Nov 24, 2016 - 6680

Ini yang Boleh Anda Pelajari daripada Mawar Rashid Kalau Nak 'Viral' di Media Sosial

Siapa dia Mawar Rashid? Namanya menjadi popular di media sosial selepas video Keek. Kenali gadis ini sebelum dia menjadi selebriti hari ini.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

NAMANYA mula dikenali menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015, gadis berusia 21 tahun ini pernah dilanda kontroversi tahun lalu sewaktu dia menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja. InTrend berkesempatan temu bual gadis vitual ini sebelum dia melangkah masuk dalam industri seni ini. 

 

Mawar Rashid cukup popular di media sosial. Lima perkataan bagi menggambarkan karakter anda?

Peramah, outgoing, cheerful, setia dan humble. 

 

 

 

 

Bila mula berinstagram? Berapa ‘followers’ sekarang?

Mawar mula berinstagram pada Disember 2013 dan followers sekarang sekitar 790,000. Target Mawar 99,999 followers, hehehe... Keek pula Mawar ada 91,062 followers.

 

Bagaimana jaringan media sosial mengubah hidup anda?

Setakat ini Mawar jalani kehidupan seperti biasa sahaja. Alhamdulillah, Mawar senang dapat berhubung dengan sesiapa sahaja. 

 

 

 

Apa perasaan anda, apabila nama anda popular di media sosial? 

Mmm... tak tahulah! Mula-mula dulu rasa terkejut sebab saya bukanlah artis dan tidak pernah ada niat nak buat video di Keek untuk jadi popular. Sekadar suka-suka sahaja. 

 

Dalam sehari, berapa banyak gambar atau video anda muat naik di Instagram atau Keek?

Mawar akan post gambar tiap-tiap hari dalam Instagram. Pun begitu, tidak lebih lima gambar sehari. Jika liputan internet tidak ada, Mawar tidak akan post apa-apa (ketawa). Dalam Keek pula, apabila ada video menarik, barulah Mawar post. Tetapi bukan setiap hari, mungkin dua minggu sekali atau lebih. 

 

<<<10 ‘Instagram Influencer’ yang Anda Mesti Follow!>>>

 

 

 

Menangani komen yang negatif dan kurang manis secara terbuka di media sosial?

Mawar akan terima komen-komen negatif sebagai pengajaran dan akan delete komen itu untuk elakkan pertelingkahan di Instagram sebab ada yang tolong menjawab, membela dan sebagainya. Kemudian Mawar tidak akan respons dan cuba lupakannya. 

 

Satu perkara yang anda tidak akan sekali-kali kongsi di Instagram? 

Mawar tidak akan post hal-hal peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi dengan khalayak. 

 

 

Selain hashtag #OOTD, hashtag fesyen apa yang anda selalu gunakan?

#Love, #life, #happy, #mawarstyle, #mawafaz, #mawarashid dan #rose. 

 

Kehidupan tanpa media sosial? 

Boring. Jika tak update seperti katak di bawah tempurung. 

 

Terangkan gaya fesyen anda? 

Mawar sering menggayakan fesyen yang ringkas dan yang penting selesa. 

 

 

Membeli pakaian/beg/kasut di butik atau ‘online’? Jika ‘online’, namakan blog tersebut?

Mawar lebih suka shopping di butik sebab boleh belek-belek barang (ketawa). Sementelahan Mawar tidak tahu apa yang mahu dibeli secara online sebab Mawar dapat banyak tajaan daripada butik online. 

 

Selain bergambar, apakah hobi anda yang ‘followers’ mungkin tidak tahu?

Saya suka berkaraoke, menonton filem dan luangkan masa bersama keluarga dan teman-teman. 

 

Anda mempunyai ‘Fan Club’ sendiri yang menghimpunkan peminat- peminat tegar?

Ya, Mawar ada Fan Club. Untuk Instagram – mawarashidfanpage dan Twitter – mawarashidfans. Kedua-duanya tidak pasti bila ditubuhkan, tetapi sekitar 2013. 

