Oct 15, 2014 - 114

Rahsia Fouziah Gous Amal Sarang Burung

Berlakon dan bergelar selebriti bukanlah misi utama dalam hidup dan masa depannya. Peluang berbual dengannya, membuatkan saya rasa seperti bercakap dengan seorang ‘perunding’ kewangan dan kecantikan.

Teks: Afiza Kamarulzaman
Instagram: @afizakamarulzaman


Berlakon dan bergelar selebriti bukanlah misi utama dalam hidup dan masa depannya. Peluang berbual dengannya, membuatkan saya rasa seperti bercakap dengan seorang ‘perunding’ kewangan dan kecantikan. Lantas, dia punya misi jelas dalam hidup, apa lagi dia tahu apa yang dia bicarakan, tambah pula dia isteri kepada lelaki yang begitu berjaya dalam lapangan pelaburan dan kewangan.

PICTURE-AA.jpg

Khabarnya sudah punya produk sarang burung sendiri. Bagaimana mula menaruh minat?

Saya sendiri memang mengambil minuman sarang burung ini sejak dulu dan dari situ saya terfikir kenapa tidak saya terjun ke lapangan baru yang jarang diceburi oleh orang Melayu. Saya lantas ke Jabatan Veterinar. Mereka juga terkejut apabila saya menyatakan hasrat untuk mencuba perniagaan sarang burung ini kerana menurut mereka, ia dimonopoli oleh perniaga Cina. Tetapi, inilah misi utama saya mahu mendidik dan membuka mata orang Melayu akan kebaikan dan kemampuan industri sarang burung ini. Pada mulanya, saya sekadar mahu menjadi perunding tetapi akhirnya memutuskan mengeluarkan produk sarang burung sendiri yang diberi nama My Walet Bird Nest by FG. Insya-Allah, ia sedang dalam proses pembungkusan semula dan bakal menembusi pasaran Timur Tengah.

Apa pendapat Fouziah tentang perkembangan industri kecantikan kita hari ini?
Inilah industri yang tidak akan mati sampai bila-bila. Industri semakin berkembang cuma yang saya bimbangkan adalah mentaliti pengguna yang mudah percaya sesuatu barangan itu tanpa membuat kajian tentang kandungannya. Contoh mudah, sekarang orang banyak menjual makanan secara online, pengguna membeli tanpa mengetahui tahap kebersihan dan halal dalam bahan yang digunakan. Seperti sarang burung kami, melalui begitu banyak proses kelulusan untuk memastikan ia benar-benar selamat dan memberikan rumusan kandungan sarang burung 100 peratus tanpa campuran bahan lain.
 
Selain sarang burung, apa lagi rahsia cantik Fouziah?
Selain minum sarang burung setiap pagi dan sebelum tidur, saya juga mengambil supplemen seperti Vitamin C pada tengah hari. Minum banyak air dan pastikan saya cukup tidur kerana jika masa tidur tidak mencukupi ia memberi efek kepada kulit saya. Saya tidak akan tidur dengan mekap bersisa di muka. Pelembap adalah wajib. Ya, lah, walaupun saya begitu mementingkan penjagaan dalaman, penjagaan luaran juga perlu seiring.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: