, penyanyi Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza...

Semalam berakhirnya Gegar Vaganza 2, penyanyi Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam semalam. Siti Nordiana berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakje percutian, trofi dan berpeluang merakam sebuah single terbaru terbitan Astro.
Siti Nordiana memberi persembahan mantap membawakan lagu Putus Terpaksa, nyanyian asal Ziana Zain dan lagu battle Awak Kat Mana yang dinyanyikan secara duet bersama Acong. Siti Nordiana juga memenangi anugerah Persembahan Terbalik pilihan pononton yang juga menerima wang tunai RM5,000.Tempat kedua pula, dimenangi Farahdhiya menerima wang tunia sebanyak RM50,000 manakala Ezad di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000. Sementara tempat keempat di menangi Nassier Wahab, tempak kelima dimenangi Acong dan tempat akhir dimenangi Haiza.  
Di pentas akhir, penonton turut dihiburkan dengan persembahan oleh Datuk Jamal Abdillah, Ayai Ilusi, Awi Rafael dan peserta-peserta GV2 seperti Amir Ukays, Nizam Laksamana, Sheeda, Azian Mazwan Sapuwan dan Zul Handyblack.


1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg7.jpg9-(1).jpg6.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.