Sep 11, 2016 - 10912
Oleh: Salina Ibrahim
Sumber: Ihsan
Sumber:
"O ALLAH. PLEASE PROTECT EVERY PILGRIM, EASE ALL THEIR AFFAIRS AND ACCEPT THEIR HAJJ."
Petikan di atas merupakan status yang dimuat naik Noor Neelofa Mohd Noor, beberapa hari sebelum beliau terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Status dalam latar putih suci itu disertakan dengan caption Neelofa yang berbunyi: "Di sini bermulanya. One step at a time."
Suatu masa dahulu, Neelofa pernah mengalami kejatuhan yang amat teruk dengan kemusnahan reputasi yang amat dahsyat. Namun Neelofa segera bangkit dengan bersemangat sekali. Hari ini, dia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Yang Satu. Malah, dalam masa sama, Neelofa menunaikan tanggungjawab sosialnya sebagai selebriti suri teladan dan ikon hijab yang dipuja ramai. Apa yang menarik, adalah kesungguhan dan keikhlasan Neelofa mengalu-alukan para peminat untuk mengirimkan doa mereka kepadanya dengan lafaz janjinya, "Untuk 20,000 DOA yang saya terima, insya-Allah, saya akan cuba baca dan menyampaikannya..."
InTrend berkesempatan menemu bual Neelofa, mendengar buah fikirnya sebagai pemain bisnes legasi hijab. Selamat membaca.
Sumber: Ihsan
Sejak diperkenalkan pada tahun 2014 hingga sekarang, perkembangan Naelofar Hijab begitu pantas. Apa lagi yang terkini daripada Naelofar Hijab?
Untuk koleksi Raya 2016, kami telah keluarkan 12 rekaan dengan elemen batu kristal dan mutiara daripada Swarovski. Insya-Allah, Naelofar Hijab juga boleh didapati di pop-up store, salah satu syarikat online di United Kingdom. Kedainya terletak di Knights Bridge di tengah kota London. Kami juga akan mula memasuki pasaran Turki melalui syarikat Modalisa. Jumlah kuantiti yang kami keluarkan dua kali ganda berbanding tahun lepas.
Bagaimana menampilkan keunikan Naelofar Hijab supaya lain daripada yang lain dan ada identiti tersendiri?
Kami tidak berkompromi daripada segi kualiti. Kain yang kami pilih adalah sifon dan kebanyakan rekaan adalah yang terbaik daripada yang terbaik, demi menjanjikan keselesaan kepada pengguna. Yang membezakan kami dengan yang lain, adalah elemen wajib yang kami tampilkan, iaitu penggunaan batu kristal atau mutiara Swarovski.
Setiap tudung Naelofar Hijab mesti ada kilauan batu kristal atau mutiara Swarovski. Untuk kelihatan unik, kami tambah nilai pada tudung dari segi handwork. Bermakna, semua rekaan memerlukan kerja tangan yang teliti. Juga yang membezakan kami daripada yang lain, kami cuba untuk jadikan ia stylish, boleh dipakai oleh orang muda sampailah yang berusia. It’s a timeless design.
Sumber:
Siapa pelanggan utama Naelofar Hijab?
Sejak kita praktiskan penggunaan sistem stokis, pelanggan utama adalah dari kalangan usia 18 tahun sehingga 60 atau 65 tahun. Penyumbang terbesar adalah dari Malaysia dan Singapura. Naelofar Hijab juga sudah menembusi pasaran di 30 negara yang lain. Antaranya, Jepun, Amerika Syarikat, Iran, Emeriyah Arab Bersatu, Belanda, Israel, New Zealand dan lain-lain. Ini berdasarkan data jualan secara dalam talian.
Kejayaan terbesar Naelofar Hijab, selain kejayaan Lofa memperkenalkan jenama ini?
Saya fikir kejayaan terbesar kami, adalah without putting huge investment and effort on international market. Suatu kejayaan besar apabila dapat menembusi pasaran luar negara. Saya tak pernah terfikir ia akan pergi sebegini jauh, dalam tempoh singkat ini. Semua itu berlaku begitu sahaja. Naelofar Hijab already travelled to the whole world. Banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang sudah kami peroleh.
Sumber:
Bagaimana Lofa meletakkan jenama Naelofar Hijab; sebagai mengikut trend atau pencetus trend? Atau kedua-duanya sekali mengikut keperluan semasa?
Sama juga dengan pakaian atau benda lain, kita kena ikut daripada penyelidikan. Kena selalu kemas kini diri dengan trend-trend terkini. Macam mana nak jadi trendsetter, I think it’s a bonus for me being in this entertainment industry. Apa sahaja yang saya pakai, orang akan tanya dan mahu ikut. It doesn’t need that much effort to make it work.
Pasaran hijab secara maya (online) sangat rancak sekarang. Bagaimana Lofa melihat trend bisnes ini? Bagaimana para usahawan dapat menggunakan peluang ini?
