Apr 01, 2016 - 43

[PERADUAN] Menangi! 15x Clarins White Plus Pure Translucency Tri-Intensive Brightening Serum Bernilai RM350 Setiap Satu

Ayuh sertai peraduan InTrend, anda berpeluang memenangi Clarins White Plus Pure Translucency Tri-Intensive Brightening Serum Bernilai RM350 Setiap Satu...

 Poster-clarins-jpg.jpg 

KUASA KECERAHAN KULIT CLARINS 

Kerap terdedah pada sinaran matahari menyebabkan kulit bertukar gelap dek pigmentasi. Tahukah anda, selain peranan melanosit, pigmentasi juga disebabkan oleh kesan Mela-Exo System yang melibatkan eksosom yang membawa protein yang akhirnya mencetuskan tompok hitam ini? Ya, ini terbukti hasil penemuan saintifik CLARINS menyelongkar dunia penciptaan baru White Plus Pure Translucency Tri-Intensive Brightening Serum dengan ‘pencerahan-dalam-kawalan’ yang berharga dan menyediakan tiga dimensi kulit yang cerah secara semula jadi. Dirumus khas untuk kulit wanita Asia, serum formula baru ini menggabungkan buah Acerola dan ekstrak biji dengan ekstrak tumbuhan untuk pencerahan dengan sifat-sifat kulit yang cerah bak lut sinar. Ia membantu untuk mengekalkan tiga elemen utama kulit yang sekata dan cerah: Contrast – Tindakan antibintik hitam dengan manfaat ekstrak buah Acerola; Color – Kecerahan, keserian dan kesekataan (ekstrak buah Acerola, ekstrak Lady’s Mantle, ekstrak Sandspurry, Vitamin C dan biotin); Clarity – Kulit translusent dan sihat berseri (ekstrak biji Acerola dan Kompleks Asid Hyaluronic). Dengan serum ini, tompok hitam dinyahkan secara menyeluruh sekali gus mencerahkan kulit secara berkesan, untuk mendapatkan kulit yang bercahaya, bersih, sekata dan kulit yang translusent. 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Clarins