Jan 09, 2018 - 468

Rekaan Azura Mazaruddin Ala PRINCESS — Bikin Shila Amzah, Fasha Sandha & Farahdhiya Cantik Bagai ‘Barbie Doll’

Azura Mazaruddin, pereka fesyen yang terkenal dengan singnature rekaan feminin dan elegan. Baginya, ia disifatkan signifikan dengan stail dan karya seninya yang mementingkan ketelitian juga sisi feminin seorang wanita. Ikuti temu bual ini

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

 

SETIAP kali tampil dengan koleksi terbaru, pasti ada elemen wow, feminiti dan elegan yang diketengahkannya. Azura Mazaruddin, juara Anugerah Jarum Berlian 2003 ini berjaya memecah dominasi kaum lelaki dalam bidang seni rekaan fesyen tanah air ketika awal kemunculannya dahulu.

 

 

 

Profesyen pertama sebelum bergelar pereka?

Selepas menamatkan pengajian dalam jurusan seni reka dan fesyen di UiTM, saya terus menceburkan diri dalam bidang fesyen. Tetapi permulaannya sebagai pereka kecil-kecilan sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain mereka busana, apa lagi bakat terpendam yang dimiliki?

Saya fikir mungkin menyanyi kerana berkaraoke menjadi salah satu aktiviti kegemaran bersama keluarga.

 

 

Sumber ilham yang sering menjadi inspirasi?

Diri sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling. Saya mereka mengikut apa yang saya suka pakai, selesa, nampak tinggi dan langsing. Justeru setiap rekaan yang ditampilkan lebih realistik.

 

 

 

 

 

Kepuasan dalam menterjemahkan sepasang busana dapat dirasai apabila...

Pelanggan menghargai hasil kerja dan usaha saya dan mereka muat naik beberapa ‘post’ dan foto di laman sosial tanda mereka menyukai rekaan saya. Dan melihat sesuatu koleksi berjaya disempurnakan membaluti tubuh model untuk diperagakan.

 

 

 

 

 

 

 

Kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada dalam industri fesyen?

Salah satunya apabila saya menjuarai Anugerah Jarum Berlian 2003 yang menjadi batu loncatan untuk Azura Mazaruddin melangkah setapak ke hadapan dalam dunia fesyen.

 

 

 

 

 

 

 

Kota fesyen yang menjadi kegemaran?

New York kerana selebriti dan masyarakatnya menghargai setiap rekaan dan hasil seni yang ditampilkan pereka mereka.

 

 

Jika berkelapangan, apa yang sering dilakukan?

Duduk di rumah bersama keluarga, kawan rapat dan melakukan aktiviti seperti makan dan berkaraoke.

 

 

 

 

 

Pengalaman mereka busana perkahwinan klien dan busana sendiri, kongsikan?

Teruja menjadi orang penting pada hari bersejarah seseorang kerana maklum pereka fesyen memainkan peranan utama untuk memastikan pengantin kelihatan cantik. Dan mereka busana perkahwinan sendiri sebenarnya susah! Kerana saya seolah-olah ‘berlawan’ dengan trend terkini dan elemen lain yang ingin ditampilkan. Ia satu pengalaman yang mencabar kreativiti sebagai pereka.

 

 

 

 

 

 

 

Antara memasak, membasuh dan mengemas – mana lebih handal dan sebaliknya?

Mengemas! Kerana saya tidak suka melihat barang bersepah-sepah.

 

 

Jika diberi kuasa luar biasa, bagaimana agaknya penampilan anda?

‘Superhero’ yang bergaya dan paling cantik, boleh? Hahaha...

 

 

 

 

 

Adakah zodiak manusia memberi pengaruh terhadap cita rasa gayanya?

Zodiak tidak mempengaruhi cita rasa gaya seseorang. Sebaliknya ia memberi pengaruh kepada personaliti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.