 

 

Jika anda diberi peluang berlakon, watak apa yang ingin anda lakonkan?

Kalau diberi peluang dan pilihan, Mawar mahu cuba bawakan semua watak. Sebab kalau Mawar mampu membawa semua watak dengan bagus, sudah tentu Mawar berbakat orangnya (ketawa). 

 

Nyatakan tiga akaun Instagram yang anda ambil sebagai inspirasi? 

Akaun , dan . 

 

Laman sosial yang anda sering gunakan selain Instagram? 

Twitter dan Facebook. 

 

 

Melihat cara anda bergambar atau rakaman video di media sosial, anda nampak seperti seorang yang periang dan peramah. Itukah personaliti sebenar anda? 

Mawar memang seorang periang dan peramah. Dalam rakaman video, Mawar senang menjadi diri sendiri. Macam mana Mawar di luar, begitu juga Mawar dalam video. Mawar suka bertegur sapa, berkawan dan tidak suka bermusuh. 

 

Apa reaksi ibu bapa anda ketika mengetahui nama, gambar dan video anda popular di media sosial? Adakah ibu bapa membantah, mengkritik atau menyokong sepenuhnya? 

Sejak kecil, mummy memang nak Mawar jadi model atau pelakon. Mummy letak harapan pada Mawar daripada lapan adik-beradik untuk mengikut jejak langkahnya yang pernah bergelar Miss Thailand suatu ketika dulu.

Jadi, apabila sudah mula dikenali, mummy tidak putus-putus bagi semangat untuk menceburi industri media sosial ini. Kalau ada apa-apa, mummy lagi teruja berbanding Mawar. 

 

 

Jika anda tidak kisah, bolehkah anda berkongsi tentang ibu bapa anda?

Mummy berasal dari Chiengmai, Thailand. Dia seorang yang sporting dan selalu menyokong serta bagi semangat untuk kami adik-beradik dalam melaksanakan apa sahaja, yang penting berjaya. Mummy juga tegas kerana dia adalah ibu tunggal – main peranan sebagai ibu dan ayah, kena jaga dan sara kami adik-beradik. Papa meninggal dunia ketika Mawar dalam darjah enam. Papa berasal dari Kota Bharu, Kelantan. 

 

Nyatakan pengalaman buruk anda di media sosial?

Orang pernah ambil gambar Mawar, kemudian diedit dengan tujuan untuk mengaibkan Mawar. Sejak itu ramai yang bercakap buruk tentang Mawar. 

 

 

Jika anda diberi peluang mencipta satu laman sosial, bagaimana rupa dan fungsi laman sosial anda?

Jika Mawar diberi peluang mencipta laman sosial, ia akan kelihatan ceria dan menyeronokkan. Laman sosial itu juga berfungsi untuk meningkatkan keyakinan remaja bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. 

 

Pernahkah anda ditimpa masalah di laman sosial seperti akaun palsu, akaun di‘hack’, gambar diedit, gambar dipalsukan atau komen yang negatif? Bagaimana anda menerimanya? 

Ya, seperti yang Mawar jelaskan sebelumnya, ada individu yang mengambil gambar Mawar dengan tujuan untuk memalukan diri ini. Foto itu diedit lalu dimuat naik agar semua yang melayari media sosial dapat melihat aib yang diciptakan.

Natijahnya, ramai yang memberi tanggapan buruk terhadap Mawar. Tapi Mawar hanya dapat bersabar dan buat tak tahu sahaja, buat seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku dan teruskan hidup dengan penuh ceria. 

 

 

Tanggapan anda tentang media sosial zaman sekarang?

Penggunaan media sosial yang begitu meluas di Malaysia membawa banyak manfaat. Ia sangat bagus kerana boleh membantu individu mencari rezeki misalannya perniagaan online. Selain itu, kita dapat mengenali insan yang berbakat sambil memungut idea baru. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    15 Momen ‘Daddy-Baby Bonding’ Buat Netizen Cair Bila Melihatnya

  • Seterus →

    Majlis IJAB dan KABUL Selebriti Malaysia yang Paling dicari di Laman Google