Apr 21, 2017 - 1603

Wanita Jelita Ini Suri Niaga Sukses, TAPI “Jadi Ibu di Dunia dan Mengejar AKHIRAT Tetap Kerjaya No. 1 Saya”

Raut wajah tenang dilangsiri imej hijab. Tutur halus, santun berbahasa. Namun usah samakan kelembutan sahsiahnya dengan pendirian perniagaannya. Orang punya visi menakluk dunia baru.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

 

 

KONGSI serba sedikit mengenai diri anda? 

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Subang Jaya. Saya pernah merantau ke England sejak lapan tahun lalu selepas mendirikan rumahtangga, sehinggalah saya memperoleh ijazah dalam jurusan perniagaan. Saya gemar mengembara, suka keindahan semula jadi, enjoy good food dan sukakan sesuatu yang cantik. Saya bertindak sebagai Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan jenama Adila Long yang mengkhusus kepada produk fesyen seperti pakaian dan aksesori.

 

Mengapa anda melepaskan jawatan terakhir anda? 

Priorities, independence dan passion. Itulah tiga perkara yang memotivasikan diri ini. Ia menjadi keutamaan hidup saya sebagai seorang isteri dan ibu. Fleksibiliti yang diperoleh antara kerjaya dan keluarga menjadi lebih seimbang lantaran mendapat sokongan keluarga, malah anak-anak juga bisa dibesarkan dalam suasana harmoni.

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

 

Pencapaian terbaik anda?

Menjadi ibu dianggap profesion paling utama kerana ia memerlukan keadaan fizikal dan mental yang siap sedia sepanjang masa. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana telah mencapai apa yang diingini dalam hidup termasuk iman, hubungan, kesihatan, pembangunan peribadi, perniagaan dan sumbangan. Sasaran utama saya adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan dunia dan akhirat, insya-Allah.

 

Kini anda bergelar usahawan. Adakah ini menjejaskan hubungan anda dengan kawan-kawan mahupun keluarga? 

Sejujurnya keadaan masih sama. Bagi saya, ini tentang keikhlasan kita dalam menjalin hubungan. Cukup bersyukur dek kehadiran insan-insan berhati mulia di sekeliling saya, mereka sentiasa memberi sokongan dan cukup memahami. Tidak lupa juga penyokong nombor satu saya, kawan saya yang terbaik dan pasangan jiwa iaitu suami saya, Fairuz Fauzy.

 

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

 

Bagaimana anda terfikir menjadi seorang usahawan, menjadikan anda insan yang lebih baik?

Jika saya mahu melakukan sesuatu, saya akan buat sepenuh hati. Tak guna lakukan sesuatu tugasan itu seandainya ia 'menjarakkan' saya daripada keluarga dan rakan-rakan. Dan akhirnya saya hanya akan melakukan apa yang saya suka. 

 

I never take things for granted. Saya teruja dengan keyakinan diri sendiri tatkala memulakan perniagaan ini. Pun begitu, saya faham kalau nak berjaya ia mengambil masa lebih daripada "kerja keras dan dedikasi" semata-mata. Dalam hal ini, ibu bapa dan mentua menjadi role model terbaik saya. Cukup bertuah dikelilingi individu yang kita kagumi.

 

 

Jika anda perlu memulakan semula perniagaan ini daripada awal, mengetahui apa yang anda tahu, apakah perkara berbeza yang anda akan lakukan?

Kongsikan pengalaman anda. Saya tidak pernah menyesal. Memulakan perniagaan sendiri mengubah saya menjadi seorang insan yang lebih cekal dan berani.

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

 

TIGA 'ancaman' dan risiko terbesar dalam perniagaan anda? 

Ketidakcekapan pengurusan (kurang pengetahuan, pengalaman ataupun tidak cekap menguruskan kewangan). Dalam apa jua perniagaan yang dijalankan, ia memerlukan ketiga-tiga gabungan ini bagi membantu perniagaan berkembang.

 

Keusangan produk (gagal memenuhi permintaan ataupun ketinggalan dalam penggunaan teknologi), menyukarkan kita bersaing dengan syarikat-syarikat lain, di dalam mahupun luar negara. Ketidaktentuan, sebaik perniagaan berkembang, kita perlu peka kepada masalah baru. Kita perlu lebih praktikal dan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif yang bakal memberi kesan kepada perjalanan perniagaan.

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

 

Jika ada masalah, berasa kecewa ataupun sedih, bagaimanakah anda mendepaninya? 

Saya akan lakukan apa sahaja yang bisa menenangkan diri ini misalnya mengambil wuduk lalu memanjatkan rasa syukur kepada Allah untuk semua perkara baik yang telah saya capai. Selain itu, saya akan cuba melelapkan mata sebentar, mandi, membaca buku ataupun melakukan kerja-kerja rumah.

 

Bagaimana anda mahu khalayak mengingati diri anda dan jenama yang anda perkenalkan? Sementelah jenama Adila Long sedang pesat berkembang, maka saya perlu bekerja keras untuk meletakkan jenama ini pada kedudukan terbaik dalam industri. Kami menawarkan persalinan eksklusif, busana pengantin, ready to wear, tas tangan dan sepatu. Perancangan masa depan adalah menyediakan perkhidmatan konsultasi rekaan dalaman, membaik pulih perabot custom made, dan saya teruja untuk mengadakan kelas kraf dan rekaan berkaitan songket dan batik.

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

 

Gambarkan gaya anda dalam lima perkataan? 

Classy, selesa, chic, effortless, minimalis.

 

 

Jika anda terkandas di sebuah pulau terpencil, apakah LIMA perkara perlu ada bersama anda?

Kompas, Al-Quran, air, kaca mata hitam dan kopi.

 

 

Sumber foto: Instagram @dara.shahril

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.