Dec 06, 2018 - 150

“Esok-esok Kalau Mati, Sempat Ke Jawab Tuhan?” — Ini Realiti, Ramai Buat Tak Reti Luah DATUK DR. CHEF WAN

DATUK (DR.) CHEF WAN dilahirkan pada 6 Januari 1958. Tegas, lantang dan berpendirian, beliau bintang kulinari peringkat global yang disegani.

 

 

Oleh: Datuk Dr. Chef Wan 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

BANYAK perkara kalau ikutkan mahu saya tulis dan sembangkan di sini. Macam-macam! Kalau sebut nama saya ni rasanya satu Malaysia akan kata, “Chef Wan kalau dah mula bercakap susah nak berhenti!”

 

Percayalah, bagi saya, apa yang saya sebut, apa yang saya luahkan, adalah ikhlas, spontan dan yang terzahir di fikiran. Kadang-kadang saya pun tak faham kenapa orang kita mudah melatah apabila berdepan dengan sesuatu isu. Ada pulak suka membuat konklusi tanpa berfikir secara matang.

 

Saya bukan jenis manusia hipokrit. Saya luahkan apabila ada sesuatu yang mencuit akal saya. Cuma ada ketika orang salah anggap dan tidak memperhalusi dahulu apa yang saya katakan. Macam isu baju pramugari.

 

Itu sebenarnya bagi saya hal yang remeh-temeh. Banyak lagi isu yang lebih besar untuk kita bincangkan demi pembangunan negara. Dalam hal fesyen, bagi saya masing-masing ada pilihan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

Itu isu pakaian. Ada pulak yang cuba cuit-cuit saya membuat tuduhan saya ni anti mantan Perdana Menteri kita. Untuk apa? Saya kenal rapat dengan beliau pun tidak. Tentu kalau ada function, ada ketikanya kami berselisih bahu.

 

Pada saya I have nothing against him. Seumur hidup saya tak pernah anti sesiapa. Untuk apa? Tak ada faedah pun untuk saya. Bukan memberi apa-apa keuntungan kepada saya.

 

Saya bercakap secara general. Masing-masing boleh menilai dan menimbang. Kalau orang bersalah curi susu untuk anak pun kita hukum.. inikan pula kalau benda yang berkaitan hak rakyat, betul tak?

 

Kalau kita buat salah, kita patut dihukum. Bukannya bila kita buat salah, sebab kita orang yang berpengaruh, orang yang punya kuasa, kita dilepaskan begitu saja.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

Ada pula yang celopar, menyebut bahawa kerajaan baharu hari ini terbina daripada kerajaan yang terbangun melalui fitnah. Saya rasa ini meroyan lebih. By saying that dia juga menuduh orang yang memilih kerajaan baharu ini sebagai sama juga termakan fitnah.

 

Tak ada otak ke? Kita semua ada pelajaran. Kita orang baik-baik okey. Bukan keluar dari sampah-sarap. Kita manusia yang bertanggungjawab. Kita ada famili. Kita menjaga famili. Kita berkorban untuk negara.

 

Kita ada tanggungjawab masing-masing. Ini hak dan pilihan individu. Kita tak pertikaikan.

 

 

Kita perlu menjadi manusia yang bertanggungjawab. Ini simple. Kalau ada benda yang tak betul, masyarakat kita boleh saman. Asal ada benda yang jadi isu dan tak puas hati atau tak betul; failkan saman.

 

Mudah sangat sebut nak saman. Nak saman itu, nak saman ini, nak saman Wall Street Journal… Tapi tak saman pun.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

 

Why? Takut makin banyak terbongkar ke?

 

Pergerakan di Parlimen pun ada ketika mencuit hati saya. Macam-macamlah. Boleh dikatakan malu dan memalukan. Orang yang cerdik pandai boleh menilai. Sedih bila tengok keadaan yang tak matang begitu.

 

Dalam hal ini, mahu tak mahu, ada ketika kita harus kembali ke akar kita. Kita lihat semula cara kepimpinan tokoh terdahulu. Misalnya, Tan Sri Rafidah antara wanita yang sangat tegas.

 

Dia amat lantang, dia amat out spoken tapi tahu perjuangannya. Orang seperti ini wajar dicontohi, bijak, berani dan berilmu.

 

Kita sebenarnya amat bertuah sebab negara kita ada pelbagai kaum, ada ramai insan berbakat. Saya tak faham kalau ada segelintir manusia yang sanggup bermain ‘game’, yang merugikan negara dan bangsa.

