Mar 02, 2017 - 9443

17 Strategi Berkesan ‘Ikat’ Si Dia Sebelum Pasangan Anda Curang Atau Dikebas!

Ada banyak faktor boleh mendorong si dia itu, baik suami atau teman lelaki kamu berubah hati dan mulai melupakan kamu. Sebelum kamu jatuh kecewa, pasanglah strategi selamatkan perhubungan.

 

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

KAMU mungkin sudah bercinta bertahun-tahun lamanya. Atau kamu dan dia mungkin sudah bernikah berpuluh-puluh tahun lamanya. Kamu dan dia saling cinta dan setia, tetapi terjadi juga cinta beralih arah dan kamu jadi terpinga-pinga kerana rupa- rupanya dia semakin menjauhkan diri dan mula jadi dingin kerana ‘sesuatu’ telah terjadi dan seseorang sudah mencuri hatinya. Usah jadi wanita cengeng kerana dunia belum kiamat! Cepat pasang 17 strategi bijak sebelum dia terus lupakan kamu. 

 

 

 

1. Teliti apa kelebihan kamu dan cari apa kelemahan kamu. Ya, pandanglah cermin dan bertanyalah diri kamu sejujurnya: Apakah kamu pernah berusaha untuk membaiki kelemahan diri kamu? Tidakkah kamu berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri kamu? Inilah saat terbaik untuk menganalisa dirimu sendiri. Lakukan segera sebelum terlambat. 

 

 

2. Cintailah diri sendiri terlebih dahulu dan cintailah juga pasanganmu sebanyak itu. Proses mencintai diri sendiri tidak terjadi sepantas satu malam. Ia sebenarnya adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Hargai dirimu di tempat teratas dan letakkan pasanganmu di tangga yang sama. Barulah cinta berbalas dan diangkat ke aras yang sewajarnya. 

 

 

3. Jelaskan perasaanmu kepada si dia dengan jujur. Apabila bercakap dengan pasanganmu, berbicaralah dari hatimu. Mesejnya pasti sampai lebih menusuk kalbu, diterima dengan perasaan hormat dan sepenuh perhatian. Jika ini yang kamu lakukan, dia pasti tak berpaling kepada yang lain. 

 

 

4. Waspada dan ambil tahu siapa kenalannya.Ya, ada baiknya kamu ambil tahu siapa teman sepejabat, siapa rakan futsalnya, siapa rakan teh tariknya. Jangan sampai dia main cinta dengan kawan baik kamu sendiri 

 

 

5. Lelaki memang makhluk yang mudah cair dan tergoda. Maka sebelum dia cair dengan wanita lain, ada baiknya kamu perbaiki kebolehan ‘mencairkan’ itu dengan teknik- teknik dan idea baru. Usah terperangkap dengan jalan hidup yang stereotaip setiap hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun! Sebaliknya, buat kejutan manis supaya dia terminta-minta. Lepas itu, kamu jual mahallah pula! 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

6. Fahami isyarat dari renungan matanya. Dulu, renungannya mungkin dibara cinta, tapi sekarang, pandang pun sudah lain, macam harimau nak menelan mangsanya! Fahami signal yang mahu dihantar dari matanya itu.

 

Dia mungkin cuba memberitahu yang dia mahu kamu gosokkan baju kerjanya dengan lebih licin, malah dia juga mungkin cuba memberitahu, kamu perlu lebih cekap mengurus anak dan dapur serentak, malah dia sudah mulai bosan melihat kamu hari-hari memakai baju kelawar serupa! Tak mengapa, sambutlah renungannya itu sebagai satu cabaran. Kamu tentu boleh melakukannya bukan? 

 

 

7. Yakini si dia bahawa kamu pasangannya sehidup semati. Perahlah otak dan fikirkan mengapa kamu dan dia sewajarnya saling berdamping hingga akhir hayat? Jika kamu dan dia saling sepadan, maka nescaya dia hanya boleh bahagia bersama kamu, begitu juga sebaliknya.

 

Jika dia punya kekurangan, maka kelebihan kamu juga menutupi ketidaksempurnaan itu, indah bukan? Maka itulah yang dipanggil karma kehidupan. Itu juga sebabnya kamu harus gunakan faktor ini sebagai satu strategi bijak sebelum dia terjebak ke tangan wanita lain. 

 

 

 

8. Lelaki tak suka berpasangan dengan wanita yang tampak macam ibunya, ingat tu. Susun kembali strategi untuk segarkan perhubungan seperti baru bernikah dulu. Hentikan sikap suka membebel dan berleter seperti ibu-ibu. Sebaliknya, berbicaralah kamu sebagai pasangan yang matang dan memahami. 