Ini bukanlah bisnes pertama yang saya usahakan secara maya. Malah pada umur 19 tahun, saya sudah mulakan bisnes produk kasut melalui online. Untuk orang baru, kaedah online terbukti sangat efektif. Efektif daripada segi kos, perkembangan keuntungan, cepat dikenali, pangkalan data lebih sistematik dan mudah. Sesuai dengan prinsip, starts small, starts somewhere, kaedah maya adalah pendekatan yang bagus hari ini.
Sumber:
Imbas kembali, bagaimana Lofa mulakan Naelofar Hijab? Mengapa memilih jadi usahawan hijab, sedangkan ada banyak persaingan?
Ketika saya mulakan bisnes hijab, tidak banyak player dalam market. Saya fikir, hanya ada beberapa orang artis yang berkecimpung dalam bisnes tudung. Saya antara orang yang terawal yang meneroka bisnes tudung.
Kenapa saya pilih hijab? It happens naturally. Ini adalah bisnes kelima saya, selepas kasut, produk kecantikan, kanta lekap dan abaya. Kenapa hijab? Mungkin ini rezeki yang Allah bagi, jadi saya fokus kepada sumbangan yang terbesar.
Bagaimana penglibatan Lofa dalam bisnes, sepenuhnya atau bagaimana? Bagaimana pula peranan Lofa dalam penghasilan produk?
Semua orang tahu saya berbisnes bersama-sama keluarga; dengan emak, ayah dan kakak. Mereka adalah tulang belakang saya. Dengan semua proses ini, I don’t need to deal with trust issue.
Daripada segi produksi, kami ada pasukan yang membuat rekaan dan sebagainya. Daripada segi approval dan tambahan idea, kakak saya, Nabila, banyak berperanan. Saya pun ikut serta, begitu juga emak, pendek kata, serba sedikit daripada setiap orang. Begitu juga dengan pemilihan fabrik, beading, rekaan, semuanya kami buat bersama-sama.
Sumber:
Bagaimana kesukaran dan liku perjalanan Naelofar Hijab; bermula secara online, sehingga memiliki butik? Sudi kongsikan jatuh bangun dalam bisnes?
Ya, kami bermula secara online. Selepas beberapa minggu bermula, Naelofar Hijab menjadi isu apabila ada individu mendakwa itu adalah rekaannya. Kami sudah memeriksa, adakah sesiapa yang sudah mendapatkan pattern rekaan atau trademark, ternyata tiada sesiapa yang memiliki rekaan itu. Disebabkan itu, kami ambil sikap berdiam diri. Secara tak langsung publisiti itu memberi satu pulangan besar kepada kami.
Dalam tempoh empat bulan, berikutan isu itu, kami dapat berkembang pesat, kami dapat berpindah ke bangunan tiga tingkat tempat kami beroperasi sekarang. Jumlah staf bertambah daripada tiga orang kepada 55 orang sekarang.
Sumber:
Siapa tulang belakang di sebalik kejayaan Lofa? Bagaimana latar belakang keluarga dalam bisnes turut mempengaruhi Lofa?
Tulang belakang saya, sudah tentu emak dan ayah saya. Masing-masing memainkan peranan yang berbeza. Dalam keluarga kami, sejak nenek moyang lagi, memang kami sudah berniaga. It’s in our blood. Emak sebagai mastermind, idea selalunya datang daripada emak. Ayah pula menguruskan bahagian yang membabitkan keselamatan, kewangan dan sebagainya. Daripada segi pengurusan, semua orang ada peranannya.
Latar diri Lofa sebagai selebriti hiburan, banyak membantu mengangkat Naelofar Hijab. Bagaimana Lofa melihat keadaan ini?
Ketika saya membuka Naelofar Hijab, saya sudah empat tahun dalam industri hiburan. Itu suatu bonus kepada saya kerana nama saya adalah jenama. Apabila saya buka Naelofar Hijab, masyarakat dapat mengaitkannya terus kepada saya. Sebagai selebriti, saya ada pengikut, mereka bukan sahaja minat, malah nak ikut apa saya pakai, termasuk warna dan cara pemakaiannya. Dalam kebanyakan masa, hal itu menjadikan kos marketing saya lebih rendah daripada orang lain.
Sumber:
Cabaran paling hebat Lofa depani dalam menjayakan Naelofar Hijab, yang mungkin pernah buat Lofa rasa hendak mengalah?
Our biggest challenge has always been the imitation issue. Orang masih keliru adakah yang di Vietnam itu kilang kami, sedangkan Naelofar Hijab adalah 100 peratus buatan Malaysia. Kami tak pernah sub kepada mana-mana pihak di luar negara. Dengan hasil kerjasama pelbagai pihak, banyak yang sudah dibanteras.