 

Kita patut bersatu. Kita sepatutnya ada satu agenda untuk bangunkan negara, mahu buat yang terbaik. Di UK, London, macam-macam bangsa boleh hidup bersatu. Di Australia, pun sama, macam-macam bangsa boleh hidup. Aman makmur.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

Orang Melayu ni kalau betul Islam, why buat benda macam makan duit-duit haram ni? Cakap tak serupa bikin? Dalam akaun berjuta-juta!

 

Kalau kita fahami Islam, tak sepatut terjadi perkara begitu. Islam ini indah dan cantik pengertiannya. Islam ini bukan hak milik Melayu saja. Serata dunia ada Islam. Jadi jangan cemarkan kesucian Islam dengan cara kita yang kotor.

 

 

 

 

BIARLAH KITA SENANG SEBAB TITIK-PELUH KITA, JANGAN MAKAN BANYAK BUDI, NANTI TERGADAI SAMPAI MATI !

 

Saya kerja keras sejak muda, keliling dunia mencari rezeki. Menjadi prinsip saya untuk tidak termakan budi. Senarai kerja dan projek yang saya usahakan bersama team sejak dulu sudah cukup untuk membuat saya tersenyum puas.

 

Sejak dulu saya memang jenis yang tak pandai nak melobi. Saya kenal ramai menteri sejak zaman Tan Sri Rafidah, kemudian era Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen.

 

Tapi tidak sesekali saya mahu menagih projek. Sampai ada yang jumpa saya sebut, “Chef Wan kalau you nak buat projek, you beritahu. We can help you.”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

Saya tetap dengan cara saya yang tak mahu terhutang budi. Biarpun ada yang kata, sampai bila you nak menceceh depan televisyen tu?

 

Saya kata, “Tak apalah. Hidup jugak cari makan macam ni.”

 

Isu parenting antara yang saya sering tekankan dalam catatan saya di media sosial. Saya suka perhatikan anak-anak yang makan bersama famili.

 

Saya selalu perhatikan kekadang anak-anak makan bersepah, tulang jatuh merata-rata dan sedihnya apabila ibu bapa yang ada tak menegur pun.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

 

 

INI SEBABNYA SAYA BANTAI MAK-BAPAK ZAMAN SEKARANG

Ibu bapa patut asuh dan disiplinkan anak. Kalaulah anak tak kutip, patut ibu bapa yang buatkan. Kekadang apabila sudah selesai makan, mereka selamba saja tinggalkan meja makan dengan keadaan kotor.

 

Saya pandang dengan mata yang sakit. Bagi saya sangat tak beradab dan kurang ajar. Apa salah kalau kita datang makan, meja kita bersih maka selepas makan, kita bersihkanlah balik. Benda begini penanda akhlak bukan?

 

Di tandas-tandas, ada anak yang berak, tak pam. Ada yang buka paip, nak basuh tangan, tak tutup pun paip, terus jalan dengan air yang mengalir laju. Datang rumah orang, tarik langsir, sepahkan barang, sampai masuk bilik tidur dan meloncat atas katil pun ada!

 

Kekadang susah nak komen banyak fasal sivik anak muda. Sebab jangan kata anak-anak tak ada adab dan ilmu sivik, tapi ibu bapa sendiri tak peka.

 

Ibu bapa sendiri tak ada civic minded. Yang ada itu memang ada... Tapi yang tak ada itu, ooiii, nauzubillah!

 

 

 

 

Kekadang bila kita naik lif, kita ni biarpun ada dua tiga beg di tangan, tetap beri laluan kepada orang yang lebih uzur dan tua, atau OKU berkerusi roda.

 

Sayangnya yang muda-muda ni kekadang buat tak reti bahasa. Dia tetap nak redah masuk.Yang kau bujang apa hal... kau tak boleh naik ekskalator ke? Dia pandang kita, dia jeling. Kurang ajar.

 

Macam kita pulak yang buat salah. Aku rasa nak korek je biji mata tu! Ini banyak kali berlaku depan mata saya. Sedih tengok anak-anak muda yang kurang budi bahasa, kurang adab.

 

Perkara lain yang ingin saya kongsi di sini berkaitan isu suara lantang saya memberi komen mengenai perceraian Serina. Sebagai bapa, saya tak mahu kebajikan anak dan cucu saya terabai.

 

Orang Melayu kita semua benda masuk bawah karpet. Semua mahu disorok. Saya bukan begitu. I want her to get out of the marriage. Saya serahkan anak saya dengan cara baik. Saya raikan dia sebagai menantu.

 

Kami raikan majlis dia besar-besaran. Tapi apabila lelaki ini tak tahu hargai isterinya, tak tahu tanggungjawabnya, apa cerita?

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.