Nov 11, 2016 - 18426
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Sumber: Ihsan
DEAR AMAR,
Semoga Amar dapat menjadi imam Myra yang dapat membimbing Myra sampai akhir hayat. Myra akan sentiasa berada di sisi Amar through thick and thin. Harap kita dapat build up our relationship semakin hari semakin bahagia. Demi Allah, kita akan menuju ke alam suami isteri dan letakkan bakal isterimu dalam doamu selalu...
Myra
Sumber: Ihsan Blackpepper Production
Sumber: Ihsan Blackpepper Production
Sumber: Ihsan Blackpepper Production
Mengakhiri zaman bujang pada usia muda dan di ketika nama sedang meniti puncak, tidak rasa rugi?
Muda ke? Myra fikir jauh. Kalau lambat kahwin nanti lambat dapat anak. Myra kalau boleh mahu anak membesar pada usia Myra masih bertenaga dan kami seumpama adik dan kakak. Myra dikelilingi wanita-wanita yang kahwin awal seperti Mama pada usia 21 tahun dan mak cik-mak cik Myra yang juga berkahwin muda, jadi Myra tidak berasakan ia satu tekanan untuk mengakhiri zaman bujang pada usia sekarang.
Sumber: Ihsan Blackpepper Production
Myra seorang yang sukakan hidup berkeluarga, berkahwin bukan kerana mahu punya suami sahaja tetapi kehidupan berkeluarga yang lebih meriah. Myra selesa bersama lelaki yang Myra sayang dengan sebuah ikatan, yakni perkahwinan. Kalau kata rugi dan rezeki tersekat selepas kahwin? Myra rasa itu sudah menidakkan takdir Allah. Setiap rezeki kita sudah ditentukan oleh yang di atas sana.
Bagi Myra, walaupun baru bertunang dengan Amar, Myra dapat rasakan rezeki kami semakin bercambah. Yalah, daripada rezeki untuk diri sendiri, selepas berkahwin ia menjadi double. Contohnya, kami dapat buat single berdua dan banyak menerima tawaran berlakon bersama selepas kami memutuskan untuk berkahwin. Lihat saja pasangan Awal dan Scha, mereka bukan setakat dikurniakan rezeki berdua malah berlimpahan lagi selepas rezeki bertiga dengan kehadiran Lara. Bagi Myra, rezeki itu bukan terletak pada status diri kita tetapi usaha. Usaha lebih, rezeki lebihlah.
Myra dikatakan seorang yang tidak 'ambitious' apabila begitu mudah menerima lamaran untuk bergelar isteri walaupun karier berada pada tahap yang sedang elok, seolah-olah perkahwinan adalah destinasi hidup Myra?
Orang yang bercakap tu pula bagaimana kehidupannya? Kalau mahu dengar cakap orang, apa pun kita tidak boleh buat. Orang tidak tahu bagaimana Myra bekerja? Myra tidak suka terus berkawan tanpa ikatan. Ikatan itu adalah jaminan untuk sebuah hubungan. Myra tidak mahu dengar cakap orang. Myra percaya pada rezeki selepas perkahwinan menerusi cabang yang lain. Perkahwinan tidak menyekat cita-cita atau impian Myra untuk pergi lebih jauh.
Bagaimana Myra berasakan ya, Amarlah ‘Mr. Right’ itu?
Amar bukan jenis cakap kosong. Apa yang dia janjikan dengan kata-kata, dia buktikan dengan perbuatan. Ketika Amar melamar, Myra tidak terus berkata ‘Yes’. Jujurnya, Myra langsung tidak ada hati padanya waktu itu kerana hati sudah rasa tidak mahu lagi kepada pelakon. Namun, keikhlasan dan kesungguhan dia buat Myra akhirnya berkata ya. Dia seorang yang bertanggungjawab.
Myra nampak dia begitu menjaga keluarganya dan bagi Myra seorang lelaki yang boleh menjaga keluarganya dengan baik, pasti boleh menjaga isteri dan anak-anaknya dengan lebih baik lagi. Amar sentiasa punya perancangan masa depan. Oh, lagi satu dia seorang yang sabar. Myra jenis yang tidak boleh orang berkasar. Cara dia menangani Myra sesuatu yang Myra senangi. Tapi kami umpama air dan api yang saling meredakan.
Bagaimana Amar melamar?
Tidaklah ada cincin selit dalam dessert ke atau melutut dengan sejambak bunga. Dia melamar menerusi Mama. Mama yang nervous masa tu. Kiranya, dia tackle Mama dululah. Mama memang rapat dengan Amar sebab Amar adalah artis di bawah pengurusan Mama. Mulanya, Mama pun tak sangka tetapi melihatkan Amar bersungguh, Mama bersetuju dengan lamaran itu.