Walaupun kami tidak dapat membanteras 100 peratus, tapi kami mesti berfikir cara lain. Antaranya dengan membuat penambahbaikan produk, menambah rekaan baru dan lain-lain. Walaupun orang nak tiru tapi kami mesti selalu selangkah di hadapan.
Sumber:
Bagaimana bisnes hijab ini menjadikan diri Lofa seorang yang lebih baik daripada segi keperibadian? Bagaimana Lofa melihat diri sendiri melalui perniagaan ini?
Tentu sahaja berbeza sebagai anak seni dan usahawan. Semua ini membentuk saya dalam dua sisi berbeza. Sebagai usahawan, ia membentuk saya dalam cara menyelesaikan masalah, mematangkan saya dengan personaliti yang berlainan. Sebagai anak seni, saya belajar bagaimana atasi gosip, tuduhan fitnah, berdepan peminat, bersikap bersahaja di hadapan kamera, itu suatu bentuk sisi yang berbeza.
Kombinasi dua-duanya, mematangkan saya, menjadikan saya lebih berawas, untuk tidak bereaksi sembarangan dan tidak melatah. I am so blessed with all the opportunities yang saya buat selama ni. Pada usia ini, saya beroleh pengalaman melakukan banyak perkara yang mungkin ramai orang sebaya saya tak dapat.
Sumber:
Antara fesyen dan tuntutan untuk berubah ke arah yang lebih baik, bagaimana Lofa menyelaraskan kedua-dua ini?
Our hijab is syariah compliance, tudung kami boleh membentuk hijab yang labuh hingga paras pusat dan melepasi paras bahu. Cumanya, terpulang bagaimana seseorang hendak menggayakannya. Tiada satu pun tudung kami yang singkat atau jarang. Sebagai orang yang dianggap sebagai contoh kepada peminat di luar sana, saya berusaha menjaga agar tidak keterlaluan dalam berfesyen. Saya ada stylist yang selalu memastikan imej yang saya bawa tidak melampau atau melanggar sempadan yang ditetapkan.
Menyentuh isu semasa, sekarang ini ramai gadis berhijab tapi sayangnya di media sosial, lagak mereka kadangkala agak tidak terkawal, seolah-olah fizikal sahaja berhijab. Komen Lofa?
Ramai orang yang memilih untuk berhijab tapi penghayatan mereka mungkin tidak mencapai maksud dan matlamat berhijab. Mungkin mereka dibesarkan dengan hijab sejak kecil tetapi imej itu tidak selari dengan personaliti. Dengan kata lain, penghayatan yang kurang. Apa pun, kita tak boleh judge semua wanita berhijab hanya kerana segelintir orang begini.
Sumber:
Perancangan masa depan untuk jenama Naelofar Hijab ini?
I want to create a legacy, I want it to be known worldwide. Impian saya untuk melebarkan sayap di pasaran antarabangsa.
Perancangan untuk diri Lofa pula?
Saya beri tempoh tiga tahun lagi untuk mengejar sasaran saya. Apabila Naelofar Hijab sudah ada di pasaran dunia dan dikenali ramai, sudah tentu saya bersedia untuk berumahtangga. Sekarang pun saya sudah bersedia, cuma saya hendak bersedia lebih daripada segi mental, fizikal dan kewangan. Impian saya untuk punya lebih masa menuntut ilmu.
Saya hendak kembara ke seluruh dunia, hendak belajar benda baru, hendak mengikuti kursus-kursus pengajian, belajar dan melihat dunia bersama-sama pasangan saya. Saya mahu, pada satu tahap saya dapat memberi semula kepada keluarga, masyarakat dan semua Muslim di seluruh dunia. Itulah impian saya, tak salah untuk dream big!
Sumber:
Pesanan kepada orang muda yang ingin menceburi bidang keusahawanan?
Sentiasa mulakan, start somewhere, start small. Laksanakan apa yang anda visualkan, apa yang anda angankan. Lakukan, jangan sekadar berangan sampai ke tua. Dalam dunia perniagaan ini memang penuh risiko, tetapi never give up. Once you give up, it’s hard to sustain. Dugaan dan cabaran setiap orang berbeza, kadang-kadang ia di luar jangkaan. Memang sebahagian daripada persaingan bisnes apabila orang sentiasa hendak jatuhkan kita, hendak curi idea kita tapi you really have to stay strong.
Sumber:
Siapa Noor Neelofar sebagai individu dan sebagai bos?
Saya orang yang sangat simple, mudah bekerjasama selagi tak bagi saya pening kepala. Saya jenis yang boleh bersemuka, saya tak suka pendam dan simpan. Saya lebih suka bersemuka sebenarnya. Saya fikir, saya juga jenis yang laju dalam bekerja, saya tak suka benda yang lambat berjalan, contohnya kalau boleh diselesaikan dalam masa seminggu, saya akan selesaikan.