Jan 08, 2017 - 1852
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Sumber foto: Gucci
1. Nama perfume berasal daripada perkataan Latin, per fume yang bermaksud through smoke. Awalnya, wangian bermula daripada kemenyan dan menggunakan rempah dan herba seperti ketumbar dan setanggi.
2. Wangian moden terawal dicipta mengadunkan minyak pati dengan larutan alkohol khas untuk Ratu Elizabeth dari Hungary. Ia dikenali sebagai ‘Hungary Water’ yang terdiri daripada rosemary, thyme dan esen verbena.
3. Terdapat banyak sumber aromatik yang boleh diperolehi daripada alam semula jadi untuk dijadikan sumber wangian antaranya bunga, biji benih, kayu-kayan, buah, daun, damar, akar, liken malah mikroorganisma!
Sumber foto: Gucci
4. Adunan haruman boleh juga diperolehi daripada sumber haiwan, walaupun kini sesetengahnya dihasilkan secara sintetik atas dasar etika. Antaranya sarang lebah, musang, castoreum dan ambergris.
5. Ambergris adalah ‘muntahan paus’ berwarna kelabu yang melekit yang dimuntahkan oleh Sperm Whales. Lagi lama aromanya lebih manis, ‘lebih mesra’ dan meningkatkan kesan haruman kepada aroma yang lainnya.
Sumber foto: DAVIDOFF - Cool Water Woman
6. Kebanyakan haruman hari ini dibuat daripada minyak wangi sintetik. Ini membolehkan kombinasi pelbagai haruman berlainan yang tidak mampu dimiliki secara semula jadi dihasilkan. Haruman sintetik berupaya mewujudkan bau yang konsisten berbanding minyak semula jadi.
7. Ros dan melur adalah dua pati bunga yang paling kerap digunakan sebagai bahan dalam minyak wangi komersil.
8. Eau de Cologne bersifat lebih lembut dengan dua hingga lima peratus minyak pati sebagai asasnya. Ciptaan ini bermula di Cologne, Jerman yang digunakan oleh lelaki dan wanita. Kini ia lebih untuk kegunaan lelaki.
Sumber foto: Salvatore Ferragamo Signorina Limited Edition
9. Grasse di Provence, Perancis dianggap sebagai pusat utama melahirkan minyak wangi moden. Ia tempat yang ideal membuat minyak wangi kerana memiliki mikroiklim sempurna untuk menanam bunga-bunga mengharum.
10. Minyak wangi mampu membuatkan kamu rasa lebih baik! Kajian menunjukkan hubung kait antara bau dan emosi yang mana bau yang tepat membawa kepada mood yang lebih baik. Contohnya, aroma lavender membuat kamu relaks, manakala sitrus menjana emosi lebih bertenaga.