Sep 01, 2016 - 389

"Saya Sudah diuji Gosip dan Skandal. Apalah Sangat Kalau dibandingkan Ujian Nabi?" — Zizan Razak

"Umpamanya ini kandang kambing dan itu kandang harimau. Kita kena tahu cara nak urus kambing, dan kandang mana kita nak pergi..."


Oleh: Afiza Kamarulzaman
afiza_kamarulzaman@astro.com.my


ZIZAN dilihat begitu agresif menyambar apa jua 'job' yang datang. Zizan boleh berlakon, menyanyi, menari, mengacara dan apa saja. Tidak penatkah Zizan nak ambil semuanya?

Kalau kata penat dah kira merungut pula. Saya tahu ada yang kata saya tamak, tapi saya kira ini rezeki dan ia juga pekerjaan yang memang menjadi minat saya. Saya sedar saya tiada ijazah atau apa jua sijil akademik, jadi inilah punca rezeki dan sumber periuk nasi saya. Saya suka buat orang gembira. Mereka bayar saya, jadi saya gembirakan mereka, melainkan satu hari nanti mereka sudah tidak mahu saya... barulah saya berehat. Saya sentiasa tanamkan pendirian, bahawa setiap bayaran yang mereka laburkan, perlulah berbaloi dengan apa jua yang saya beri.


Zizan antara pelawak yang mahal, tidak kira daripada segi bayaran lakonan, apa lagi sebagai duta produk. Zizan dikatakan 'demand' atau itu sudah 'standard' Zizan?
 

Eh, iya ke? Mana tau ni? Rasanya ada yang lebih mahal daripada saya kot? Haha. Saya pun tidak tahu harga pasaran saya berapa?


Soal harga, pengurus yang tetapkan. Mungkin dia yang berasakan saya ada harga di situ, jadi bayaran juga perlu setimpal dengan apa yang saya kerjakan. Mudahnya, kalau kita mahu meletakkan sebarang bayaran, kita perlulah ada ‘sesuatu’ untuk dijual. Bagi saya, ini jalan yang kita pilih iaitu menjadi public figure.

Memang ada sesetengahnya tak faham situasi kita. Ada yang mungkin kata,  "Alah, kau cakap-cakap je sekejap..." Itu menunjukkan betapa mereka memandang cincainya kerja pelawak tetapi hari ini pelawak dilayan lebih profesional. Pelawak bukan lagi bahan perencah tetapi bahan utama. Jika tidak, masakan pelawak pun boleh diangkat sebagai hero filem, kan?

Sumber: zizanrazak869

Jadi, bagaimana caranya Zizan mahu mengangkat kerjaya pelawak sebagai sebuah kerjaya profesional?

Kita sendiri sebagai pelawak harus membuktikannya. Dan, kerana itu saya bekerja keras untuk membuktikan apa yang saya lakukan ini bukan perkara main-main. Ia soal hidup dan masa depan saya. Saya hargai setiap kepercayaan yang peminat berikan kepada saya dan saya tidak mahu hancurkannya. Setiap pelawak perlu ada rasa tanggungjawab terhadap apa yang mereka galas. Besar sebenarnya nama pelawak yang kami bawa itu. Ia sama seperti profesion lainnya.


Zizan banyak diuji dengan gosip dan skandal sejak tahun 2014, bagaimana Zizan melaluinya?

Saya anggap ia sesuatu yang simple. Orang boleh mencipta apa saja rumusan, betul atau sebaliknya. Anggaplah apa saja, kita tidak mampu menjelaskan satu persatu. Apa yang penting, saya fikirkan diri saya dengan Tuhan. Saya anggap itu semua ujian. Apa sangat ujian itu berbanding ujian nabi? Ujian ini sebenarnya mematangkan kita.
 

 

SEDEKAH & SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN 5 orang tetamu Allah bakal memulakan perjalanan haji dengan menggunakan jalan darat bermula 24 Julai 2016. Mereka hanya bermotosikal kapcai merentasi pelbagai negara demi menunaikan rukun Islam kelima. Ayuh sama-sama kita beri galakan & bantuan kepada mereka dalam memastikan perjalanan mereka sentiasa selamat & terjaga. Sedekah & bantuan dari anda sangat diperlukan untuk membantu mereka mendapatkan makanan sepanjang perjalanan, bahan bakar, teknikal & kerosakan, pakaian dan peralatan penginapan sementara(khemah). Yayasan Kemajuan Usahawan Malaysia Public Bank Account number : 3191-8455-34 Hubungi Wazi Abd Hamid 012 5211553 untuk keterangan lanjut. #ridetohajj #perjuanganbelumselesai #perwiranegara FB:Ride To Hajj IG:Ride to hajj tweeter : Ride to hajj

