Jan 02, 2017 - 2647

5 Tips Rambut Cantik Paling Berkesan yang Mesti Anda Lakukan 2017

Namun mahkota wanita ini perlukan penjagaan rapi agar ia kekal sihat dan bersinar. Selain menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai, anda juga ikuti tips ini.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia

 

SELAIN wajah, rambut juga memerlukan perjagaan yang rapi. Rambut adalah mahkota utama wanita. Malah buat wanita berhijab mereka juga pastinya menjaga rambut meskipun diliputi dengan selendang. Seperti kulit, penjagaan mahkota berharga ini amat penting dan belaian harian akan memastikan rambut tidak terabai.

 

Rambut yang rosak boleh berlaku disebabkan punca pemakanan tidak baik, tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon dan perawatan rambut yang tidak bagus. Oleh itu InTrend kongsikan 5 tips rambut cantik berguna yang mesti anda lakukan pada 2017 ini. 

 

 

TIPS 1 

Pertumbuhan rambut cantik bermula dengan kesihatan dan kesuburan kulit kepala. Justeru, bermulalah dengan syampu dan rawatan terbaik yang mampu menyalurkan kebaikan dan khasiat yang diperlukan kedua-duanya. 

 

 

 

 

TIPS 2 

Syampu seharusnya diaplikasi pada kulit kepala, BUKAN pada akarnya. Jangan lupa untuk menggunakan kuantiti syampu yang bertepatan dengan keperluan rambut, jangan berlebihan kerana ia akan merosakkan akar rambut. 

 

 

Kredit foto: vkool.com

 

TIPS 3 

Urut kulit kepalamu ketika bersyampu untuk merangsang peredaran darah yang dapat menjana pertumbuhan rambut yang lebih sihat. 

 

 

<< 5 Gaya Rambut Pendek Selebriti yang Mesti Anda Cuba Menjelang Tahun 2017>> KLIK DI SINI 

 

 

 

TIPS 4 

Melaburlah untuk produk penjagaan rambut seperti syampu, perapi dan perawatan yang paling baik untuk kepentingan rambut dan kulit kepalamu. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    30 Pesan Cantik Mak Andam yang Mesti Anda Ikut, No. 7 & 17 Tips Paling Mujarab

  • Seterus →

    Mujarabnya AIR! Ia Penawar Obesiti, Darah Tinggi, Asma, Haid Tak Teratur dan Banyak Lagi