Sep 21, 2018 - 418

Episod Kedua InTrend Malaysia X ALTERNATIF — Bersiaran Setiap Jumaat di Astro Ria & Astro Ria HD!

Bersempena wajah baharu InTrend Malaysia, kini kandungannya boleh ditonton di kaca TV anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[EKSKLUSIF!] Dari lembar majalah kini ke kaca TV anda!

Saksikan episod kedua Majalah InTrend X ALTERNATIF. Pasti hangat dengan buah bicara pemikir politik generasi baharu! Kami bawakan Yang Berhormat Syed Saddiq, Yang Berhormat Nurul Izzah dan Yang Berhormat Fahmi Fadzil khas untuk anda! .

Jumaat 21 September 2018 jam 9.30 malam, di Astro Ria dan Astro Ria HD! .

 

 

YANG BERHORMAT (YB) SYED SADDIQ y, YB NURUL IZZAH & YB FAHMI FADZIL 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

YB SYED SADDIQ

 

 

 

 

Masih ramai yang bersoksek- soksek di belakang dengan komen, “YB Syed Saddiq ni muda sangatlah, YB Syed Saddiq ni tak patut lagi pegang portfolio sebagai Menterilah. Apa komen YB?

Besar harapan saya, selepas ini, dengan perlantikan saya, tidak akan ada lagi komen daripada mana- mana pihak, yang mempertikaikan usia seseorang itu sebagai terlalu muda atau terlalu belia.

 

Kerana saya mahu pastikan bahawa kerangka pemikiran masyarakat boleh berubah di mana kita tidak lagi mengukur kematangan seseorang individu itu berdasarkan termometer usia…

 

 

 

 

 

YB NURUL IZZAH

 

 

 

 

YB boleh dikatakan menggelumangi politik secara tidak sengaja. Accidental politician, komen?

Saya terkancah dalam politik sewaktu saya berumur 18 tahun... (diam seketika). Oh tidak, 17 tahun lebih sebenarnya. Saya sepatutnya menjadi seorang jurutera. Tapi ya, saya tiada sesal. Kini saya mewakili Permatang Pauh, tanah tumpah darah Papa, tempat Papa diasuh dan dimanusiakan.

 

Papa memenangi kerusi ini pada tahun 1982 sewaktu umur saya dua tahun…

 

 

 

 

 

YB FAHMI FADZIL

 

 

 

Apakah tugas pertama yang dilaksanakan sebaik bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai?

PadaJumaat pertama selepas PRU14, saya telah turun untuk solat Jumaat di Masjid Jamek Khadijiah di Pantai Dalam. Lepas solat Jumaat,sayatelahmemberitahuhadirin bahawa saya berjanji untuk menjadi seorang Ahli Parlimen yang ‘buta warna’ — iaitu saya tidak kisah sama ada mereka memilih ‘biru tua’, ‘biru muda’, ‘hijau’, ‘kelabu’, atau langsung tidak memilih apa-apa pun — yang bermakna saya berjanji untuk menjadi Ahli Parlimen untuk SEMUA warga Lembah Pantai…

 

 

 

 

Dapatkan naskhah cetak InTrend Malaysia Edisi Sep/Okt/Nov 2018 untuk membaca artikel penuh. 

KINI DI PASARAN! 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.