Papa pula jenis yang tak banyak bunyi, kalau Mama setuju, Papa ikutkan saja. Lagipun, Amar memang rapat dengan keluarga Myra dan keluarga Myra pun rapat dengan keluarga Amar. Adik-adik Myra juga rapat dengan adik-adik Amar. Mereka boleh keluar tanpa kami.
Apa perkara paling romantik dilakukan Amar?
Dia bukan jenis yang suka buat kejutan untuk satu-satu hari yang istimewa. Bagi dia, untuk menghargai pasangan, hari-hari perlu buat sesuatu untuk refresh. Myra tidak meminta tetapi pasangan mana yang tidak suka bila dihargai saban hari, kan? Pernah sekali dia buat surprise. Dia di Johor dan katanya balik lambat hari itu. Jadi,Myra duduk di rumah saja.Tengok-tengok, dia datang ke rumah.
Masa tu Myra di dapur, siap dengan sejambak bunga. Lagi satu yang Myra puji tentang Amar, dia tidak suka dengar cakap orang dan sentiasa terbuka dengan hubungan ini. Dia tidak segan silu untuk perkenalkan Myra kepada sesiapa saja yang mengenalinya. Dia bawa Myra seiring dengan perjalanan life dia.
Sepanjang bertunang, ada tak apa-apa konflik paling besar berlaku? Atau ada orang ketiga cuba ‘masuk jarum’?
Alhamdulillah, tak ada apa yang terlalu menduga. Dugaannya mungkin sekadar kami tak cukup masa untuk duduk membuat persiapan perkahwinan kami. Kalau yang masuk jarum, ada bukan tak ada. Tapi bagi Myra kawan is kawan. Kalau tiba-tiba, kita rasa lelaki itu mula ada rasa yang lain, kita cubalah jauhkan diri. Jangan sesekali mencuba kerana daripada mencuba itulah akan terjadi perkara yang lebih lebih rumit.
Dari awal kenal lagi, Myra dah tanya Amar betul-betul, sejauh mana serius dengan hubungan ini? Myra dah warning awal-awal, apa-apa jadi perlu beringat. Mungkin pengalaman lalu banyak mematangkan. Kalau takutkan ujian, sampai bila pun kami tak bertunang, kak.
Berapa mas kahwin, hantaran dan dulang hantaran?
Mas kahwin RM1111 sempena tarikh nikah kami pada 11.11 (yakni 11 November 2016). Pihak Amar memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Myra. Belanja untuk majlis perkahwinan kami tu biarlah rahsia. Namun masih dalam kemampuan kami.
Apa persediaan Myra sebagai isteri?
Oh, Myra mahu jadi isteri yang relaks, sporting, memahami dan maintain gila-gila. Kalau boleh, siapa Myra hari ini, Myra ingin kekalkan selepas berkahwin sebab bagi Myra kalau suami kita sukakan kita pada hari ini, kenapa kita perlu mengubahnya. Dalam sesebuah perkahwinan akan jadi hambar kalau mempunyai begitu banyak rules.
Apa perkara mesti dibuat Amar kepada Myra setiap hari?
Percaya atau tidak Amar akan telefon Myra sebelum tidur dan kami akan bercakap sampai Myra tertidur dengan sendirinya. Entahlah, kadang-kadang tak ada apa pun nak dicakapkan, tapi mesti nak dengar suara, mungkin kerana hubungan kami ini fun dan tak ada apa yang ingin kami rahsiakan, sebab itu kami boleh bergayut kadang-kadang sampai jam tiga atau empat pagi.
Tak apalah sebelum duduk serumah, buatlah kerja begini, nanti dah duduk sebumbung tak akan berlaku dah. Dan, esoknya, Myra pula kena jadi wakeup call untuk dia. Amar tak akan bangun selagi Myra tak telefon dia.
Apa nasihat Mama kepada Myra sebelum meninggalkan keluarga dan masuk ke rumah suami nanti?
Mama nasihatkan Myra supaya banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Jaga makan minum suami. Kita tak tahu bila ajal kita, jadi Mama pesan sayangilah orang yang kita sayang seolah-olah esok kita tiada lagi dunia ini. Myra sendiri jadikan Mama dan Ayah sebagai contoh terbaik dalam kehidupan berumahtangga. Mereka tak pernah sekali pun bergaduh di depan anak-anak.
Sentiasa tenang dalam apa jua situasi. Malah, Ayah dan Mama meletakkan keluarga sebagai fokus utama sepanjang melayari bahtera perkahwinan mereka. Mama membentuk kami anak-anak, sama seperti cara yang diajar oleh ibu Mama sendiri.