Dec 10, 2016 - 15048
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Apa pendapat Mira kalau ada yang kata kedatangan Mira dalam industri bersandarkan wajah cantik semata-mata?
Tak salah orang nak berpandangan seperti itu. Mira terima saja dan cuba memperbaiki diri. Mira mengambilnya sebagai sesuatu yang positif untuk menjadi lebih baik. Bagi Mira, kecantikan itu bukan nombor satu. Dalam sesebuah lakonan, tidak semua karakter memerlukan wajah yang cantik. Kalau punya bakat, orang suka, terus orang akan nampak orang itu cantik.
Tidak ramai wanita menjaga kecantikan diri pada usia muda. Mira bagaimana?
Oh, Mira beauty conscious orangnya. Ke mana pergi mesti dengan cermin (ketawa). Selagi boleh jaga dan lindung, Mira akan lakukan sehabis baik. Sebab itu, Mira amalkan AuraWhite sebelum dilantik menjadi duta lagi. Mungkin, selepas Mira kongsikan rutin cantik di Instagram, AuraWhite berminat melantik Mira sebagai dutanya.
Mira bersetuju dengan perlantikan ini pun kerana Mira sendiri penggunanya dan produknya serasi dengan kulit Mira. Apabila ia memang produk yang kita guna, ia memudahkan kerja dan tidak membebankan untuk kita bawa nama itu.
Siapa ikon cantik pilihan Mira?
Mira suka Erra Fazira dan Fazura. Bagi Mira, mereka sangat menjaga personaliti diri. Mira pernah terserempak dengan mereka di luar dan mereka kelihatan masih cantik walaupun di luar waktu kerja, tidak selekeh meski simple. Mira sendiri sukakan kekemasan dan sesuatu yang terletak cantik.
Mira mempunyai rambut yang cantik, bagaimana memeliharanya?
Rambut adalah bahagian tubuh yang paling Mira jaga. Mira tidak akan sebarangan melakukan rawatan atau menggunakan produk rambut yang Mira tak biasa. Setakat ini pun, hanya dua hair stylist yang bertukar tangan membega rambut Mira. Mira bukan jenis yang suka bertukar-tukar fesyen rambut tapi Mira lebih pentingkan penjagaan nutrisi dan kesihatan rambut itu sendiri.
Kuat makan?
Mira suka makan sup. Tapi kadang-kadang makan juga apa yang teringin cuma apabila terasa berat dah naik, cukuplah makan nasi sehari sekali tapi alhamdulillah selalu naik pun tak banyak, masih terkawal.
Solekan bagaimana yang Mira gemari?
Nude! Kerana Mira punya tulang-tulang muka yang besar seperti rahang dan kening pun dah memang lebat, jadi kalau bersolek tebal, ia buat muka nampak lebih ‘tajam’. Kalau daily makeup pun cukup dengan sapuan bedak pedat, maskara dan Lip Ice.
Bagaimana Mira melihat diri Mira 20 tahun akan datang? Perlukan botoks atau apa-apa suntikan misalnya?
Waktu itu Mira perlukan penjagaan antipenuaan dan lebih kolagen (ketawa). Tetapi bukanlah botoks atau apa-apa pembedahan mahupun suntikan. Mira sendiri takut jarum, macam mana? Insya- Allah, harap-harapnya cukuplah dengan bantuan produk-produk yang tidak berisiko dan penjagaan dalaman.