Oct 15, 2014 - 3

Akibat Buruk Pembedahan Plastik

Membelek wajah sendiri, saya percaya ramai wanita tidak berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. Jikalau tidak, mengapa bibir nipis ditebalkan dan dagu berlapis diruncingkan


Cantik itu subjektif. Justeru, tidak perlu obsesi memiliki kecantikan fizikal nan sempurna. Bersederhana dan berjiwa bersih, itu yang utama.

Membelek wajah sendiri, saya percaya ramai wanita tidak berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. Jikalau tidak, mengapa ada kisah hidung penyek dimancungkan, bibir nipis ditebalkan dan dagu berlapis diruncingkan. Ya, kerana teknologi canggih hari ini menawarkan segala kemungkinan untuk kamu tampil lebih menawan. Sekali gus perubahan ini menjadikan kamu lebih berkeyakinan. Namun, sikap obsesi wanita terhadap kecantikan kini dilihat semakin memudaratkan dan membahayakan diri mereka sendiri kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam produk kecantikan itu bukan sahaja menyebabkan raut wajah bertukar hodoh malahan boleh mengakibatkan kematian jikalau salah penggunaannya. Ketahuilah wahai wanita, bahawa kecantikan sebenar bukan tertumpu kepada ciri fizikal sahaja. Kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif, mengikut tafsiran masing-masing.
plastic-surgery__1_.jpg
 

Erti Cantik Menurut Islam Tahukah kamu, Islam menentang kehidupan

yang bersifat kesengsaraan dan menyeksa diri? Ya, sehubungan itu Islam juga menggesa umatnya untuk selalu kelihatan cantik dan berketerampilan dengan cara sederhana iaitu tidak berlebih-lebihan. Walaupun sesetengah perkara yang dianggap baik kepada manusia, tetapi membawa kerosakan dan perubahan pada tubuhnya, daripada yang telah diciptakan oleh Allah SWT, yang mana perubahan itu tidak layak bagi fitrah manusia. Oleh itu, perbuatan tersebut dilarang. Pesan saya, kalau nak cantik biar berpada.

Bahana, itu yang kamu cari Saya mengangkat isu cantik yang boleh memudaratkan

kerana ramai mangsanya terdiri daripada kaum Hawa. Meski banyak kisah benar mengenainya dilaporkan oleh media, namun wanita seakan tidak ambil peduli, apa yang penting, mereka hanya mahu tampil cantik. Adakah kisah Noraini Mohd Ghazali, 30, yang meninggal dunia pada 26 Mac 2009 selepas menjalani rawatan membuang lemak dengan kaedah sedutan (liposuction) di sebuah pusat kecantikan di Ampang masih tidak mampu menyedarkan kamu?

Hey, wanita! Sedarlah kamu bahawa pembedahan membuang lemak amat berbahaya sekiranya tidak dilakukan oleh pakar. Justeru, kamu tidak digalakkan sama sekali melakukan rawatan sedut lemak di pusat kecantikan, lebih-lebih lagi jikalau pakar kecantikannya tidak bertauliah. Jika kamu masih ingin melakukan pembedahan membuang lemak, pastikan EMPAT perkara ini:

(1) Memiliki tahap kesihatan yang memuaskan;

(2) Mempunyai lemak degil yang masih tidak hilang walaupun mengamalkan diet sempurna dan bersenam;

(3) Mempunyai berat badan berlebihan; dan

(4) Masih memiliki kulit yang kenyal dan tegang


Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: