Sep 09, 2014 - 10

'Charm Bracelet' PANDORA

Inilah masanya untuk kamu melaram dengan barang kemas bermutu tinggi daripada PANDORA bersempena Musim Bunga 2013

promosi-pandora.jpg

5 'Charm Bracelet' Pandora Untuk dimenangi!

Ayuh, fesyenista! Inilah masanya untuk kamu melaram dengan barang kemas bermutu tinggi daripada PANDORA bersempena Musim Bunga 2013, agar gayamu sentiasa up-to-date. Sarungkan charm bracelet yang halus buatannya, diperindah motif bunga ceri, memaparkan kesenian nan unik, juga menceritakan sebuah kisah cinta abadi. Meneroka keindahan barang kemas yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, PANDORA memperkenalkan barisan produknya yang diperbuat daripada emas 14k dan perak lalu dihiasi batu permata berkilau, wow, cantiknya! Tatkala digayakan, ia menyerlahkan sisi feminin, sekali gus membuat penampilan kamu tampak mewah bergaya. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pandora.net atau Facebook Unforgetable Moments - Malaysia. 
 

MENANG!

5X Charm Bracelet Pandora bernilai RM1000 setiap satu.

Dapatkan naskhah InTrend April 2013 untuk menyertai promosi ini. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.