Oct 28, 2016 - 10067

Bravo Bombay! - 6 Solekan Vanida Imran Seiras Pelakon Bollywood

Trend cantik ala Rekha, Madhuri Dixit, mahupun Kajol ini, bukan lagi satu dimensi budaya terkongkong. Ia kini menjadi cerminan inspirasi pada kebanyakan kempen komersial cop tersohor. Vanidah Imran, merealisasikan keindahan itu dalam acuan tempatan.

 

Oleh: Afiza Kamrulzaman 

 

Solekan 1

 

Mesti Cuba: 

Bagaikan gadis bersari sarat lincah menari di majlis perkahwinan yang gah. Gemerincing gelang kakinya dengan lirik matanya memukau penonton. Kecantikan si heroin terserlah di balik selakkan selendang itu. Solekan mata berkepak diberi sentuhan lebih mengilau dengan kemasan pembayang mata keemasan pada separuh kelopak. 

 

 

Solekan 2

 

Tips: 

Tekstur juga antara elemen penting yang menjadi mainan pakar buat kebanyakan jurusolek di sana. Mereka yang cukup dikenali dengan mata bundar amat suka teknik bersolek yang memberi ilusi mata menjadi besar berganda. Bibir pula sinonim dengan gincu pusam rona gelap dengan garis bibir yang ketara. 

 

 

Solekan 3

 

Apalikasikan: 

Wanita India sukakan sesuatu yang dramatik dan menyerlah. Solekan mata gelap dengan tona pembayang legam pastinya menjadi mainan solekan yang digemari. Untuk wanita India lebih moden, ia digandingkan dengan solekan bibir lebih sederhana. 

 

 

Solekan 4

 

Menawan: 

Gaya solekan klasik yang menumpukan pada celak mata hitam dan tebal. Wanita India suka dengan alitan celak tebal pada garis bawah mata berbanding pada atasnya. Ditemani dengan bibir merah yang menjadi lambang keseksian wanita berkulit hitam manis. 

 

 

Solekan 4

 

 

 

Persis wanita Bollaywood: 

Aksesori adalah ‘nyawa’ buat mereka yang bernama wanita India asli. Makin sarat, makin meriah, makin tinggi nilai kejelitaannya. Pembayang gelap matte sebagai garis soket menjadi antara teknik solekan yang unik dan sempurna dengan lengkapan bulu mata mekar di hujungnya. Bibir disuntik dengan pecahan warna merah, jingga dan keemasan. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    "Nelly Pernah Miliki Berat Badan 58kg!" Ini Rahsia Nelydia Senrose Boleh Kurus dengan Cepat

  • Seterus →

    “Jadi Anak yang Soleh Ya Sayang. Doa Untuk Abah Kat Sana…” — Siti Nordiana