Nov 13, 2016 - 1802

“Tidak Perlu Melenting Tetapi Selesaikan Dengan Cara Baik dan Bermaruah” — Elly Mazlein

Dek kontroversi hangat yang melanda diri, Elly Mazlein masih mampu bertahan demi cinta hatinya, Putri Sara Sefhia. Ikuti kisah perjalanan kehidupan Elly Mazlein sekian lamanya.

 

Oleh: Marini Mat Zain 

 

 

NAMANYA sangat bersih daripada aib kontroversi atau gosip hangat. Kata orang cerita sejuk, menenggelamkan nama. Namun, dirinya masih bertahan biarpun bukan lagi giat menyanyi. Kini dunia lakonan menjadi cinta barunya. Mengenai cinta kepada lelaki pula, kejap mengunci rahsia cinta. Padanya biarlah kisah peribadi kekal jadi peribadi. 

 

 

Taruhan pertamanya muncul pada 1997 dengan judul Sutera Kasih. Kelunakan suara, cantiknya dia dan keperibadian yang tinggi mendapat pujian daripada teman wartawan yang bertugas di akhbar harian. Benarlah seperti digambarkan teman saya, orangnya bertubuh cantik, soft spoken dan manis apabila tersenyum. Mahu ketawa pun tampak tertibnya. There’s a calm surrounding her.  

 

 

Penyanyi, pelakon dan model type Elly Mazlein, she’s even more attractive in person: Buah pipinya, heart-shape lips dan kulit wajah yang flawless dan yes, dalam certain angles, Elly Mazlein sungguh menawan. Elly Mazlein is obviously drop-dead gorgeous. Dia pandai memberi pose yang menarik untuk Profil kali ini. Tubuhnya cantik dan apabila bergaya di depan kamera, nah, hasilnya.

Masih menerima undangan menyanyi, dia kini dalam kerinduan mahu masuk studio. Suasana merakamkan album dirindukan. Elly Mazlein bermula sebagai penyanyi namun dia bukanlah lahir daripada mana-mana pertandingan menyanyi. Minat sejak kecil itu dilunaskan keluarga dengan membawanya uji bakat dan terus dia dilamar NAR Record. Selain Sutera Kasih, album lain seperti Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV Karaoke Elly Mazlein (2001), Best of Elly Mazlein (2002) dan Atas Nama Cinta (2003) dilahirkan. 

 

 

Ternyata, pentas nyanyian semakin gelap, itulah senario berlaku di tanah air. Namun, dia tetap tidak berputus asa dan menaruh harapan, cabang seni menyanyi itu pulih seperti dulu. This is basically why Elly Mazlein has an acting career. Pada 2003 dia mula berlakon. Semua nantikan kemunculan pertamanya di dalam drama Gerak Khas dan Sembilu.

Sejak itu Elly Mazlein turut berlakon filem Tangkai Jering, Gerak Khas dan Janji Diana. Lakonannya dalam Cerekarama TV3 Cinta Dalam Hati begitu mengesankan. Banyaklah teman-teman memuji dia pandai berlakon. Selepas drama siri Spa-Q dan Bella melonjak namanya, kini Elly Mazlein ditunggu-tunggu peminatnya dalam drama bersiri Cinta Batu Belah.  

 

 

“Saya selesa berlakon. Saya percaya kalau kita melakukan satu-satu perkara dalam keterpaksaan, tak baik. Kalau ada minat, keikhlasan dan usaha lebih, pasti berjaya. Cabang seni ada banyak. Mula-mula menyanyi. Kemudian saya cuba mengacara dan kini berlakon pula,” ujarnya seiring senyuman manis. Seserius mana Elly Mazlein dalam dunia nyanyian, dia juga memberi tumpuan pada lakonan juga.

Apabila satu, satu watak diberikan, dia bersedia dengan buat homework. Banyakkan membaca buku untuk menimba lebih ilmu. Selain menonton filem antarabangsa tetapi bukan untuk meniru ya. Sekadar melihat teknik lakonan agar memberi kelainan. Tidaklah sama sahaja. Elly Mazlein percaya, pelakon perlu kreatif dan bijak membawakan watak. Mudah saja mahu masuk watak, dia sekali baca dan fokus. Jadual terlalu sibuk sehinggakan Elly Mazlein terpaksa menunggu jam 1 pagi memulakan bacaan skrip yang berakhir jam 5 pagi untuk memahami dan mendalami skrip terutama jika dia memegang watak utama. 