 

 

9. Dulu kurus melentik macam kerengga, sekarang apa dah jadi? Jangan salahkan pasangan kalau dia sendiri sengaja merelakan dirinya terlupakan kamu, kerana hari ini saiz kamu dah lebih besar daripada pintu almari baju! Aduh, sadis! Jaga selera makanmu dan baiki gaya hidupmu itu supaya penampilan kamu itu sedap matanya memandang dan dia pun tak sengaja buat-buat terlupakan kamu. 

 

 

10.  Berdamping lebih mesra dengan ibu bapa dan adik-beradiknya. Jalin ikatan lebih akrab dengan familinya. Ini sedikit sebanyak beri tekanan agar dia hindari sebarang jalinan ‘hubungan gelap’ atau kebarangkalian mengecewakan kamu. Kamu juga dalam posisi lebih selamat kerana seluruh familinya pasti menyebelahi kamu jika apa-apa terjadi. 

 

 

 

Kredit foto: Google

 

 

11. Pastikan dia sibuk selalu kerana perkara-perkara yang kamu tahu. Jangan biarkan dia lenyap dan kamu tak tahu menahu apa aktivitinya. Jadi lebih peka memantau si dia. 

 

 

 

12. Asah pancainderamu dengan lebih baik. Ada baiknya kamu latih dan pertingkatkan lagi skill pengamatan ala CSI kamu dengan lebih efisyen. Apakah kemeja pasanganmu dilekati rambut wanita lain, atau adakah bau tubuhnya dilekati aroma haruman berbumbu oren dan sitrus sedangkan kamu memang sekali-kali tak pernah memiliki minyak wangi sedemikian? Siasat segera, jangan tak siasat! 

 

 

 

13. Tidak ada salahnya kamu tanam dalam perasaanmu, “Aku wanita lawa dan rupawan.” Ini satu motivasi penting untuk kamu rombak personalitimu. Buang saja baju-T lusuh, jeans kepam, juga sandal buruk yang selalu sangat kamu sarungkan apabila ke pasar itu. Ingat, kamu wanita rupawan, dan kamu sedia berentap berlawan dengan siapa juga wanita yang berniat mahu mengebas si dia milikmu itu. 

 

 

 

14. Kata orang, cemburu buta itu racun perhubungan, tapi jika perlu, inilah salah satu strategi kamu. Tunjuk sayangmu dengan cemburu manja-manja, baru dia tahu kamu kisah tentang dirinya. Perasaan insecure itu perlu ada, dan kamu perlu susuli dengan ‘mengikatnya’ sebijaknya. Barulah dia tidak dikebas orang sewenang-wenangnya. 

 

 

 

15. Jika dia mula tunjukkan petanda kurang normal, segera pasang antenamu! Ya, manalah tahu kalau selama ini dia tak suka menjawab telefon (sebab orang kad kredit sudah kejar), sekarang naik biang asyik bergayut di telefon saban waktu walaupun sedang lepaskan hajat di bilik air! Kamu jangan terlalu bendul, sesekali cuba kamu jawab panggilan telefon yang berbunyi dan tanyakan soalan-soalan berpatutan.

 

Kalau pun kamu dah berbunyi saling tak tumpah macam Detektif Tom, tak mengapalah. Ini strategi kamu sebelum perangai kurang normal itu melarat-larat. Pastikan juga nama yang disimpan dalam telefonnya itu tulen dan benar. Jangan Mr. Ram rupa-rupanya Cik Ramlah! Hai, masak kamu. 

 

 

 

16. Dia dah pandai bermain SMS dan MMS macam orang muda. Oh ini memang kes bahaya kerana kalau hendak dikatakan suami atau teman lelaki kamu sedang Afundi untuk Akademi Fantasia, oh itu bukan musimnya. Jadi dengan siapa dia menaip trengkas dalam SMSnya? Hai, baiklah kamu segera siasat sebelum dia kena kebas dan kamu melepas! 

 

 

 

17. Semakin lama berteman dengannya, semakin terserlah true colours kamu dan dia. Walau apa jua true colours kalian, hitam putih, kelabu atau belang-belang, berazamlah untuk tonjolkan peribadi terbaik dan paling mulia. Dia pasti malu dan tidak sampai hati mencurangi kamu kerana sedar betapa tingginya martabat yang kamu pertahankan sebagai pasangannya. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    60 Perkara Lebih Mujarab Daripada “I LOVE YOU” — Suami Isteri Wajar Baca

  • Seterus →

    7 Tips Atasi Kekecewaan Putus Cinta Paling Berkesan, Buktikan Pada Si Dia Anda Boleh MOVE ON!