Mar 01, 2016 - 449

[TRENDING!] Ulang tahun ke 22 tahun, nama Justin Bieber dianggar bernilai RM838 juta

Genap usianya 22 tahun , Justin Bieber dianggar bernilai sebanyak...

 Mac ini, Justin Bieber usianya genap 22 tahun, dalam usia semuda ini bintang pop terkenal ini dianggarkan mempunyai pendapatan sebanyak AS$200 juta (RM838 juta). Menurut laporan Celebrity Net Wort, jumlah pendapatan Justin dalam setahun adalah sekitar AS$60 juta (RM251 juta) sehingga AS$80 juta (RM335 juta). 
Jumalah pendapatan Justin Bieber yang diperolehi daripada hasil jualan empat albumnya yang mencecah AS$16 juta (RM67 juta), AS$98 juta (RM410 juta) daripada tiga siri konsert jelajahnya yang bernilai, AS$6 juta (RM25 juta) bayaran sebagai duta dan jurucakap beberapa produk. Manakala, AS$98 juta (RM410 juta) hasil kutipan filem Never Say Never. Tahniah buat Justin Bieber telah mencapai pendapatan yang banyak diusia mudanya. 
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.