 

 

Elly Mazlein memastikan skrip tiba di tangannya terlebih dahulu terutama jika tawaran datangnya daripada produksi yang belum pernah dia bekerja. Lainlah kalau pengarah dan produksi yang pernah dia bekerjasama. Menurut Elly Mazlein, memang seronok jadi selebriti kerana dapat kenalan baru. Ada peminat yang menghargai bakatnya juga.

Memang benar ada ketikanya dia perlu bersendirian tetapi itulah harga harus dibayar menjadi public figure. Istilah rimas tidak sepatutnya ada. Kalaupun sedang resah dilanda masalah, usah sekali-kali menunjukkan raut wajah tidak suka didekati. Namun di sebalik menjadi tumpuan, dia lebih senang menjalani kehidupan seperti bukan seorang selebriti. Not, like, a celebrity celebrity.  

 

 

 Kisah sensasi tentang Elly Mazlein juga tidak kedengaran. “Benar, tidak ada gosip mencalarkan kerjaya atau peribadi. Harap-harap kekal begitu,” ujarnya apabila ditanya mengenai gosip. Saya pun tidak mendengar gosip yang bukan-bukan mengenai peribadinya. Padanya tidak perlu melenting tetapi selesaikan dengan cara baik dan bermaruah.

Kalau tak ada penggambaran, tinggal di rumah, comfy clothes dan membawa keluarga keluar makan atau tengok wayang. Sesibuk mana pun dia pasti mencuri waktu bersama keluarga. Lebih-lebih lagi anak bongsu daripada tiga beradik ini sangat rapat dengan abang dan kakak serta enam anak buah. Elly Mazlein juga bersyukur punya orang tua yang menyokong minatnya selama ini. “Dengan kawan-kawan keluar makan, minum kopi dan window-shopping. KLCC jadi pusat membeli-belah paling saya gemari. Parti tidak ada dalam diari. I’m a homebody. Parti di rumah saja! Tidur puas-puas.” ujarnya dalam ketawa manja. 

 

 

Di sebalik susuk tubuh cantik, bukan rahsia lagi apabila Elly Mazlein berkongsi tips kurus. Dia mengamalkan diet protein sejak 2003 lagi. Pastinya dia berjumpa doktor dan diberikan menu-menu diet. Dia juga minum banyak air suam selain kurangkan minum air bergas. Bagi kulit cantik, Elly Mazlein merawat tubuh dengan lulur sebulan sekali di spa.

Wajah mulusnya pula dimanjakan dengan produk Dermalogica. Dua atau tiga bulan sekali pasti dia melakukan facial dan rawatan rambut juga. Cuma dia tidak mewarnakan rambutnya.  Elly Mazlein juga jarang bersolek tebal jika tiada penggambaran atau majlis-majlis rasmi. 

 

 

Era saya, bukan semua orang mudah bergelar artis seperti sekarang. Artis baru kini sangat bertuah tetapi perlu juga berhati-hati. Jangan terlalu ghairah atau berlebih-lebih melakukan apa sahaja. Biarlah sederhana,” ujar Elly Mazlein yang punya banyak koleksi kasut dan tas tangan jenama CD dan Gucci. Dia tidaklah memilih membeli barangan berjenama.

Tetapi sesekali memanjakan diri selepas letih bekerja, apa salahnya. Elly Mazlein— Seorang yang asalnya penyanyi, kini meniti populariti sebagai pelakon. Saya dan teman-teman berpendapat, dia lebih menyerlah sebagai pelakon. Sesiapa sahaja pastinya melekat di peti TV pabila Elly Mazlein di antara barisan pelakonnya. 

 

 

Kenali diri Elly Mazlein

1. Sangat ringkas daripada segi pemakaian. Kalau tidak ada penggambaran saya hanya memakai flat shoes atau sneakers. 

2. Pendiam juga. Kalau kali pertama bersua memang tak banyak bercakap. 

3. Saya manja dan rapat dengan keluarga. Mereka adalah segala-galanya. Kami gemar dan kerap keluar makan besar sekeluarga di luar. Begitulah kami menghabiskan waktu bersama. 

4. Saya sukakan keadaan tenang. Tidak suka pergi tempat banyak orang seperti kompleks membeli-belah. 

5. Saya paling tidak suka dipaksa melakukan apa yang saya tidak suka. 

6. Pantang dengan orang yang cakap berbisa pada saya. Saya sangat sensitif dan cepat terasa. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    "Dear Amar, Moga Amar Terus Jadi Imam Myra, Through Thick and Thin" — Amyra Rosli

  • Seterus →

    “Aleesya Pernah Cakap, Mommy ‘Pretty’ Macam ‘Princess’ Kalau Pakai Tudung...” — Erra Fazira