Jan 03, 2017 - 1809
SUDAH berpuluh-puluh produk diet dijual di pasaran. Semuanya menjanjikan penurunan berat badan dengan cepat dan mudah.
Soal harga? Jangan ditanya berapa kerana kebanyakannya berharga relatif tinggi. Walaupun telah banyak produk diet yang telah kamu beli dan cuba, namun tidak semuanya sesuai dengan kondisi tubuh. Kondisi inilah yang akhirnya membuatkan kamu lupa bahawa sebenarnya ada cara menurunkan berat badan yang relatif murah tanpa risiko iaitu diet dengan air. Jom kita berdiet dengan air!
Selain untuk kesegaran jiwa dan melancarkan sistem metabolisme tubuh, ternyata air juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Penjelasan dasar adalah kerana air adalah elemen penting dalam proses metabolisme dalam tubuh yang mengubah makanan menjadi tenaga. Air mendorong reaksi kimia metabolisme.
Jadi, apabila kita tidak minum air secukupnya, maka tubuh gagal membakar kalori secara baik, malah mengakibatkan tubuh lesu, layu tidak bertenaga.
Sumber: Corbis
Tahukah Anda, Apa Kesan Pada Tubuh Apabila Kekurangan Air dalam Badan?
Kekurangan air dalam badan akan memperlambatkan proses penurunan berat badan. Hal ini berlaku kerana badan kita banyak mengeluarkan cairan seperti keringat dan air kencing. Jika bekalan cairan yang dikeluarkan daripada tubuh tidak cukup, tubuh akan tetap menahan cairan yang sedia ada untuk kepentingan proses metabolisme. Kondisi inilah yang akan menyebabkan berat badan tidak berkurang.
Air dikeluarkan daripada tubuh ketika proses penyerapan makanan berlaku. Ketika tubuh mengalami kekurangan bekalan air atau dihidrasi, tubuh akan menyampaikan signal kepada serebrum iaitu lapar. Bagi mengisi kekurangan air dalam badan bukan sekadar menahan rasa lapar malah ia perlu diisi untuk mengenyangkan.
Metabolisme meningkat saat kita berolahraga dan air berperanan memaksimakan tahap metabolisme saat itu. kekurangan air akan menyebabkan proses metabolisme berlaku secara tidak optimal ketika berolahraga. Akibatnya pembakaran lemak dan pembentukan otot tidak terjadi secara optimal.
Sumber: Corbis
INFO MENARIK! Tips Kurangkan Berat Badan dengan Air
Rasa lapar tapi ingin mengatasi masalah berat badan? Selain daripada mengisi perut dengan junk food, minum satu atau dua gelas air masak atau air mineral, pastinya anda akan rasa kenyang. Minum air sebelum makan akan membuatkan anda rasa kenyang dan secara tidak langsung mengurangkan anda mengambil makanan lain. Air juga amat penting demi membina sel-sel kulit lebih segar dan plump.
>>>[KLIK DI SINI] 28 'Susuk Mekap’ Para Pengantin Mesti Amalkan<<<
Sumber: Corbis
KHASIAT AIR YANG ANDA TIDAK TAHU
Menghapuskan Bakteria
Kandungan magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air membantu pelebaran darah sehingga meningkatkan sirkulasi darah. Selain itu nilai pH
air mampu memelihara kulit kerana kandungan garamnya dapat menghapuskan kuman dan bakteria.
Kurangkan Nafas Berbau
Apalah maknanya jika penampilan cantik tetapi nafas berbau. Kecantikan bukan sahaja daripada segi penampilan luaran sahaja malah kecantikan dalaman juga penting. Terdapat banyak faktor kenapa nafas berbau dan antaranya ialah kurang minum air. Kadar air yang cukup mempengaruhi penghasilan air liur yang membantu membersihkan mulut.
Tingkatkan Keghairahan
Mandi dengan air dingin pada waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita. Dengan demikian kesuburan serta keghairahan seksual pun sama meningkat.
Sumber: Corbis
Tiada Lagi Bibir Pecah
Disebabkan terlalu sibuk kita kadang-kala terlupa menghilangkan kering tekak dengan minum air. Tekanan cuaca panas ditambah pula kurang minum air, kulit mulai kering dan bibir pula pecah. Untuk tampil sihat dan memiliki bibir menawan, minumlah air secukupnya.
Hidrat Kulit Terbaik
Air adalah elemen hidrat kulit terbaik kerana kandungan molekul serta pH dalam air secara semula jadi melembapkan kulit serta melembutkan permukaan kulit. Namun, sekiranya anda sering membasuh muka atau permukaan badan yang lain dengan kerap ia akan menghauskan kulit dan kulit menjadi kering serta mengakibatkan pengelupasan. Oleh itu anda perlu mengaplikasikan pelembap khusus.
Menghindari Penuaan
Secara amnya, elastik kulit dipengaruhi oleh air. Kulit lembap melambatkan kesan penuaan sementara elastik kulit kering menyebabkan regangan pada kulit serta kedutan akibat kekurangan air, dan ini mengundang penuaan. Selain itu, air juga dapat mengurangkan toksin dalam badan. Apabila sistem dalaman badan beroperasi dengan baik ia terpancar dan menonjol pada kulit luarannya.
Air Pengubat Luka
Tidak perlukan duit untuk mendapatkan ubat-ubatan, tablet dan juga diagnosis, hanya dengan minum air penyakit-penyakit seperti sakit kepala, darah tinggi, obesiti, lumpuh, batuk, asma, gangguan jantung, kanser payudara, kitaran haid tidak teratur, leukemia dan juga radang selaput lendir dapat disembuhkan. Anda mungkin tidak percaya sebelum melakukannya. Jadi cubalah dahulu.