May 26, 2017 - 220

Pengering Rambut Ini Berharga RM1,799! Percayakah Anda?

Pernahkah anda menggunakan pengering rambut berharga RM1,799 untuk mengeringkan rambut anda? Macam ‘rare’ bunyinya bukan? Kami temui pengering rambut luar biasa untuk anda.

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

Sumber foto: Dyson 

 

 

 

 

BUAT julung-julung kalinya, Dyson yang terkenal dalam menghasilkan produk elektronik rumah kini mencipta sesuatu yang mengagumkan sekali gus menyuntik nafas baru industri kecantikan. Januari lalu, jenama ini melancarkan produk terbarunya iaitu Dyson Supersonic Hair Dryer. Ternyata penampilan sulung Supersonic Hair Dryer mendapat perhatian seantero dunia kerana kecanggihan inovasi serta reka bentuk produknya yang berbeza dengan pengering rambut sedia ada. 

 

 

Sumber foto: Dyson 

 

 

 

 

Sumber foto: Dyson 

 

 

 

 

Apa yang Istimewa Tentang Pengering Rambut Ini? Rupanya Ini Sebab-sebabnya

Tahukah anda, Supersonic Hair Dryer direka hasil transformasi teknologi terkini bagi memudahkan pengguna apabila mengendalikannya kala mengeringkan rambut. Kelebihan yang ditawarkan pasti membuat anda mahu membelinya segera. Kini, Dyson Supersonic Hair Dryer boleh didapati di Robinsons, The Gardens Mall; ESH di Bangsar Shopping Centre; TBM di Bangsar Village 1 dan  butik Sephora. Ia dijual pada RM1,799 seunit. 

 

 

 

Sumber foto: Dyson 

 

 

 

 

Sumber foto: Dyson 

 

 

 

Ini 6 Kelebihan Dyson Supersonic Hair Dryer yang Anda Tidak Tahu 

Bentuk Unik dan Saiz Kecil 

Bentuknya unik dengan saiz yang kecil dibandingkan dengan pengering rambut yang lain. Justeru, Supersonic Hair Dryer sangat ringan. Malah, setiap bahagian pengering rambut ini boleh dicabut dan mudah dipasang semula.

 

Rekaan Cantik dan Elegan   

Memperkenalkan pemegang yang ramping dan lebih ringan, serta kepalanya berbentuk elegan tidak seperti nozzle. Mudah dibawa ke mana sahaja. Hadir dalam dua warna iaitu merah fuchsia dan putih perak. 

 

Pengawal Suhu

Memiliki dua butang yang boleh mengatur aliran angin yang dikeluarkan, selain mengatur suhunya. Dengan adanya Supersonic Hair Dryer, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada rambut rosak dan bercabang. 

 

Bebas Bunyi Bising 

Pengering rambut lain mengeluarkan bunyi yang kuat, berbeza dengan Supersonic Hair Dryer yang menggunakan aliran udara serba pantas, sekali gus bunyinya agak senyap berbanding pengering rambut yang lain.

 

Cepat dan Fokus 

Teknologi Air Multiplier yang telah dipatenkan membantu rambut  kering 8x lebih cepat. Juga dilengkapi Dyson V9 iaitu motor digital yang dicipta untuk proses pengeluar haba yang cepat dan padat. 

 

Mencegah Rambut Rosak 

Supersonic Hair Dryer mengawal suhu yang dikeluarkan 20 kali setiap detik demi hasil memuaskan. Pengawalan suhu yang baik ini dapat menghindari kerosakan rambut daripada suhu yang terlampau panas.

 

 

 

Sumber foto: Dyson 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.