May 11, 2016 - 142

[EKSKLUSIF] Tania Hudson Dedahkan Rahsia Kecantikan Kekal Muda di Usia 30an

Walau kehadirannya dilihat belum lagi memberi impak besar dalam industri seni hari ini, dia ada matlamatnya sendiri...

Teks : Afiza Kamarulzaman
Instagram : @afizakamarulzaman
Tania.jpg
Walau kehadirannya dilihat belum lagi memberi impak besar dalam industri seni hari ini, dia ada matlamatnya sendiri. Tidak mahu bersandarkan rupa paras semata-mata, Tania Hudson mahu bermula dari bawah dan melangkah perlahan-lahan. Tania turut berkongsi rahsia kecantikannya yang sentiasa tampak muda 

 

InTrend : Adakah Tania obses dengan kecantikan? 
Tania : Tania percaya pada kecantikan dalaman dan alami. Tania mementingkan pengambilan suplemen, pemakanan yang baik dan senaman. Apabila kecantikan dalaman diberi keutamaan, kita tidak perlu menjadi obses dan fanatik dalam mengejar kecantikan luaran. 

 

InTrend : Bagaimana rutin penjagaan kecantikan Tania?
Tania : Tania mementingkan penjagaan kulit. tidaklah terlalu ekstrem tetapi harus lengkap dengan pencuci, penyegar, serum, pelembap dan krim tabir suria. 

 

InTrend : Adakah apa-apa petua cantik yang diturunkan ibu kepada Tania dan Tasha?
Tania :
Ibu Tania pun seorang yang simple sahaja. Seperti Tania, dia juga mengamalkan kecantikan dari dalam dan mementingkan pengambilan supleman sejak usia muda. Pesannya selalu, minum air putih lapan gelas sehari dan jangan culas mengambil vitamin setiap hari. Petua cantik ibu banyak manfaatnya. 

 

InTrend : Bagaimana Tania meraikan peningkatan usia tanpa rasa takut seperti kebanyakan wanita lain?
Tania :
Age is nothing, just a number. Berfikiran positif dan hargai setiap detik yang berlalu dalam kehidupan seharian kita kerana setiap detik itu tidak akan berulang lagi. 

 

InTrend : Idola cantik Tania? 
Tania : Angelina Jolie. Beliau tidak hanya cantik tetapi punya personaliti yang unik, seorang yang kuat, punya hati yang tulus. Cantiknya dia dari hatinya yang besar dengan kasih sayang untuk insan-insan di sekelilingnya. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.