Jul 11, 2016 - 664

Menangi Sebuah Kamera Bernilai RM600 Dengan Peraduan 'OOTD' #RayaInTrend!

Usah sia-siakan foto 'OOTD' lebaran anda yang cantik itu. Jom sertai peraduan mudah InTrend bersempena Hari Raya 2016. Kami ada kamera digital PERCUMA untuk anda.

Jom InTrenders, serlahkan gaya lebaran 2016 anda bersama sidang editorial InTrend! Cara penyertaan cukup mudah. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Follow akaun rasmi Instagram dan Facebook kami seperti yang dinyatakan di bawah:
Instagram: @intrendmalaysia
Facebook: @Majalah InTrend

Langkah 2: Muat naik foto OOTD raya anda yang paling menarik dan 'in-trend' dengan tag dan hashtag berikut:

@intrendmalaysia
#InTrendRaya dan
#InTrendMalaysia.

Langkah 3: Tag 3 orang rakan IG anda. Anda hanya dibenarkan memuat naik foto solo atau secara duo. Foto OOTD yang memaparkan tiga orang atau lebih tidak akan dinilai.

Langkah 4: Sertakan slogan "Foto OOTD #InTrendRaya saya paling menarik kerana..."

Langkah 5: Anda dibenarkan untuk memuat naik foto OOTD beberapa kali yang anda mahu tetapi anda mestilah menggunakan foto OOTD YANG BERLAINAN. Anda bebas untuk tag rakan IG yang sama atau berlainan. 

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Penyertaan hanya terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur antara 18 - 40 tahun.

2
. Peserta mesti menggunakan tag dan hashtag berikut dalam setiap muat naik: #InTrendMalaysia, #InTrendRaya dan @intrendmalaysia

3. Peserta mesti menyertakan caption/slogan pendek seperti yang dinyatakan di atas.

4. Profile Instagram anda perlu dalam status 'public'.

5. Produk kemenangan tidak boleh ditukar dengan wang tunai/produk lain.

6. Tarikh tutup penyertaan: Isnin, 1 Ogos 2016, jam 12.00 malam.

7. Pemenang akan dihubungi oleh pihak InTrend melalui Instagram Direct Message (DM).

8. Pemenang akan diumumkan secara rasmi di laman media sosial dan laman web www.intrend.com.my pada hari Jumaat, 5 Ogos 2016. 


Good luck InTrenders!


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.