Aug 08, 2019 - 76

Lima Lagi Label Kosmetik Sertai SEPHORA MALAYSIA - Ini Sebab BEAUTY JUNKIE Kena Serbu Segera!

SEPHORA kini menjadi satu gedung kecantikan lengkap yang bukan hanya untuk memenuhi kehendak wanita, malah sebagai rujukan trend terhangat yang mesti diikuti.

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

Intrend sephoraMain

 

 

Trend musim luruh/sejuk 2019 sudah mula rancak dibicarakan kini. Tidak kira fesyen atau kecantikan, setiap label  berlumba-lumba mempamerkan trend yang mesti menjadi ikutan dan popular di kalangan industri!

 

Baru-baru ini, jenama kecantikan terkenal SEPHORA mengadakan sesi pengenalan rangkaian musim baru kepada para media, selebriti dan KOL secara eksklusif.

 

Produk-produk merangkumi penjagaan kulit, alat solek, penjagaan tubuh dan haruman. Terdapat juga aksesori kosmetik edisi terhad.

 

Bertemakan Beauty Feels, ia membawakan satu senario memahami maksud cantik itu dengan setiap pilihan yang dibuat setiap hari atau bulan juga tahun.

 

Menerusi acara ini setiap pengujung istimewa diberikan penerangan di setiap booth yang mereka singgah, diberi kesempatan untuk mencuba sendiri, menyentuh juga mengalami setiap formula yang diketengahkan.

 

Menariknya lagi, terdapat lima label kosmetik baru yang diumumkan menyertai gedung Sephora Malaysia mulai musim ini.

 

Berikut adalah label baru yang pasti buat kamu teruja untuk mencubanya sendiri!

 

 

Pat McGrath

Jenama kosmetik yang diasaskan oleh makeup guru, Pat McGrath ini mempersembahkan alat solek lengkap inspirasi daripada pengalaman beliau sendiri yang menjadikan tiga perkataan ini sebagai mantera kerjayanya; Obsession. Inspiration. Addiction.

 

 

 

 

 

Biossance

Jenama ini bermula pada 2013 apabila saintis mereka mulai membangunkan teknologi yang dipatenkan untuk memerangi malaria. Daripada situlah terciptanya rangkaian produk penjagaan kulit Biossance menerusi teknologi bio.

 

 

 

 

 

Bybi Beauty

Jenama mesra eko ini diasaskan oleh dua penulis blog kecantikan semula jadi terkenal iaitu Elsie dan Dominika pada tahun 2017. Antara produk menariknya ialah beauty balm, facial scrub dan lip kit.

 

 

 

 

 

Frank Body

Produk penjagaan badan ini diasaskan oleh empat sahabat dari Australia, Alex Boffa, Jess Hatzis, Bree Johnson dan Steve Rowley. Kesemua mereka berkongsi minat yang sama iaitu kafein dan internet yang kemudiannya menubuhkan jenama skrub badan berasaskan kopi.

 

 

 

 

 

Gallinee

Produk penjagaan kulit yang menggunakan kepakaran sains ini menumpukan pada penjagaan kulit sensitif. Ia menghasilkan produk berasaskan prebiotik, probiotik dan asid laktik yang membantu menyokong bakteria baik pada kulit.

 

 

 

 

 

Sand & Sky

Produk Australia yang menggunakan bahan semulajadi dari bumi itu. Ia memperkenalkan rutin penjagaan kulit yang ringkas dengan keberkesanan maksimum. Dipek dengan pembungkusan mesra alam yang menyajikan kecantikan semula jadi luar dalam.

 

 

 

 

 

Tata Harper

Produk organik ini menggunakan lebih 300 sumber bahan semula jadi yang berbeza yang dipetik dari lebih 68 buah negara. Dijamin 100 peratus bebas daripada bahan kimia yang pasti sangat lembut untuk kulit dan serasi untuk kulit Asia.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.