Aug 04, 2016 - 94

Ariana Grande Lancarkan 'Voodoo Love' & 'OG Honeymoon Avenue' - Mesti Dengar!

Baru sahaja mengeluarkan album ketiganya, Dangerous Women pada Mei lalu, kini Ariana Grande berikan hasil muzik terbaru khas buat peminat dengan melancarkan dua lagu terbarunya...

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my


Foto : Nicholas Hunt / Getty images 


Jika anda berharap untuk mendengar muzik terbaru dari Ariana Grande, anda bernasib baik kerana Ariana telah melancarkan dua lagu terbaru. Penyanyi berusia 23 ini, telah memuat naik dua lagu terbarunya di akaun Sound cloud iaitu “OG Honeymoon Ave” dan “Voodoo Love”

Kedua-dua lagu ini berunsur old -school soul-funk ia sedikit berbeza dengan lagu sebelum ini seperti Dangerous Women dan Into You. “OG Honeymoon” adalah hasil kerja semula pada tahun 2013, bagi trek Honeymoon Avenue yang terdapat pada album sulungnya iaitu Yours Truly. “Honeymoon Ave” ini menampilkan throwback ihsan dari The Dap Kings.  

Perancangan terbaru, Ariana sedang membuat persiapan memegang watak Penny dalam produksi Hairspray Live di NBC nanti. Jom dengar lagu terbaru Ariana Grande! 



Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.