Nov 13, 2016 - 2979
Oleh: Hakimi Tajul As'ari
CARA pengiklanan Malaysia perlu kreatif selaras dengan lambakan produk tempatan yang perlu bersing hebat daripada segi jualan mahupun kreativiti agar ia selaras dengan penerimaan pengguna. InTrend tertarik dengan taktik pemasaran satu jenama solekan keluaran tempatan yang menampilkan cara solekan dari 'fashion icon' hingga 'social media influencer' pilihan mereka.
>>>KLIK PLAY UNTUK TONTON VIDEO INI<<<
NEELOFA
Gaya Neelofa diinspirasikan daripada drama bersiri yang hangat diperkatakan, Suri Hati Mr. Pilot. Cukup ringkas dan bersederhana sesuai untuk wanita moden masa kini.
VIVY YUSOF
Vivy Yusof juga menjadi ikutan ramai wanita masa kini. Biar di bandar mahupun di kampung, gaya Vivy adalah pilihan ramai wanita. Setuju?
ASYALLIEE AHMAD
Asyalliee Ahmad yang berusia 19 tahun ini dikira sangat berjaya dalam menempatkan dirinya di hati masyarakat Malaysia. Gaya ala-ala wanita Korea berhijab merupakan antara trend yang sering menjadi ikutan.
BELLA ALYAHYA
Siapa saja yang gemarkan gaya Bella Alyahya sudah sinonim dengan solekan bibir merah. Cukup dengan itu solekan ringkas ini menjadi ikutan ramai gadis universiti.
ROZITA CHE WAN
Hot mama Rozita Che Wan popular dengan solekan yang extraordinaire. Padanan aksesori seperti topi buat ramai gadis yang cemburu untuk tampil hebat seperti Che Ta.
DATO' SERI VIDA
Siapa sangka Dato' Seri Vida antara wanita pilihan rakyat Malaysia yang ingin tampil sepertinya. Gaya aura wanita berkerjaya ini sering beri suntikan glamor kepada mereka yang ingin ke majlis perkahwinan atau mungkin juga ke acara makan malam.
INILAH IMPAK KUASA IKLAN UNTUK LARISKAN PRODUK
Pengiklanan merupakan salah satu medium yang penting untuk memastikan produk anda mampu pergi lebih jauh lalu diterima segenap lapisan masyarakat. Penting bagi pemilik sesebuah ‘brand’ untuk menghasilkan iklan yang kreatif bagi memberi kelainan serta mencerminkan sesebuah produk itu sendiri. Kalau anda juga mahu berniaga dan berhasrat mahu cetuskan satu fenomena, anda perlulah jadi kreatif seperti gadis ini! Cubalah!