Nov 12, 2016 - 7644

Kalau Pi Cuti Tapi Tak Solek Tebal Macam Che Ta Pun, Cukuplah Muka Tak Berlemuih!

Che Ta dan famili pusing dunia beberapa kali dalam setahun. Che Ta bercuti ada gaya, mengapa ada orang nak bising juga?

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman  

 

 

 

 

MUSIM selebriti bercuti agaknya sekarang ini ya? Che Ta hari tu ke Santorini, seperti biasa melaram sakan, kalah fotografi cover majalah. Bertukar-tukar wardrobe mengalahkan penggambaran drama bersiri. Hairul Azreen membawa isteri ke London sebagai menghargai pengorbanannya melahirkan Yusuf Iskandar. Dek kerana itu, ramailah para isteri yang 'viral'kan post itu sambil tag suami masing-masing.

 

Dik, kalau suami nak bawa, tak perlu ditag-tag. Kesian suami, nampak sangat ketidakmampuan di laman sosial. Jangan dibuka aib suami. Lain suami, lain cara menghargai isterinya. Cukuplah kalau suami hanya mampu membawa isteri ke shopping mall sambil makan KFC!

 

 

 

 

Oh, tidak lupa juga percutian kontroversi, Awal dan Scha, dek gambar bercium mulut menjadi kritikan hebat netizen . Lebih membiaknya lagi cerita itu apabila Awal menyerang balas komen peminatnya. 

 

Miss Cherry tak berani nak komen bab ini. Ada yang kata biarlah mereka dah sah suami isteri. Ada yang mencelah, bukan adab kita orang Melayu nak tayang hal dalam selimut di tengah khalayak, apa lagi dimuat turun di laman sosial menjadi tontonan berjuta umat. Bukanlah soal itu yang Miss Cherry nak ambil tahu sangat. Cuma, itulah lainnya bila kita keluar bercuti. Mood, sikap dan atitude semua boleh berubah. Apa yang salahnya bercuti? Membawa keluar semua unsur-unsur buruk dan menghirup masuk udara baik yang lebih positif? 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerana itu, cuba tengok balik orang-orang yang suka komen negatif itu, paling jauh ke mana dia pernah pergi? Sekerap mana dia berjalan keluar dari kepompongnya? Kebanyakan mereka, otaknya singkat, pemikirannya tidak luas. Seperti mana, dia itu duduknya terkongkong dalam daerahnya sahaja.

 

Keluarlah dik. Berbelanja sedikit untuk melihat-lihat negara orang. Kalau pun tidak ke luar Malaysia atau Asia, cukuplah meredah 14 negeri yang kita ada. Kalau duduk di Perak, pergilah jengah ke Pulau Pinang atau Melaka. Tak kisah percutian yang bagaimana, murah atau mahal, asalkan kamu keluar dari daerahmu untuk mencerna buah fikiran yang lebih bernas dan membuang segala toksin dalam diri. Jangan sibuk mahu kritik dan komen orang sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka sudah melangkah lebih jauh dari kamu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada Mak Jemah bergosip dengan Mak Kiah, Che Ta tu kalau bercuti sibuk nak tayang satu dunia, nak kasi orang meleleh air liur. Dibawa semua batalionnya. Diheret beg berbiji-biji. Masa itulah dia nak tunjuk handbag barunya, baju berpasang-pasang, sepatu setinggi langit. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mak cik, biarlah. Kalau suka tengok, jika tidak tutup mata. Itu cara dia menghargai penat lelahnya bekerja mencari wang. Kemudian wang itu dilaburkan untuk bercuti. Beza rasanya apabila bercuti dengan wang sendiri. Rasa teruja, bukan niat untuk menunjuk tetapi itulah cara melempias rasa kepuasan yang tak terhingga. Bukanlah lebih baik rasa teruja itu dilepaskan begitu daripada dibuat dengan yang tidak elok dan haram pula di sisi agama.

 

Lagi satu, yang Miss Cherry puji usaha Che Ta bila bercuti. Bersiap cantik. Rugi, kalau dah berhabis banyak dan berjalan jauh, diambil gambar dengan muka tak semenggah. Potret itu pun seperti gambar perkahwinan. Mahu disimpan dan ditunjuk kepada anak cucu nanti. Jika tidak bersolek tebal macam Che Ta pun, cukuplah muka tidak berlemuih. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa, setidak-tidaknya pakailah sun block. Sisir elok-elok rambut. Kalau rasa nak feel orang bercuti sangat, usah pula jealous bila tengok Instagram kawan-kawan yang galak berOOTD, feeling dengan street style mereka atau selfie perasan.

 

“Tapi Miss Cherry, I rasa orang yang sibuk share gambar di laman sosial percutian mereka itu sebenarnya tak betul-betul enjoy dengan percutian diorang. Ya lah, orang sibuk hayati setiap momen, dia sibuk dengan kamera, semua nak dirakam,” celah Miss Nelly. 

 

Mungkin, dia akan hayati percutian itu menerusi gambar-gambarnya itu nanti. Apa pun, ikutlah apa yang menggembirakan kamu. Paling penting, jangan kedekut. Sesekali, keluarlah mengutip cebisan pengalaman orang untuk dijadikan pengalaman sendiri. Mulakan dengan cuti-cuti Malaysia, okey!

 

 

 

 

“Vacation is that time when you had something to do while doing nothing.”

- Frank Tyger

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    50 Momen Paling Mahal InTrend 'Supermom' yang Pasti Menyentuh Hati Anda

  • Seterus →

    “Jangan Tinggalkan Minuman Anda, Jangan Guna Lif Seorang Diri, Kalau Tidak…”