Oct 10, 2016 - 1459

“Peminat Kecewa Apabila Bertemu Dengan Saya Sebab…” Ini Penjelasan Ezlynn

Asetnya yang satu itu rupa-rupanya jadi kesayangan para peminat juga. Ini kisahnya.


Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

 

WALAUPUN tersingkir sebagai peserta terawal pada minggu ketiga konsert Gegar Vaganza 2015, ia menjadi pentas penting untuk Ezlynn kembali menebus rindu kepada peminatnya.

“Selain itu saya dapat berkongsi pengalaman bukan saja daripada penghibur seangkatan, malah daripada penyanyi-penyanyi yang lebih berpengalaman yang saya kagumi suatu masa dahulu. Malah, program ini juga menjadikan saya lebih versatil dengan peluang menyanyikan pelbagai genre lagu yang tidak pernah saya bawa sebelum ini,” ujarnya lagi. 

 

 

Apa perkembangan Ezlynn sekarang? 

Selain sibuk dengan persembahan pentas, saya juga ada membuat tugasan pengacaraan di majlis-majlis tertentu. Saya juga sedang dalam proses mengeluarkan single terbaru, masih dalam fasa pencarian komposer yang akan mencipta lagu untuk saya tahun ini. Syarikat saya, Ezlynn Entertainment Sdn. Bhd. juga sedang giat memilih beberapa artis baru untuk diuruskan sepanjang 2016.

Saya juga merancang untuk mengeluarkan label fesyen sendiri. Jangan tak tahu, saya telah menjahit sendiri beberapa rekaan sebagai pilihan untuk fesyen keluaran syarikat saya kelak. Berkemungkinan besar, ia akan beroperasi secara online terlebih dulu. 

 

 

Bagaimana rutin kecantikan Ezlynn daripada segi penjagaan muka dan rambut?

Untuk kulit wajah, saya pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih. Apabila menggunakan sesuatu kosmetik, pastikan semua alatan tersebut dibersihkan dahulu sebelum digunakan. Selepas selesai majlis atau sesi penggambaran, saya akan segera membersihkan muka supaya kulit dapat ‘bernafas’ kembali. Pemilihan makanan yang betul juga penting supaya kulit mendapat sokongan dari dalam.

Daripada segi penjagaan rambut pula yang paling senang, untuk mendapatkan kerinting yang baik, saya hanya perlu menggunakan syampu dan membiarkan ia kering dengan sendirinya apabila dibasuh. Saya tidak memakai apa-apa produk rambut yang lainnya kerana ia akan membuat kerinting itu ‘pecah’ dan kelihatan tidak terurus.  

 

 

Kenapa Ezlynn setia dengan gaya rambut kerinting kembang itu?

Saya pernah beberapa kali meluruskan rambut sehinggakan peminat kecewa apabila bertemu dengan saya dengan imej baru begitu. Ada antara mereka mahu bertemu dengan saya semata-mata mahu melihat rambut kerinting saya secara dekat. Sampaikan ada juga program televisyen sendiri yang berkehendakkan saya berambut kerinting itu. Imej itu sudah sebati sejak dulu lagi, jadi biarlah saya kekalkannya. 

 

 

 Apakah petua kekal bertenaga ketika di pentas?

Jaga kesihatan tubuh dengan pemakanan yang baik dan harus bersenam. Saya mendapati apabila saya bersenam sekurang-kurangnya empat kali seminggu, stamina saya untuk menari serentak dengan menyanyi adalah lebih baik.

Saya pengidap penyakit asma, jadi apabila saya cukup bersenam atau bersukan, serangan asma berkurangan. Kebanyakanlagu-lagusayaberentak fast beat dan memerlukan saya untuk menari. Cara pernafasan ketika menyanyi dan menari juga penting untuk mengekalkan rentak yang bertenaga di pentas. 

 

 

Banyakkah kos dibelanjakan untuk kecantikan saban bulan?

Sebenarnya,kalaukitabijakmemilih cara hidup yang betul, tidak perlu kos yang tinggi untuk menjaga kecantikan setiap bulan. Untuk produk, saya hanya membelanjakan wang pada item asas solekan dan produk penjagaan kulit.

Paling penting adalah penggunaan produk tabir suria dan pelembap yang berkualiti. Untuk penjagaan kesihatan, saya tidak ke gimnasium berbayar. Saya memilih untuk berbasikal dan berlari di trail atau track yang disediakan secara percuma. Rutin bersenam juga boleh dibuat berdasarkan video- video senaman di YouTube.  

 

 

Solekan yang disenangi? 

Solekan natural menggunakan rona-rona tanah. Highlight hanya pada tempat-tempat tertentu seperti untuk menampakkan mata lebih besar atau shading yang memperlihatkan hidung yang lebih runcing. Saya juga sukakan solekan yang berkonsep tertentu. Seperti kali ini, saya berambut lurus dan solekan seperti ini membuatkan ramai yang berkata saya kelihatan seperti Jennifer Lopez! 

 


 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Satu Hari Sebelum Ramadan, Allah Kuatkan Hati Saya Untuk Keluar Pakai Hijab” — Sharifah Aleya

  • Seterus →

    Yasmin Hani Kurus 'Melidi' Selepas Melahirkan Noah. Apa Rahsianya!