A video posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Sumber: zizanrazak869

 

 

Jazakallah buat Ustaz @mfareedmasri88 atas khidmat yang saya dan rakan-rakan rasakan sangat SUPERB sepanjang Trip Umrah kami. Dari penginapan,pengangkutan yang sangat selesa,dan semestinya ilmu dan penyampaian yang saya kira sangat BEST sehingga saya yang tak tahu menahu ni dapat menghayatinya dengan sangat baik. Ustaz ajarkan kami cara beribadah,juga perkongsian sejarah Nabi yang saya kira semua di kalangan kita perlu untuk memahami dan menghayatinya.Ustaz tak abaikan kami,hatta nak tanya apa-apa,SMS je.Ustaz confirm balas.Sampai tahap membeli-belah pun Ustaz temankan dan jadi penterjemah kami. Dari sudut pengurusan,dengan ustaz Farid Masri ni,anda sebut je nak macam mana.Insyaallah A-Z beliau boleh uruskan dengan sangat baik. Terima kasih Allah atas pertemuan dan perkenalan ini.

A photo posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Sumber: zizanrazak869

 

Apabila sudah popular, sentiasa menjadi intipan peminat, adakah pernah terlintas di fikiran Zizan, rasa menyesal menceburi bidang ini? 

Saya tidak menyesal. Ini jalan yang saya pilih dan di sini juga minat yang saya taburkan. Bagi saya usikan, gosip dan fitnah itu perkara biasa yang orang suka untuk menguji kita. Kadang-kadang benda itu bukan betul. Cuma andaian orang dan diperisakan pula oleh pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kita. Semuanya saya depani dengan tenang dan matang. Kalau kata tiada sudah privacy hidup, itu bukanlah perkara yang terlalu rumit untuk saya.

Contohnya, ini kandang kambing dan itu kandang harimau. Apabila masuk kandang kambing, kita perlulah tahu bagaimana nak handle kambing dan untuk ke kandang mana, terpulang kepada diri kita sendiri. Kita punya kuasa untuk menyelesaikannya dengan cara masing-masing.

 

Sabtu.. Orang cuti tapi aku bz.. #zizanrazak

A photo posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Sumber: zizanrazak869

Sukarkah menjadi pasangan kepada pelawak? 

Untuk menjadikan seorang pelawak sebagai teman hidup, perlu beri masa. Agak sukar difahami tetapi mereka sebenarnya mahu dimanjakan. Semua orang ingat kita ini gembira sahaja tetapi ada masa-masanya pelawak juga perlu seseorang untuk memahami, ambil berat dan membelai. Kerja kami agak tough pada luaran, tapi dalaman kami lembut.
 

 

Akan ku rindui kamu.. @badgerinv @elviaanior

A photo posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Sumber: zizanrazak869

Pernahkah berdepan situasi peminat yang menguji kesabaran? 

Itu biasa. Bagi saya, ini jalan yang kita pilih menjadi public figure. Memang ada sesetengahnya tak faham situasi kita. Ada yang kadang-kadang datang menyapa kita dengan kasar dan tidak beretika. Tapi, saya layan mereka sebaliknya. Contohnya, kalau yang datang itu terus, “Hoi, hoi, hoiiii…”, saya balas “Assalamualaikum bang…”

Cakap elok-elok dan akhirnya mereka sendiri yang terasa dan faham. Saya mahu orang hormati kerjaya kami sebagai pelawak. Kenalah berjiwa rakyat.

Sumber: zizanrazak869

Apa lagi yang Zizan mahukan dalam kehidupan Zizan sebagai pelawak? 

Teringin juga mahu mengarahkan filem sendiri tapi nanti dululah, banyak lagi saya perlu belajar. Insya-Allah, saya juga mahu punya perniagaan sendiri dan bergelar usahawan berjaya walaupun tak pandai Matematik.
 

Mungkinkah nanti Zizan memiliki sebuah ‘Akademi Lawak Zizan Razak’? 

Oh, saya tak reti mengajar, takut nanti jadi kurang ajar pula, haha. Bagi saya, untuk berlawak tidak memerlukan pembelajaran, seperti sebuah sekolah. Ia bakat anugerah daripada Allah.

 



 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.