Dec 26, 2017 - 333

Pelajar Berusia 13 TAHUN Ini Raih Wang Tunai RM100,000 & Proton Saga, Wow! — Memang OHSEM!

Betullah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Penerima wang tunai sejumlah RM100,000 dan Proton Saga 1.3 (A) rupanya bakat paling muda. Masih menyarung uniform sekolah!

 

 

 

 

 

BENARLAH, terbukti bahawa umur hanyalah angka semata-mata. Aqeesh Aleeya, peserta paling muda rancangan realiti bakat dalam talian, Bakat Ohsem Malaysia anjuran hurr.tv diumumkan sebagai juara peringkat akhir rancangan tersebut yang telah dilangsungkan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya. 

 

 

 

 

Peserta muda dari Selangor itu menumpaskan tujuh lagi peserta untuk membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, sebuah Proton Saga 1.3(A) dan trofi. Aqeesh mempersembahkan lagu berjudul ‘Birds Set Free’ pada pusingan pertama pertandingan dan lagu berjudul ‘Langit Cinta’ pada pusingan kedua.

 

Kumpulan tarian gaya bebas dan urban, Nasty Rock Crew yang terdiri daripada lima anak muda dari Selangor, Muhammad Amirul Hakim Jeffriden (19), Muhamad Alfi Rahim Hambali (21), Muhammad Firdaus Nor Afandi (15), Muhammad Shazmir Norazmi (17) dan Muhammad Aniq Syafiq Jemain (19) pula merupakan naib juara, membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi. 

 

 

 

 

Hadiah tempat ketiga dengan ganjaran wang tunai RM8,000 dan trofi menjadi milik penyanyi berusia 18 tahun dari Kuala Lumpur, Yazmin Aziz yang mempersembahkan nyanyian berjudul ‘Ulek Mayang’ dan ‘Only Love Can Hurt Like This’ masing-masing pada pusingan pertama dan kedua pertandingan. 

 

 

 

 

Pencarian BOM telah berlangsung selama dua bulan mulai September hingga November, menyaksikan hurr.tv menerima ratusan video penyertaan dari seluruh negara. Antara bakat yang dipertaruhkan adalah nyanyian, tarian, silap mata dan persembahan kreatif. Setelah melalui proses saringan pilihan juri, ‘wildcard’ dan peringkat separuh akhir, lapan video terbaik hasil undian orang ramai dan markah daripada juri layak memasuki peringkat akhir.

 

 

8 FINALIS BAKAT OHSEM MALAYSIA 

1. Iskandar Zambri (Beatbox) 

2. Aqeesh Aleeya (Nyanyian) 

3. Aizat Osman (Cardistry atau Persembahan Kad)

4. Adib Yusof (Nyanyian Soprano)

5. Yazmin Aziz (Nyanyian)

6. Mohd Nuriqram (Tarian) 

7. Mathura Bashinii (Rap)

8. Nasty Rock Crew (Tarian) 

 

 

 

 

Para peserta dinilai berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, bakat, impak persembahan dan persembahan pentas yang merangkumi 50 peratus markah. Manakala, 50 peratus markah lagi adalah daripada orang ramai yang telah membuat undian bermula 20 Disember 2017 hingga peringkat akhir iaitu 23 Disember 2017 yang dilakukan menerusi laman web hurr.tv.

 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas peringkat pertama, hanya lima peserta dengan markah tertinggi sahaja berjaya mara ke peringkat kedua pertandingan iaitu Aqeesh Aleeya, Adib Yusof, Yazmin Aziz, Mathura Bashinii dan Nasty Rock Crew.

 

Bagi pusingan kedua, sistem undian diset semula untuk orang ramai mengundi kembali persembahan pilihan mereka. Ternyata Aqeesh Aleeya berjaya mengumpul undian tertinggi daripada orang ramai dan markah daripada juri melayakkan beliau muncul sebagai juara. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengacara pertandingan terdiri daripada personaliti radio, Haniff Hamzah manakala barisan juri terdiri daripada selebriti Aizat Amdan dan Sherry Al Hadad serta juri jemputan — komedian, pengacara, pelakon dan penyampai radio, Nabil Ahmad. 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.