Apr 22, 2017 - 53211

Tak Payah Lulur di Spa Mahal — Pengantin Cuma Perlu Amalkan PETUA Asli Ini, Wajah Naik Seri LUAR BIASA!

Pastikan detik paling bersejarah dalam hidup kamu dirakam bertemankan kulit lembut lagi gebu, dandanan mahkota paling menawan juga seraut wajah mulus agar bisa menggamit mata sesiapa jua untuk terus memandang.

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Rahsia Rambut Sihat & Kepentingan Memelihara Kesihatan Kepala 

Sementelahan kedudukannya nun di atas kepala, maka rambut diangkat sebagai mahkota wanita. Dan, tahukah kamu, terdapat pelbagai petua nenek moyang kita dahulu kala dianggap remeh dan leceh namun kebanyakannya memberi kesan yang mujarab jika sering diamalkan? Untuk membuktikan keberkesanannya, cuba ini: 

 

 

  • Bagi kamu yang memiliki rambut nipis dan ingin rambut kelihatan lebat, ambil air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang. Kemudian, lumurkan ke seluruh rambut. 

 

  • Bagi mewangikan rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala, tumbuk batang serai sehingga pecah. Selepas itu gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.  

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

  • Mandi wap juga dipercayai mempunyai keberkesanan untuk merawat rambut. Rawatan mandi wap ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, avokado, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk, daun pandan dan minyak kelapa. Namun demikian, kesemua bahan ini tidak diramu bersama. Jika mandi wap sering diamalkan, ia dipercayai berupaya menghitam dan melebatkan rambut sekali gus menyerlahkan rambut agar kelihatan bermaya. Dalam pada itu, ritual ini dipercayai dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Keberkesanan amalan mandi wap juga berfungsi meredakan tekanan serta dapat menghilangkan penyakit migrain atau masalah pening kepala. 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

Petua Kulit Muka Kelihatan Cantik dan Keperluan Penjagaan Kulit Tubuh 

 

1. Amalkan menyapu pinang muda untuk melicinkan kulit. Ambil biji pinang muda yang masih berlendir lalu sapukan pada kulit muka. Ritual ini dipercayai membantu untuk melicinkan kulit muka selain kulit wajah kekal awet muda. 

 

 

2. Ambil belimbing besi yang sudah cukup masak dan ramas bersama asam jawa. Lumurkan ramuan ini pada kulit tubuh bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada badan.

 

 

3. Jika kamu ingin kulit lebih halus dan lembut, ambil beras pulut yang digorengdan tumbuk halus sehingga menjadi seperti tepung. Kemudian, campurkan bedak sejuk dan jadikan ia sebagai lulur. Gosok-gosokkan ramuan ini pada kulit tubuh seminggu sekali. Ia bertindak menanggalkan daki dan sel-sel mati pada kulit tubuh.

 

 

 

 

Kredit foto: Corbis 

 

 

 

4. Amalan bleaching yang mengandungi campuran bahan-bahan seperti kayu cendana dan lavender juga dipercayai mampu mencerahkan kulit dengan lebih pantas. 

 

 

5. Jangan dibuang hampas kelapa kerana menurut amalan nenek moyang dahulu kala, ia berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Mudah saja, gosokkan hampas kelapa pada kulit tubuh seminggu sekali untuk menanggalkan daki pada kulit tubuh. Selepas itu, mandi seperti biasa dan amalkannya untuk mendapatkan kulit yang lembut.

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

6. Tumbuk atau kisar kacang soya sehingga menjadi serbuk. Kemudian campurkan bersama air mawar atau air biasa. Sapukan ramuan tersebut pada kulit wajah dan tubuh. Ia bertindak melembut, mencerah dan menggebukan kulit. Malah amalan ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 


 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    50 Perkara Anda Mesti Buat Sebelum Bernikah, Serius Senang — Paling Mujarab Naikkan Seri!

  • Seterus →

    Tidak Mahu Mata Kelihatan Sembap dan Tidak Bermaya! Ini Rahsia Solekan yang Anda Mesti Cuba