Mar 14, 2017 - 1626

Tips Kembara Sheila Mohamad Memacu Adrenalin di Ruang Udara Dubai yang Mesti Anda Tahu

Dubai ternyata tidak hanya menawarkan percutian mewah gaya santai, malah aktiviti memacu adrenalin juga boleh dicuba. Ayuh, ‘skydiving’ dari langit Dubai!.

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Sheila Mohamad 

 

 

SHEILA Mohamad bukan nama asing dalam kalangan jurusolek tempatan. Dia berbakat besar dalam menatarias golongan selebriti juga personaliti anak watan. Namun, siapa sangka empunya tubuh kecil molek ini berani melakukan aktiviti skydiving yang memacu adrenalin pada tahap maksima! Apa pun yang dikata, aktiviti terjun dari langit Dubai akan menjadi pengalaman sekali seumur hidup buat diri Sheila. 

 

“Tidak pernah menyangka saya punya keberanian untuk mencuba skydiving ini. Walau bagaimanapun, pengalaman kali pertama ini cukup bermakna buat diri saya dalam memahat memori indah kala berkunjung ke Dubai. Perasaan saya? Fuh, kecut perut sudah terasa sejak dari Kuala Lumpur lagi apabila diberitahu saya perlu melakukan skydiving,” ujar Sheila kala dihubungi baru-baru ini. 

 

 

 

 

“Sehari sebelum membuat terjunan, bimbang bukan kepalang sehinggakan saya tak lalu nak makan, hahaha... Memikirkan perkara yang bukan-bukan,risau kalau-kalau nyawa melayang.” 

 

Saat yang dijanjikan, kami menaiki pesawat ringan sebelum membuat terjunan di bawah pengawasan pengajar berpengalaman dari Skydive Marina. Sebaik tubuh melayang-layang di ruang udara dan payung terjun terbuka, perasaan takut hilang dengan sendirinya. Masakan tidak kerana pengalaman terjun dari atas langit Dubai cukup mengujakan meskipun mengambil masa sekitar 10 minit sahaja.

 

Pemandangan Dubai dengan bangunan-bangunan pencakar langitnya akan menjadi pemandangan tersendiri jika dinikmati dari atas langit. Kami membayar sekitar RM2,300 – RM2,400 (harga ketika itu berdasarkan tukaran Ringgit berbanding Dirham) untuk setiap seorang bagi melakukan terjunan.

 

Harga tersebut sepadan dengan pengalaman serba menarik selain anda dibekalkan dengan rakaman foto-foto dan video oleh team profesional yang boleh anda miliki selepas 45 minit membuat terjunan.” 

 

 

 

 

Untuk skydiving ini, ada beberapa peraturan yang perlu InTrenders tahu antaranya anda perlu berusia 18 tahun dan ke atas, berat badan di bawah 90 kilogram untuk perempuan dan di bawah 100 kilogram untuk lelaki. Sarung pakaian sporty yang selesa dan pakailah sneaker atau kasut sukan bagi memudahkan pendaratan (landing). 

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Sheila Mohamad (Keindahan Burj Khalifa) 

 

 

MENCUMBUI KEINDAHAN DUBAI 

“Selain skydiving, antara aktiviti lasak yang boleh dicuba kala berada di bumi Dubai adalah sand dune di padang pasirnya yang terbentang luas. Memang best! Peluang menaiki kenderaan pacuan empat roda lalu dibawa bersiar-siar sekitar padang pasir, jika bernasib baik dapat melihat unta liar, kemudian melalui gumuk-gumuk pasir dengan kelajuan tinggi memang cukup mengasyikkan. Terasa bagaikan menaiki roller coaster. Kami turut berkesempatan merakam foto peribadi di daerah padang pasir ini.” 

 

“Seperkara lagi yang mesti anda buat jika datang ke Dubai adalah mengunjungi Burj Khalifa. Bangunan tertinggi ini menawarkan platform tinjau yang berada di aras 128 (bayaran 250 Dirham) dan di aras 148 (500 Dirham). Melihat lanskap sekitar The Palm membuat diri terkesima. Cantik sungguh!” 

 

 

Kredit foto: Koleksi Sheila Mohamad ( Selain Souq Madinat Jumeira, jangan lupa mengunjungi Musical Fountain di Burj Khalifa, Aquarium of Dubai dan Old Dubai.) 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Sheila Mohamad 

 

 

 

2 TIPS KETIKA SHEILA MOHAMAD KEMBARA: 

  • Jika berkunjung ke Dubai sekitar Mei atau Jun, anda disaran membawa krim tabir suria dan pelembap kerana cuacanya yang panas dan kering.
  • Andai berkunjung ke Dubai pada penghujung tahun, cuacanya sejuk dan mendamaikan, namun anda tetap disaran mengoleskan losen bagi mengelakkan kulit daripada alami kekeringan. 

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Sheila Mohamad (Berada pada aras 148 di bangunan Burj Khalifa.)

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    20 Pantang Larang Kuno Untuk Bakal Pengantin — Pelik-pelik Tapi Mujarab dan Ada Logiknya

  • Seterus →

    6 Cara Paling Berkesan Menabung Wang Secara Konsisten Setiap Bulan