Jul 09, 2019 - 292

Lisa Surihani Berhujan AIR MATA di Raudhah & Kongsi Perasaan ‘Luluhnya’ Saat Melihat Kaabah

Kisahnya berhijab usai pulang menunaikan umrah memberi kejutan. Namun, tidak kerap Lisa mahu berkongsi tentangnya lagi...

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Intrend lisa 1

Kredit foto: IG Lisa Surihani 

 

 

 

Mengenai program Tanya Dr Imelda, ramai yang memuji kredibiliti Lisa sebagai pengacara, cukup rencahnya (ada unsur jenaka, informatif & bersahaja). Komen Lisa?

Thanks for the compliment! Struggle juga sebenarnya. Minda saya seakan bekerja keras kala mengacarakan program ini. Lebih-lebih lagi sudah dua tahun saya tinggalkan dunia pengacaraan.

 

Ia sebuah program yang sarat dengan informasi yang memerlukan saya bijak membawa penonton agar tidak terlalu serius tetapi selesa dan santai mendengar penjelasan Dr Imelda.

 

Walaupun ada skrip, saya juga sentiasa bersedia dan mendengar apa yang diperkatakan doktor.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Daripada kaca mata Lisa, apa yang membezakan Tanya Dr Imelda dengan program bual bicara yang lain, mungkin daripada segi kandungan atau aspek lain; komen sikit?

Format rancangan ini adalah gabungan seorang yang pakar dalam bidang ini (iaitu Dr Imelda sebagai) dan saya sebagai hos. Dan peranan saya sebagai hos sebenarnya mewakili penonton dan dalam masa sama sebagai ‘lay man’.

 

Rancangan ini amat padat dengan segala informasi yang berkaitan dengan sakit puan, ada juga menyentuh sedikit perihal sakit tuan. Turut mengundang tetamu jemputan dan ada juga jawapan daripada Dr Imelda menyentuh tentang pandangan daripada sudut agama juga pengalaman daripada selebriti lain.

 

Posisi atau peranan saya sebagai hos sebenarnya mengendalikan program ini secara natural, tidak terlalu terikat dengan skrip dan lebih realistik.

 

Kerana mungkin dengan cara itu ia lebih senang diterima penonton dan rancangan ini mempunyai karakter tersendiri iaitu infotainment.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Komen Lisa pula mengenai Dr Imelda, bagaimana cara Dr Imelda memberi penjelasan dan penerangan kepada penonton?

Dalam erti kata lain, Dr Imelda juga bertindak sebagai hos bersama sepanjang rancangan ini. Disiplinnya sudah tentu dalam bidang perubatan, sebagai doktor pakar. Dan beliau tidak pernah mengacarakan sebarang program sebelum ini.

 

Pada awalnya, Dr Imelda agak risau dan bimbang sama ada dia boleh mengendalikan program ini dengan baik. Walaupun pernah berpengalaman sebagai hos (dua tahun lalu) tetapi sejujurnya saya juga berdebar-debar dan takut, almaklumlah sudah lama tinggal.

 

Tetapi sepanjang sesi rakaman program ini, sebenarnya saya saya boleh katakan Dr Imelda seorang yang real, natural lebih-lebih lagi apabila berinteraksi dengan penonton. Kerana dengan adanya penonton, ia banyak membantu saya dan Dr Imelda.

 

Daripada respon, maklum balas yang diberi; ia sedikit sebanyak memberi aura supaya kami lebih relaks, dalam suasana yang kasual dan punya interaksi bersama penonton.

 

Daripada cara Dr Imelda menerangkan setiap informasi, daripada maklumat yang kita kaji sendiri, skrip yang diberi sebagai garis panduan, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan saya membuat perbezaan antara mitos dan fakta.

 

Dan setiap maklumat yang dikongsikan oleh Dr Imelda, saya dapat simpulkan ia dipersembahkan dengan teliti.

 

Dr akan terangkan daripada asas, definasi, jenis dan apa fungsi berkaitan sesuatu isu dalam setiap topik yang diketengahkan.

 

Ia membolehkan kita memahami secara keseluruhan dengan lebih lengkap. Satu kelebihan mengenai Dr Imelda, beliau juga punya disiplin sebagai doktor yang mengajar, memberi kuliah kepada pelajar-pelajar perubatan.

 

Itu memberi satu bonus kerana penerangannya amat jelas, mudah difahami dan seolah-olah dia  menganggap kami sebagai pelajar dan dia sedang mengajar.       

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Pengalaman Lisa sebagai hos program ini; apa yang mencabar atau mungkin menguji kredibiliti dan sebagainya?

Apa yang mencabar mungkin kerana saya sudah lama tinggalkan bidang pengacaraan. Seolah-olah saya perlu merangkak semula. Apabila ditawarkan menjadi hos, mulanya saya agak risau.

 

Saya bertanya “Macam mana ya nak hoskan rancangan yang agak berat, sarat dengan informasi perubatan. Boleh ke aku buat?” Tetapi selepas pihak produksi memberitahu saya berdiri sebagai mewakili penonton yang sememangnya tidak tahu-menahu kesahihan; maka secara tidak langsung saya boleh menjadi diri sendiri.

 

Dan pada saya ia tidak menjadi isu besar. Kerana sebagai isteri dan ibu; itulah saya. Saya akan cari maklumat, apa yang saya tidak pasti saya akan google.

 

Atau apabila saya membawa anak-anak berjumpa doktor, saya akan bertanya sama ada apa yang saya cari atau sumber rujukan itu tepat maklumatnya.

 

Dan menerusi rancangan ini, seolah-olah saya visualkan apa yang saya lakukan.

 

Dalam masa sama, saya juga risau adakah saya telah berikan yang terbaik, daripada flow itu dan ini tetapi itu semua saya anggap sebagai satu proses pembelajaran. Dan antara sebab lain mengapa saya bersetuju sebagai hos kerana saya ingin perbaiki banyak perkara.

 

Baik daripada kemahiran mengacara, artikulasi, sebutan, penggunaan bahasa yang tepat dan lain-lain. Ia bagaikan satu pelajaran baru buat saya.    

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Ada momen lucu atau insiden yang tidak dapat dilupakan sepanjang sesi rakaman program ini?

Sepanjang sesi rakaman 9 episod pada saya cukup menyeronokkan. Ada ketika Dr Imelda selesa bertutur dalam loghat utara, dan saya pula memang pelat.

 

Dan ada momen-momen yang membuatkan kami selesa untuk saling tertawa dan berlagak semula jadi juga spontan.

 

Ada juga beberapa tetamu yang datang seakan menghiburkan kami. Ada diantaranya terdiri daripada mereka yang arif dalam bidang perubatan, seakan serius tetapi memberikan kerjasama yang amat baik.

 

Dan antara selebriti jemputan yang diundang, yang tidak akan saya lupakan seperti Sharifah Shahira. Memang best semuanya, kelakar habis!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Jika tidak keberatan, boleh kongsikan siapa yang merancang pergi umrah sama ada Lisa atau Yusry?

Oh sebenarnya ia hanya satu kebetulan yang pengakhirannya meninggalkan satu kenangan cukup indah pada saya. Pada awalnya kami merancang mahu pergi bercuti bersama keluarga beberapa hari selepas syawal.

 

Dan bercerita mahu tunaikan umrah sebenarnya sudah lama saya pendam. Selalu saya berdoa dan terus berdoa moga satu hari nanti saya akan jejakkan kaki ke sana. Dan apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan benar-benar membuatkan hati saya terpanggil untuk ke sana.

 

Apatah lagi saya tidak pernah ke sana sebelum ini. Mummy dan Yusry pernah ke sana sebelum ini. Dan keinginan itu kian lama kian melonjak.

 

Mulanya saya dapat tahu makcik saya akan pergi. Kemudian tidak lama selepas itu, saya dapat tahu Mummy juga akan pergi. Saya cuma berkata, “Oh, it’s good for you. So nice knowing you will go there.”

 

Dan dalam pada sela-sela masa berlalu, makcik saya bertanya, “Lisa nak pergi tak?” ketika itu dua minggu sebelum Syawal. Mulanya saya terfikir, bagaimana mahu pergi memandangkan saya perlu punya mahram untuk menemani.

 

Dan makcik saya juga mengajak Yusry. Selepas kami berbincang, saya berkata kepada Yusry, “Mungkin ini satu jemputan dari Allah? Siapa tahu kan?” dan selepas membuat pertimbangan maka kami pun bersetuju.

 

“Anak-anak macam mana?” tanya Yusry dan saya beritahu padanya bahawa saya tidak boleh berjauhan dari anak-anak dalam masa 10 hingga 12 hari. Dan Yusry bertanya lagi adakah kami mampu uruskan mereka atau tidak? Saya bulatkan tekad dan positifkan minda untuk gagahkan diri.

 

Kata saya, “Tak apa, pandai-pandailah kita nanti nak buat macam mana”. Hinggalah selepas itu kami putuskan untuk bawa anak-anak bersama.

 

Sementelahan kami pergi pada awal Syawal, ketika kami menghadiri events sepanjang Ramadan ada yang bertanya bagaimana dengan persiapan raya, beraya di mana dan sebagainya.

 

Tetapi Mummy nasihatkan saya, katanya kalau jemputan dari Allah ini, tidak molek kalau kita uar-uarkan selalu atau terlalu banyak bercakap mengenainya sebelum pergi.

 

Kerana kita tidak akan tahu apa jua kemungkinan yang akan berlaku.

 

Saya pegang nasihat Mummy dan tidak memberitahu kepada sesiapa waima saudara-mara ataupun kenalan rapat hinggalah beberapa hari sebelum berangkat.   

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Pengalaman mengerjakan umrah bersama anak-anak yang masih kecil? Bagaimana, apakah cabarannya, dan tips uruskan anak-anak. Boleh kongsikan?

Perkara ini saya bincang bersama Mummy dan Yusry. Pada saya asalkan pakaian mereka cukup, susu dan diapers tersedia dan mencukupi untuk tempoh itu ia tidak menjadi soal yang besar.

 

Tetapi perihal mahu beribadat itu yang berlegar dalam kepala. Kami ke sana melalui agensi dan selepas pihak agensi memberi jadual perjalanan, kami berbincang terlebih dahulu. 

 

Dan dalam masa sama, mereka sedia maklum bahawa kami membawa anak kecil bersama.

 

Kami berbincang soal bagaimana perlu bergilir-gilir menjaga anak-anak dan giliran untuk menyempurnakan ibadat umrah.

 

Kami berangkat ke Madinah terlebih dahulu. Dan tiba di sana, saya dan Yusry bergilir-gilir menunaikan solat di masjid. Umrah pertama saya laksanakan bersama Yusry dan Mummy bantu menjaga anak-anak.

 

Dan umrah seterusnya, saya lakukan bersama Mummy manakala Yusry yang ambil alih menjaga mereka. Begitulah kami bergilir-gilir.

 

Tips saya untuk sesiapa yang akan ke sana, andainya anda pergi ke Madinah terlebih dahulu dan kemudian baru ke Mekah; jangan gabungkan hari perjalanan ke Mekah dengan umrah.

 

Kerana banyak faktor perlu diambil kira. Misalnya rombongan anda terdiri daripada orang tua yang mungkin sudah uzur, menggunakan kerusi roda atau ada yang membawa anak kecil seperti kami dan sebagainya.

 

Tips lain bagi yang membawa anak kecil pula, teruskan rutin harian anak-anak seperti biasa mengikut zon waktu di lokasi yang anda pergi. Contohnya anak-anak mandi waktu 6 petang, maka ikut sahaja.

 

Bimbang mereka meragam? Pada saya itu sudah biasa kerana mereka juga perlu sesuaikan diri dengan perubahan masa yang berbeza. Banyak cara mahu lekakan mereka, hiburkan mereka dan seumpamanya.

 

Dan bagi ibu bapa yang membawa anak kecil ketika dalam ihram pula, ada yang menasihatkan agar elakkan daripada mendukung mereka (terutamanya yang masih memakai diapers) kerana dikhuatiri akan terkena najis.

 

Saya dan Yusry hanya membawa anak-anak bersama sewaktu tawaf sunat dan bukannya ketika niat dalam ihram.

 

Memandangkan mereka masih kecil untuk memahami apa itu ibadah umrah, kami membawa mereka dengan skuter sewaktu tawaf sunat.   

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Perasaan sebaik pulang dari menunaikan umrah, apa yang dirasai sebaik tiba di tanah air? Ada tak rasa berbeza?

Sebaik pulang dari sana, perasaan rindu itu amat mendalam dan cukup kuat. Saya berterima kasih dengan seorang hamba Allah ini yang saya tidak kenali.

 

Tetapi dia berkongsi ada beberapa akaun media sosial yang boleh diikuti untuk kita lihat paparan imej dan visual kaabah, tanah haram, pemandangan sekitarnya dan banyak lagi.

 

Pada saya, mungkin ada hikmah disebaliknya mengapa saya ditakdirkan ke Madinah terlebih dahulu sebelum ke Mekah. Tetapi saya benar-benar menikmati momen dan ibadat sepanjang berada di kedua-dua tanah suci ini.

 

Madinah pada saya memberi ketenangan, damai dan sukar untuk saya tafsirkan. Melihat Masjid Nabawi yang asal benar-benar mengagumkan. Seni binanya, kehalusan seni tulisan, kalimah-kalimah suci, masya Allah cukup indah.

 

Di Mekah, kami bersyukur dan bertuah kerana dapat menginap di hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram.

 

Dari bilik, kami dapat lihat pemandangan Masjidil Haram dan di hotel pula ada pembesar suara yang menghubungkan audio langsung dari Masjidil Haram.

 

Lucu sekali apabila anak saya, Yahaira Leanne bertanya, “Is this praying city Mummy? Ketika dia melihat dari bilik semua orang berpusu-pusu ke Masjidil Haram. Baik bacaan surah-surah, azan dan sebagainya semua dapat didengari dengan jelas.

 

Dan ia antara momen yang amat saya rindui mengenai Mekah. Benarlah kata kebanyakan orang, andai sekali anda jejakkan kaki ke sana; pasti rindu untuk ke sana akan hadir. Dan itulah yang saya rasai sewaktu mahu kembali ke tanah air.

 

Suatu perasaan yang menggamit dan seolah-olah memanggil ke sana lagi. I felt the blues to come back. Saya beritahu kepada Mummy, “Hope we can come back here again”.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di sana, kongsikan?

Kali pertama melihat Kaabah, saya terpana. I thought that it was going to be a big feeling. But it wasn’t a big feeling when I saw it. Kaabah berada di hadapan saya. Saya lihat gambar, saya tonton video sebelum ini.

 

Tetapi… Benar saya akui inilah arah kiblat yang kita sembah dalam solat lima waktu sehari semalam. Sayangnya perasaan yang sebegitu gah dan besar tidak hadir dalam nurani saya.

 

Dan saya benar-benar kecewa dengan diri saya. Apalah silap saya hinggakan tidak punya perasaan sebegitu. Kenapa saya tidak punya perasaan seperti apa yang dirasai orang lain? Tetapi saya tidak biarkan larut dalam rasa itu lama-lama.

 

Kerana mungkin ada sebab mengapa Allah tidak hadirkan rasa itu. Walaupun saya tahu inilah titik fokus yang menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam serata dunia untuk menyembah Allah yang satu tetapi saya juga tahu yang bentuk kotak itu bukanlah tuhan.

 

Pengalaman di Raudhah pula tidak mudah untuk saya lalui. Awalnya kami tidak berjaya ke sana. Tetapi saya mohon jasa baik pihak agensi untuk aturkan percubaan kali kedua kerana jika tidak ia akan mengganggu jadual perjalanan keesokan harinya.

 

Dengan ramainya orang, dengan makcik saya yang berkerusi roda ia benar-benar menguji. Hinggalah malam itu, selepas kami solat Isyak di Masjid Nabawi; kami terpaksa menunggu berjam-jam lamanya hanya untuk tiba di karpet merah, belum lagi tiba di karpet hijau.

 

Dan sementara menunggu, kami berzikir, solat sunat, berdoa, mengaji dan sebagainya. Mungkin dek kerana terlalu penat menunggu; maka saya tertidur.

 

Dan saya bermimpi bahawa kami (saya, Mummy dan makcik) berhempas-pulas untuk tiba di Raudhah tetapi akhirnya berjaya.

 

Dalam mimpi itu saya dan Mummy seakan gigih mengatur strategi. Seakan berada dalam satu pergelutan, “Okey cepat-cepat semayang sunat”. Tidak lama kemudian Mummy kejutkan saya dan katanya pintu masuk ke Raudhah akan dibuka.

 

Dan apabila membuka mata barulah sedar oh, saya bermimpi rupanya.

 

Dan apabila pintu dibuka, punyalah ramai Jemaah yang berlari seakan serbuan sempena jualan black Friday! Berpusu-pusu, hinggakan ada yang tolak-menolak dan sebagainya.

 

Saya lihat saja kelibat mereka. Hinggalah kami tiba di kawasan karpet hijau dan belum lagi tiba di Raudhah.

 

Mutawif ustazah yang mengetuai rombongan kami menerangkan di situlah makam Rasulullah SAW, disitulah makam sahabat-sahabat Nabi tetapi kami hanya mampu lihat dari jarak jauh.

 

Hinggalah mutawif ustazah bertanya sama ada kami boleh bantu makcik yang berkerusi roda itu berjalan perlahan-lahan, dan usai bertanya dia gagahkan juga berjalan menuju ke kawasan Raudhah.

 

Dan takdir Allah, apa yang saya mimpi itu benar-benar berlaku. Pergelutan dan berhempas-pulasnya kami sambil melindungi antara satu sama lain cukup mengujakan.

 

Mulanya saya dan ustazah seakan memasang bentang, depakan tangan kami dan Mummy juga makcik saya segera solat sunat.

 

Dan apabila mereka sudah selesai, giliran saya pula melakukan solat sunat. Ketika itu saya melakukan solat sunat taubat. Tetapi rukun solat saya lari apabila ada jemaah lain yang menendang kepala saya.

 

Tempat kami solat itu menjadi buruan semua orang. Rentetan itu saya solat sekali lagi dan berdoa. Dan apabila tiba masa saya berdoa, saya menangis semahu-mahunya.

 

Saya tidak pernah menangis sebegitu sepanjang hayat saya sebelum ini. Tetapi di sana, hati ini terbuka seluas-luasnya. Kerana sibuk melakukan amal ibadat dan tidak sempat memikirkan soal kerja.

 

Itulah antara momen yang tidak dapat saya lupakan ketika pengalaman kali pertama menunaikan umrah.      

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Lisa pernah menyanyi, punya pengalaman bekerja dibalik tabir dengan produksi, jadi punya perancangan mahu berkolaborasi bersama pereka untuk tampil dengan hijab brand atau bagaimana?

Sejujurnya ia tiada dalam perancangan saya langsung. Saya sentiasa berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku jangan Engkau lalaikan aku, moga saya tidak lupa soal ini. Kerana bagi saya perihal ini amat besar.

 

Selepas balik, banyak perkara yang berlegar dalam fikiran saya misalnya saya persoalkan sama ada patut atau tidak saya memakai tudung.

 

Saya tidak melihat bahawa saya punya kemampuan untuk melakukannya dalam bentuk perniagaan.    

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.