May 06, 2015 - 29

“Ada Hubungan Yang Jadi Tatapan Umum Tak Semudah Yang Disangka.” - Nelydia Senrose

“Nel rasa semua wanita itu dilahirkan cantik. Kita tidak perlukan a men’s acknowledgement untuk rasa diri sendiri cantik. Percaya pada diri sendiri dan berikan yang terbaik,” ujarnya yang meletakkan Olivia Palermo, Vanessa Hudgens, Rihanna dan Beyonce sebagai ikon fesyen dan kecantikan yang digemari.
edcwwwe.jpg
“Nel juga minat sama Maya Karin, Elly Suriaty dan Drew Barrymoore sebagai someone Nel look up to dalam bidang lakonan. Mereka bijak bawa watak. Kalau lelaki, tentunya Johnny Depp, Andrew Garfield dan Adama Levine punya kuasa faktor X. Pada usia 21 tahun (Nel dilahirkan pada 30 Julai 1994 – berbintang Leo), Nel tampak cukup dewasa dengan ciri kewanitaan yang dimilikinya. Kadang-kadang orang terlupa dia masih lagi gadis muda dan punya rasa ingin tahu. Apabila disoal kiranya mahu bernikah sama pacaranya – Qi, Nel mula menepis, masih banyak yang mahu dipelajari.

“Punya hubungan yang jadi tatapan umum tidak semudah yang disangka. Justeru, ada kalanya Nel faham jika ada teman selebriti yang berkawan tidak mahu umumkan kepada khalayak. Sedikit sebanyak ia memberi kesan terhadap hubungan kami. Niat mahu berkongsi comes with a price, you have to take the good and the bad,” jawab anak kelahiran Kelantan ini.

“Nel sebenarnya lebih selesa berada dalam persekitaran yang lebih quiet dan tertutup. Pilihan Nel, tempat yang tenang dan tidak banyak mata memandang. Kalau punya masa dan mahu relaks, Nel gemar minum petang di Starhill sama teman-teman. A good place to unwine.”

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: