Nov 17, 2016 - 715

Orang Gendut Nak Kurus Patut Baca Ini, Air Kelapa Rupanya Mujarab Kuruskan Badan

Air kelapa yang asli itu rupanya bagus untuk kecantikan. Manfaatnya untuk wanita memang WOW!

 

Sumber: makeupandbeauty.com

 

RAMAI yang mempersoalkan khasiat sebenar air kelapa yang menjadi kegilaan di Hollywood, lebih-lebih lagi kepada kelompok selebriti yang amat menitikberatkan kesihatan peribadi. 

 

Selepas wheatgrass, goji berries dan vitamin water, air kelapa dilabel sebagai the new ‘IT’ healthy drink di Amerika Syarikat. Dua nama besar, Madonna dan Rihanna pernah ‘ditangkap’ memegang dan  minum air kelapa ketika bersiar-siar di tempat awam. Vita Coco antara produk berasaskan buah kelapa yang popular di pasaran dan kini air kelapa dijual di dalam botol atau kotak secara komersil. Selain pasaraya, minuman ini mudah didapati di mana-mana sahaja, tidak kira di gim atau studio yoga mahupun dijual secara maya.

 

 

 

Sumber: positivemed.com

 

Mudah, air kelapa dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air kepada badan. Ia mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan potassium dan bebas lemak dan kolestrol yang dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi. Altenatif terbaik buat yang mahukan air minuman dengan kandungan gula yang kurang daripada jus buah-buahan dan soda. 

 

Air kelapa adalah sumber hidrasi yang bagus buat senaman ringan kerana kandungan potassium yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah ideal kepada atlet yang melakukan endurance training atau senaman berat. Jumlah karbohidrat dan sumber elektrolit yang terdapat dalam air kelapa tidak mencukupi untuk memberi anda sumber energi yang diperlukan. Apa yang utama anda harus memastikan tahap hidrasi adalah seiring dengan senaman yang dilakukan. Jangan pula nanti ada yang pengsan kerana tidak cukup air di dalam badan.

 

Sumber: makeupandbeauty.com

 

KHASIAT AIR KELAPA YANG ANDA MESTI TAHU 

 

KEBAIKAN 1 Membersihkan Badan dan Kulit

Sebagai sumber hidrasi, air kelapa bagus untuk badan dan kulit anda. Jika diminum setiap hari, air kelapa bertindak sebagai agen mencuci sistem pengaliran darah dan penghadaman yang cukup bagus untuk menyingkirkan toksin. Kandungan mineral dan asid amino yang kaya pula berfungsi sebagai mengenyah toksin untuk kulit rosak dan dapat mengekalkan awet muda. Jerawat juga dapat dikurangkan apabila anda membasuh kulit dengan air kelapa.

 

KEBAIKAN 2 Mengurangkan Berat Badan

Tahukah anda, kebanyakan minuman manis yang lain merangsang sistem tubuh badan kita menambunkan kalori di dalam badan? Jika anda mahukan sesuatu yang manis, gantikanlah ia dengan air kelapa. Air kelapa tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ia merupakan sumber gentian diet yang amat bagus. Ia tidak dihadam oleh badan, maka kerana itu ia 'tinggal' lebih lama dalam tubuh. 

Kebanyakan air manis merangsang tubuh kita menambunkan kalori di dalam tubuh dan menjadikan kita cepat berasa lapar. Jika anda mahu mencari alternatif kepada minuman yang manis, pilihlah air kelapa. Air kelapa tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi. Malah, ia bagus sebagai sumber gentian diet. Ia tidak dihadam oleh tubuh, jadi oleh kerana itu ia 'tinggal' di dalam tubuh kita dengan lebih lama, menjadikan kita berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih panjang.

 

Dengan itu, apabila anda tidak berasa lapar, maka secara automatik anda tidak akan makan dengan banyak berbanding kebiasaan.

 

Secawa air kelapa memberikan khasiat 2 gram protein. Protein amat bagus kerana ia menolong dan menghindari anda daripada mengambil kalori dengan banyak. Dan ini merupakan saalah satu dorongan untuk anda mengurangkan berat badan anda. Selamat mencuba!

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.