Feb 27, 2018 - 1978

Umur 44, Tapi ZARUL UMBRELLA Kacak Macam Teruna! — Para Suami Kena Baca Rahsia Dia Awet Muda

Dilahirkan pada 13 November 1973, rupanya bakal masuk 45 tahun umur Zarul Umbrella tahun ini. Lelaki, hidupnya dikatakan bermula selepas menjengah 40 tahun, benarkah?

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

NAMANYA kembali meniti di bibir selepas menyertai program Gegar Vaganza 3. Naskhah drama bersirinya di Astro, Syurga yang ke-2, menjadi santapan indah penonton Melayu. Kata Zarul, drama bersiri itu memberi pengalaman baru yang bermakna dalam kerjaya lakonannya. 

 

Namun, menurutnya lagi, bidang lakonan terpaksa direhatkan seketika sementelah dia mahu menumpukan fokusnya pada rancangan mentor yang akan ke udara tidak lama lagi. Seterusnya, akan sibuk untuk promosi ‘single’ barunya yang diundi judulnya oleh para peminat.  

 

 

 

 

Ramai tertanya-tanya, apakah rahsia awet muda Zarul?
Tidak banyak rahsianya. Mungkin untungnya saya mempunyai susuk tubuh seperti orang muda, hahaha... 

 

Faktor badan penting juga untuk menyerlahkan gaya lebih muda. Saya agak menjaga hal penjagaan badan. Pembawaan diri juga penting untuk kelihatan muda daripada usia. Jadi, selalulah berlagak seperti orang muda, ya! 

 

Jadi, Zarul sangat menitikberatkan penjagaan badan menerusi pemakanan dan bersenam?
Tidaklah terlalu ‘strict’. Tetapi, apabila terasa badan semakin naik, perut mulai ke depan, mulalah saya mengawal apa yang saya makan. Saya boleh makan apa sahaja tetapi dalam porsi yang sedikit. Aktiviti fizikal juga saya lakukan seperti senaman kardio, berlari dan weight lifting. 

 

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

Bagaimana dengan penjagaan stamina, kelihatan masih bertenaga melepasi usia?
Rasanya, ketika menjadi pramugara dahulu lagi banyak stamina digunakan kerana apabila sudah aktif dalam dunia seni, masa untuk bersenam semakin kurang, maka stamina pun kurang. 

 

Namun, saya amalkan juga pengambilan suplemen seperti Glucosamine, Vitamin C, Multivitamin, Omega-3 dan B Complex. Semakin berusia, semakin perlu kepada pemakanan sokongan. 

 

 

 

Sumber foto: Instagram @zarulumbrella

 

 

Kulit muka Zarul tidak banyak masalah, adakah sama penjagaan ketika menjadi pramugara dulu dan sekarang?
Ketika menjadi pramugara dulu, tidak banyak yang saya amalkan. Rutinnya asas, mencuci dan memakai pelembap terutamanya apabila berada di negara yang cuacanya kering. Namun, apabila kembali aktif dalam dunia seni, penjagaan kulit nampaknya semakin rumit. Mungkin kerana kerap bersolek tebal menyedarkan saya untuk lebih menjaga kecantikan kulit. 

 

Sekarang, boleh dikatakan setiap bulan saya melakukan ‘facial’ untuk memastikan kulit sihat dan kurang kedutan. 

 

 

 

 

#UntukmuSelamanya #throwback #zarulgv2016

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella) on

 

 

 

Adakah isteri memainkan peranan penting dalam penjagaan ini? 

Ada juga dia ingatkan saya terutamanya pengambilan vitamin dan saya juga kerap tanyakan pendapatnya tentang sesuatu itu. Dia juga yang memenuhkan beg mekap saya dengan primer, foundation, compact powder, berus dan hydrating mist. Tetapi, apabila dia dah sediakan, kenalah saya pakai semua itu. Kalau tidak, cukuplah dengan pelembap muka. hahaha... 

 

 

 

Sumber foto: Instagram @zarulumbrella

 

 

Pendapat Zarul tentang lelaki metroseksual?
Perkembangan teknologi hari ini meningkatkan kesedaran tentang perlunya lelaki menjaga penampilan diri. Ia bukan perkara pelik lagi. Kehadiran media sosial seperti instagram dan lain-lainnya menjadikan golongan ini lebih membiak pantas. 

 

Saya sendiri kalau dulu agak malas untuk bersiap, tetapi kesedaran itu datang apabila saya keluar ke Pavillion atau KLCC ada yang kenal dan minta bergambar dalam keadaan yang ‘selekeh’ pasti ia menjejaskan imej saya sendiri. 

 

Apa lagi, apabila gambar itu dimuat naik. Jadi, semua ini juga adalah keperluan dalam kerjaya saya sebagai selebriti dan public figure. Namun, apa pun yang kita lakukan perlu datang dengan ilmu. 

 

 

Sumber foto: Instagram @zarulumbrella

 

 

Persiapan sebelum keluar rumah? 

Jika mempunyai sebarang acara esok pagi, pada malam itu saya sudah siap sedia apa baju yang hendak dipakai dan dibawa. Saya pastikan saya tidur lena untuk tampil segar esoknya. Seperti biasa, saya memakai pelembap muka. Kalau rajin, rambut akan saya blow, jika malas sarungkan saja topi. Tengok keadaan dan majlis apa yang saya hadiri. 

 

Haruman kegemaran? 

Tiada yang khusus tetapi sekarang ini selera saya lebih kepada haruman beraroma Timur Tengah seperti minyak wangi Amouage. Saya sukakan aroma yang kuat seperti oudh. Lagi pula, ia memberi keyakinan untuk saya membawanya solat. 

 

Lelaki ikon Zarul? 

Harrison Ford. Walaupun sudah berusia, dia masih kelihatan bergaya. Dia punya aura dan pesona yang menakjubkan. Masih steady! 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.