Oct 07, 2014 - 4

SK-II Bongkar Rahsia Kekal Muda

Dalam kajian yang satu seumpamanya oleh SK-II untuk mengetahui kebenaran di sebalik takdir kulit wanita telah menemui kunci kepada kuit cerah berseri untuk selamanya.

Apakah takdir kulit dan bagaimana anda mampu mengubahnya? Dalam kajian yang satu seumpamanya oleh SK-II untuk mengetahui kebenaran di sebalik takdir kulit wanita telah menemui kunci kepada kuit cerah berseri untuk selamanya.
Dalam kajian ini  penyelidik SK-II telah menemui hubungan intrinsik antara penggunaan jangka masa panjang SK-II Facial Treatment Essence dan kulit yang berkualiti apabila usia meningkat. Pengguna Essence tersebut sejak usia 20an menikmati kulit yang lebih baik apabila menjengah usia 30an dan 40an. Lebih mengkagumkan, 9 daripada 10 pengguna setia memiliki kulit yang lebih cantik berbanding mereka yang tidak menggunakan Essence dalam kumpulan usia yang sama. 7 daripada 10 pengguna pula memiliki kulit yang lebih cantik berbanding bukan pengguna yang berusia 10 tahun lebih muda.

SK-II-ambassador-Haruka-Ayase-started-started-using-the-Facial-Treatment-Essence-when-she-was-25.jpg

Takdir kulit: Adakah Ia Benar?
 
Pada 2012, SK-II telah bertekad untuk mengetahui rahsia di sebalik takdir kulit – sama ada ia ditakdirkan untuk seseorang atau wanita boleh menentukan nasib kuilt mereka. Kajian selama 8 bulan menyaksikan pengkaji mengukur dan menganalisa ‘usia kulit’ dan keadaan 141 pengguna jangka masa panjang Facial Treatment Essence dan 131 bukan pengguna. Analisis komprehensif kulit mereka telah djalankan dan penyelidik SK-II mengukur kulit wanita tersebut mengikut lima dimensi  kulit menerusi Magic RIng, selain kelembapan kulit, fungsi penghalang, tona dan keanjalan.
 
Hasil kajian Skin Destiny Study menunjukkan penggunaan SK-II sejak awal amat berbaloi dengan pengguna jangka panjang Facial Treatment Essence menikmati kelembapan
 
kulit yang ketara, fungsi penghalang dan kehalusan dan mempunyai skor yang lebih baik merentasi lima dimensi kulit berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Wanita yang mula menggunakan Essence pada usia 20an juga memiliki kulit yang lebih baik berbanding bukan pengguna apabila mencapai usia 30an, dengan mancapai markah untuk lima dimensi kulit yang 1.5 kali lebih baik berbanding bukan pengguna.

SK-II-ambassador-Tang-Wei-a-loyal-SK-II-user-of-3-years.jpg
 
Mampukah Anda Kelihatan Muda dalam 10, 20, 30 Tahun Lagi?
 
Kajian Skin Destiny juga membuktikan bahawa wanita mampu mengawal takdir kulit mereka. Selain menikmati kulit cerah berseri pada usia 20an dan 30an, pengguna setia dalam usia 40an juga mencapai markah 2.2 kali lebih baik berbanding bukan pengguna dari aspek lima dimensi kulit.
 
Selain itu, wanita yang mula menggunakan Facial Treatment Essence lebih dahulu dan lama, ‘usia kulit’ mereka kekal pada 40an meskipun semakin menginjak usia. Pengguna jangka panjang menunjukkan tiada peningkatan ketara tanda-tanda penuaan selepas usia 50 tahun, dan mereka yang berusia 50an, 60an dan 70an menunjukkan tiada perbezaan kualiti kulit.
Harga & Pasaran

Mulakan perjalanan mendapatkan kulit cantik mulai hari ini dengan Facial Treatment Essence, boleh didapati dalam 3 saiz di semua kaunter SK-II seluruh negara.
 
SK-II Facial Treatment Essence, 75ml       RM229                
SK-II Facial Treatment Essence, 150ml    RM429               
SK-II Facial Treatment Essence, 215ml    RM565       

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: