Oct 03, 2014 - 7

Lux Kini Dengan Wangian Eksklusif

Masanya telah tiba untuk wanita di seluruh dunia untuk bangkit dan menyemarakkan rasa cinta. Kerana setiap wanita tahu bahawa setiap perhubungan itu harus dijalin dengan sedikit godaan

Lux-sasaw.jpg

Masanya telah tiba untuk wanita di seluruh dunia untuk bangkit dan menyemarakkan rasa cinta. Kerana setiap wanita tahu bahawa setiap perhubungan itu harus dijalin dengan sedikit godaan, lantas jenama kecantikan ikonik Lux memperkenalkan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru, yang diadun dengan not wangian bunga-bungaan indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Rangkaian sabun dan mandian badan klasik yang diperbaharui ini mengeluarkan buih dan haruman memikat, membuatkan kulit begitu menawan.

Lux-sawadw.jpg

Memperkenalkan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Ekslusif yang baru
 
Bagi meningkatkan pengalaman mandian sebagai satu kepuasan, membelai diri dengan hanya beberapa titisan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru membuatkan setiap wanita mahukannya lagi. Kulit begitu licin, diadun dengan haruman halus yang dicipta oleh pakar haruman terkemuka dunia, mana-mana wanita akan berasa begitu gembira dan voila! bersedia untuk menyemarakkan cinta.
 
“Semarak cinta atau suntikan keseronokan itu bermula dengan kulit harum lembut yang menawan. Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru ini bakal membangkitkan rasa yakin dan menawan serta mencetuskan inspirasi dan memperkasakan wanita untuk menyemarakkan cinta dalam perhubungan mereka,” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever Malaysia.
 
Pada majlis pelancaran serba glamour Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru, Duta Jenama Lux, Nur Fazura hadir bersama pasangan cinta Lux yang baru dilantik dari Indonesia, Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.
 
Fazura menikmati keindahan haruman menawan lagi hebat sama seperti ramai bintang sebelum dirinya termasuk bintang ternama dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira.
 
“Mengetahui bahawa Lux dicipta oleh pakar haruman terkemuka dunia, ia membuatkan saya berasa setiap mandian itu sesuatu yang memberi kepuasan dan mewah. Bau-bauan Lux seolah-olah kulit kedua dengan harumannya yang membelai. Saya memang sukakan perasaan itu. Buat pencinta Lux, bersedialah untuk rasa menawan dan hayati keinginan anda hanya dengan sedikit Lux,” kata Fazura.
 
Berbicara mengenai caranya menyemarakkan cinta dalam perhubungan mereka selama ini dan selepas mempunyai seorang cahaya mata, Bunga Citra Lestrari, penyanyi terkenal Indonesia berkata, “Rahsia menyemarakkan api cinta antara  saya dan Ashraf adalah Lux Soft Touch yang memberikan saya kulit harum lembut menawan. Haruman bunga-bungaannya begitu menggoda. Saya benar-benar rasa penuh kewanitaan, nakal dan mudah sekali mahu menyemarakkan cinta!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: