Nov 15, 2018 - 126

SHERRY ALHADAD, NABILA HUDA & JANNA NICK Selalu Mendapat Khidmatnya —Ini TIPS Penting Nak Jadi Penata Gaya Selebriti

Dia antara individu penting yang berdiri di sebalik kemunculan selebriti di karpet merah untuk pelbagai majlis mahupun pentas anugerah. Ikuti temu bual bersama penata gaya terkenal Malaysia Fatimah Puteh atau Tym.

 

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

Dia antara individu penting yang berdiri di sebalik kemunculan selebriti di karpet merah untuk pelbagai majlis mahupun pentas anugerah. Bagi Fatimah Puteh atau mesra disapa Tym, menata gaya tidak pernah mudah dan ringan seperti yang disangkakan.

 

Tiada jalan pintas yang dilalui bahkan semuanya bermula daripada langkah pertama. Berdikit-dikit dia memperkasa ilmu untuk terus mendalami apa itu stail, apa makna fesyen, sejauh mana karakter dan personaliti seseorang mempengaruhi pembawaan sesuatu look dan banyak lagi.

 

Pendek kata, bukan mudah juga baginya untuk menterjemahkan apa yang terbayang dalam fikirannya dari hujung rambut hingga hujung kaki lalu dihamparkan pada tubuh sesiapa yang ingin mendapatkan khidmatnya.

 

Daripada pandangan umum, kerjayanya menjanjikan glamor dan ganjaran lumayan tetapi lebih daripada itu banyak perkara yang dikorbankannya untuk dikenali sebagai penata gaya. Baik masa, wang ringgit dan tenaga semuanya diberi sepenuh hati demi mencari rezeki dalam profesyen ini.

 

Mungkin akses mendekati selebriti dan figura penting dianggap sebagai bonus, namun itu semua tidak menjadi sandaran bagi Tym untuk dikenali seperti hari ini. Baginya kepuasan itu lebih bernilai dan bermakna apabila hasil idea dan kreativitinya menata gaya menjadi kesukaan dan bualan orang.

 

Ya, tidak mudah untuk mencantikkan penampilan seseorang andai dirinya tidak dibekalkan ilmu mencukupi.

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tymfatimah (@tymfatimah) on

 

 

 

Siapa anda sebelum dikenali seperti hari ini dan bagaimana detik mula dalam industri fesyen?

Bermula 10 tahun dahulu, semasa saya bekerja di butik Ted Baker. Segelintir daripada klien meminta nasihat saya untuk suai padankan helaian baju yang dibeli. Selepas lima tahun, saya berhenti dan menceburi penataan gaya untuk bidang penyiaran di salah sebuah stesen televisyen swasta.

 

 

 

Mengapa fesyen yang menjadi karier pilihan?

Mungkin kerana saya lahir dalam keluarga yang majoritinya ramai perempuan. Dan dari situ saya lihat, kakak-kakak saya minat bergaya. Secara tidak langsung saya sudah terdedah dengan fesyen sejak kecil.

 

 

 

 

 

 

Pekerjaan pertama anda dalam bidang fesyen?

Saya bermula dengan bergelar pereka untuk jenama Sharifah Kirana.

 

 

Cabang dan tugas anda dalam bidang fesyen?

Sangat luas! Bukan sekadar menata gaya selebriti, kadang-kadang saya juga dipertanggungjawabkan memberi idea dan konsep untuk sesebuah penggambaran.

 

 

Apa yang perlu ada untuk seseorang bergelar penata gaya?

Ilmu fesyen itu penting sebab penata gaya bukan sahaja menata gaya tetapi juga menyampaikan ilmu melalui karyanya. Benar fesyen itu subjektif, tetapi perlu peka terhadap perkara-perkara asas. Perlu pandai ‘membaca’ tubuh klien misalnya dan bukan ‘main bedal’ sahaja. Juga perlu peka terhadap fesyen terkini dan sensitiviti masyarakat.

 

 

 

 

 

 

Pengalaman kali pertama menata gaya selebriti, kongsikan?

Saya menata gaya seorang dramatis, 10 tahun dulu. Ketika itu saya baru kenal apa itu conty dan apa do’s and don’ts untuk keperluan kamera merakam sesuatu. Seperti jalur kecil, baru saya belajar ia sebenarnya gangguan untuk paparan skrin.

 

 

Kongsikan cara kerja anda dalam menata gaya? Adakah anda membantu klien cipta penampilan berdasarkan apa yang ada dalam wadrobenya atau lebih selesa membeli helaian baru atau bagaimana?

Tiada cara yang spesifik sebaliknya saya aplikasikan kedua-duanya bergantung kepada situasi. Kadang-kadang saya punya klien yang saya hanya perlu pergi ke rumahnya dan menata gaya daripada apa yang dimilikinya. Tetapi untuk acara atau majlis besar, seperti untuk pengacara, helaian baru itu perlu dicari untuk disuaipadankan dengan sesuatu look.

 

 

 

 

 

 

Cabaran yang perlu ditempuh untuk bergelar penata gaya fesyen dan selebriti?

Apabila klien atau orang sekeliling (seperti pengurus selebriti, pihak produksi dan lain-lain) mempersoalkan hasil kerja anda. Atau menolak mentah-mentah karya dan idea anda sedangkan mereka bukanlah orang arif bidang fesyen.

 

Mereka hanya melihat daripada sudut personal taste mereka sendiri. Mereka hanya mahu lihat apa yang mereka suka dan selesa. Dan ia menjadi cabaran besar untuk saya meyakinkan juga memberi kefahaman kepada mereka dengan apa jua idea yang disampaikan.

 

 

Kelebihan yang dirasai sebagai fashion/celebrity stylist?

Sentiasa diberi kepercayaan daripada pereka untuk mengubah helaian runway mereka untuk klien seperti selebriti dan personaliti.

 

 

 

 

 

 

Kepuasan dalam menata gaya adalah apabila...

Klien atau selebriti sangat berpuas hati. Dan orang ramai memberi maklum balas seperti ‘Hari tu you ke buat styling dia? Wow, lain sangat.’

 

 

Jika penataan gaya anda terhadap seseorang selebriti dikecam netizen, apa komen anda?

Saya hanya abaikan. Fesyen itu adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi kadang-kadang saya tegakkan juga orang yang memberi komen itu. Kalau dia sendiri tiada fashion sense, saya sekadar blow my nails.

 

 

Apakah kesukaran atau cabaran jika anda perlu menata gaya seseorang yang plus size?

Setakat ini saya tiada masalah. Sudah bertahun saya menata gaya Sherry Alhadad.

 

 

 

 

 

Jika diberi peluang menata gaya selebriti atau personaliti; siapa yang menjadi pilihan dan mengapa?

Jawapan ini sudah saya laksanakan sebenarnya. Jika sebelum ini saya teringin benar mahu menata gaya Wany Hasrita kerana saya melihatnya sebagai gadis muda, punya bentuk muka cantik dan susuk tubuh bak model.

 

Tetapi dia terperangkap dalam ‘gaya kampus’. Dan baru- baru ini saya diberi peluang memberi sentuhan untuknya dalam kempen fotografi Anugerah Juara Lagu. Ya, saya amat berpuas hati.

 

 

Item penting mesti ada dalam styling kit anda dan dibawa ke mana jua?

Peniti, jarum, benang dan safety pin.

 

 

 

 

 

 

 

Pandangan anda mengenai penata gaya ‘jadian’?

Ilmu, ilmu dan ilmu! Sekurang-kurangnya mereka tahu asas fesyen. Saya pernah berbual dengan penata gaya ‘jadian’, dan ya ilmu mereka sangat kurang. Bagaimana anda mahu yakinkan orang lain sedangkan anda sendiri kurang mengenali apa itu fesyen sebenarnya.

 

Meminati fesyen dan mencipta fesyen adalah dua perkara yang berbeza. Mereka fikir apabila sudah minat fesyen, mereka sudah boleh menjadi penata gaya. Itu semua belum cukup. Penataan gaya sebenarnya banyak cabang dan berlainan sentuhannya.

 

Baik editorial, siaran secara langsung, model malah untuk dipakai seseorang individu itu berbeza keperluannya.

 

 

 

Pengaruh media sosial dalam mencipta trend dan stail sekarang, komen?

Ia adalah medium yang sangat pantas. Dan sejujurnya saya menggunakannya sebagai platform untuk berkongsi setiap hasil kerja saya di Instagram yang kadangkala menjadi rujukan sesetengah pihak.

 

 

 

Fesyen itu sesuatu yang fun dan glamor. Namun apakah realiti di sebaliknya yang ramai orang tidak tahu dan bisa dikongsi bersama?

Anda perlu cepat dan kreatif! Jika tidak, anda dilihat seperti tidak relevan dan bosan.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tymfatimah (@tymfatimah) on

 

 

 

Fesyen tidak pernah membosankan and can never go wrong kerana...

Style is never wrong, use only under stylist supervision. Selagi anda selesa apa yang dipakai, you can never go wrong. Cuma fesyen sesuatu yang subjektif. Apa yang anda suka belum tentu orang lain suka. Apa yang orang lain suka, belum tentu anda akan suka, kan?

 

 

 

Senaraikan empat selebriti atau personaliti yang bergaya pada pandangan anda dan mengapa?

Scha Alyahya -  Dia ibarat mannequin hidup. Sarungkan apa sahaja semua ibarat khas dicipta untuknya.

 

Ekhyra - Kala melihat Instagramnya umpama menyelak majalah fesyen.

 

Neelofa - Dia umpama fashion queen untuk golongan hijabista dan pada saya dia juga seorang ikon wanita berhijab.

 

Sherry Alhadad - Apabila bercakap soal fesyen, mereka yang bersaiz 0 sahaja diangkat. Hello kita punya Sherry Alhadad. Dia bukti fesyen itu perlu ada keyakinan. Seperti Sherry, dia yakin dengan dirinya. Dia boleh berfesyen dengan saiznya yang tersendiri.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tymfatimah (@tymfatimah) on

 

 

 

Kala pertama kali bertemu dengan sesiapa jua, apa perkara pertama yang anda lihat?

Cara dia memandang orang sekeliling dan tentu saja mengenai fesyennya. Sudah terbiasa mungkin sebab saya fashion stylist.

 

 

Stail peribadi anda bagaimana, kongsikan?

Mix match! Saya juga orang yang berfesyen mengikut tempat. Apabila bekerja, saya lebih gemar ‘sporty look’.

 

 

Apakah last fashion item yang anda splurge?

Beg silang Balenciaga.

 

 

Vintaj atau baharu, mana satu menjadi pilihan dan mengapa?

Boleh saya pilih kedua-duanya? Kerana kedua-duanya punya nilai fesyen tersendiri.

 

 

Kulit atau renda?

Kulit, mencerminkan karakter saya yang energetic.

 

 

Sekuin atau glitter?

Glitter.

 

 

 

 

 

 

Sepatu tumit tinggi atau flats, mana lebih seksi?

Kasut tumit tinggi seksi tetapi sekarang flats lebih seksi. Pada saya seksi itu adalah keyakinan. Apabila anda menyarung flats, anda akan yakin dan aura seksi itu akan terserlah.

 

 

Untuk memastikan anda kekal relevan dalam industri, apa yang harus dilakukan?

Sentiasa kemas kini diri dengan fesyen dan tambah ilmu.

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.