Feb 25, 2019 - 92

Siapa Cakap Lepas RAWATAN LASER Muka Terbakar? — Cari yang Profesional, Tak Percaya Baca Ini!

Rawatan laser wajah antara yang kerap dilakukan wanita hari ini untuk kesan maksimum dan singkat. Namun, benarkah rawatan laser yang dipilih itu benar-benar selamat?

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

InTrend pro Yellow

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

DENGAN pelbagai teknologi hari ini, semua kita mampu kelihatan cantik dan merawat kekurangan yang dihadapi. Wajah, antara bahagian tubuh yang sangat dititiberatkan oleh setiap individu terutamanya wanita.

 

Pasti ada antara kamu biasa mendengar perkataan laser, bukan? Ada yang pernah cuba sendiri, tidak kurang juga yang langsung tidak berani untuk merasai pengalaman bersama laser ini atas beberapa faktor yang ada antaranya sebenarnya mitos sahaja.

 

Rawatan laser adalah kaedah berkesan untuk merawat keadaan kulit pigmentasi, kerana ia dapat mengurangkan melanin secara berkesan dari dalam kulit, menghasilkan kulit yang lebih cerah, lebih halus dan warna kulit yang lebih seimbang.

 

Rawatan dilakukan dengan cara paparan sinar laser itu dilalukan ke serata kulit wajah untuk menyahkan lapisan luar kulit bagi membolehkan lapisan kuolit baru yang lebih baik terbentuk.   

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @intrendmalaysia • • • MALAYSIA: Apakah maksud sebenar kulit cantik? Benarkan tanggapan kulit cantik itu haruslah kelihatan PUTIH? Dengarkan penjelasan Pengarah Perubatan Meridian Clinic, Dr. Anshaw Lee mengenai hal ini. @elogioasia #proyellow What does it mean to have beautiful skin? Is it true that beautiful skin has to appear white? Listen to medical director of Meridian Clinic Dr Anshaw Lee's explanation on this matter. * * * * * #medicalaesthetics #makemebeautiful #lasers #dermatology #dermatologist #doctor #beauty #beautyaddict #skincareroutine #skincareaddict #beautybloggers #beautyblogger #beautyblog #instamy #malaysia #cantik #kulitcantik

A post shared by Elogio Asia (@elogioasia) on

 

 

 

 

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

Namun, hati-hati, jika kamu memilih rawatan laser yang tidak diiktiraf, terutama mereka yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap, rawatan laser yang biasa boleh menyebabkan risiko inflamasi kulit dan hiperpigmentasi selepas rawatan (post-inflammatory hyperpigmentation atau PIH), di mana pigmen kulit menjadi lebih nyata daripada sebaliknya lebih cerah.

 

Baru-baru ini, Editor Kecantikan InTrend berpeluang melakukan rawatan laser bersama Quadrostar ProYellow. Disebabkan ini adalah kali pertama saya melakukannya, terdetik juga rasa bimbang, namun sebaik membaca butiran lengkap tentangnya, ia ternyata selamat dan dilakukan oleh doktor estetik yang diiktiraf.

 

Rawatan laser Quadrostar ProYellow ini menangani isu kulit gelap dengan berkesan. Selamat untuk mereka yang berkulit sederhana atau gelap, rawatan Pro Yellow adalah rawatan yang pantas, tanpa rasa sakit dan cukup berkesan untuk merawat kulit dari dalam.

 

Justeru, kamu tidak perlu mengambil masa untuk rehat selepas satu sesi rawatan.

 

 

 

 

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

Apa itu QuadroStar PRO YELLOW

QuadroStar PRO YELLOW ialah satu laser kuning dengan jarak gelombang 577 nanometer (nm) yang merawat pelbagai jenis kulit meliputi haemangiomas (strawberry marks), kapilaris degil yang kerap hadir seperti telangiektasia (vena labah-labah) yang apabila semuanya  bergabung akan membentuk couperose skin, ketuat, pigmented lesions, lentigines, parut jerawat dan noda, juga hormonally-induced skin condition seperti melasma yang mana diketahui sukar dirawat.

 

Satu kajian mengenai keberkesanan dan keselamatan panjang gelombang 577nm yang digunakan rawatan melasma muka kepada wanita Asia dalam lingkungan 40an dengan Fitzpatrick jenis kulit 3 atau 4, melaporkan peningkatan melasma dan tekstur kulit mereka selepas tiga rawatan.

 

Pesakit juga melaporkan bahawa mereka mengalami tahap sakit yang kurang ke sederhana sahaja semasa dan selepas rawatan dengan eritema pasca rawatan sederhana dan penyelesaian edema dalam 24 jam.

 

Tiada komplikasi jangka panjang dilaporkan pada temu bual susulan.

 

 

 

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

Tanpa Kesakitan, Tanpa Perlu Berkurung

Berkesempatan mencubanya sendiri di Meridian Clinic, Solaris Mont Kiara bersama Dr. Anshaw Lee, ia memberikan satu pengalaman laser yang menenangkan. Rawatan bermula dengan analisis kulit oleh pembantu klinik berkenaan.

 

Kemudian, gambar akan diambil dari beberapa sudut untuk membolehkan kamu melihat hasil perbezaan selepas rawatan nanti. Selepas itu, wajah akan dibersihkan dengan langkah cucian wajah asas.

 

Saya kemudiannya dibawa ke bilik khas untuk rawatan laser ini dilakukan.

 

Dr. Anshaw sangat ramah dan cekap sepanjang mengendalikan prosedur tersebut. Tidak sampai setengah jam rawatan laser itu selesai. Menariknya, rawatan turut difokuskan pada bahagian sekitar mata lantaran saya mempunyai masalah mata sembap dan garis halus.

 

Ia ternyata selamat dan tidak menyakitkan. Malah, sebaik usai rawatan saya boleh keluar tanpa perlu takut dengan selar matahari yang biasanya memberikan iritasi kepada kuli usai rawatan laser.

 

 

 

 

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman

 

 

Kesan Dapat Dilihat Usai Rawatan!

Ada yang tanya berapa kerap rawatan ini perlu diulang buat untuk melihatkan hasilnya? Jujurnya, menerusi pengalaman sendiri, hasilnya dapat saya lihat sebaik rawatan selesai!

 

Ketika diberikan cermin, saya dapati kulit saya ketara menjadi lebih bercahaya, sangat halus sebaik disentuh dan pigmentasi juga disamarkan.

 

Terasa juga kulit anjal dan tegang. Sangat sihat dan bermaya saya rasakan kulit saya waktu itu.

 

Namun, ia  bergantung juga kepada kulit individu itu sendiri. Jumlah rawatan yang perlu disusuli bergantung kepada banyak faktor seperti keadaan kulit yang ingin anda rawat, kawasan yang dirawat , dan keamatan laser yang anda miliki.

 

Masalah kulit seperti selaran matahari dan small blood vessels boleh diatasi dengan hanya tiga kali rawatan. Bagaimanapun, kawasan berdekatan bawah hidung dan dalam keadaan kulit berminyak berhampiran hujung hidung atau dagu menuntut lebih banyak sesi rawatan untuk dibersihkan.

 

*Untuk mendapatkan informasi lanjut, boleh ke Instagram @elogioasia atau website mereka www.elogioasia.com.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Elogio Asia (@elogioasia) on

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Elogio Asia (@elogioasia) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.