Nov 01, 2016 - 7604
Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia, Instagram Rozita Che Wan, Sazzy Falak
CABARAN menjadi ibu pada zaman cyber ini tidak mudah. Apatah lagi setiap seorang daripada mereka ini bergelar selebriti. "Setiap hari, banyak kerja saya uruskan. Sebab itu kalau tak mampu, suami kena membantu. Ya, suami keluar bekerja dan dia memerlukan isteri untuk membantunya. Tetapi dalam urusan tertentu, suami perlu membantu (seperti dalam memantau) media sosial," kata Hanez Suraya dalam temu bual bersama InTrend.
"Anak-anak sekarang sangat bijak, pada umur empat tahun mereka sudah ada gajet sendiri. Akiviti mereka perlu dikawal."
Seperti ibu-ibu lain juga, mereka, ibu-ibu selebriti, mendepani cabaran serupa dalam membesarkan anak-anak.
"Pertama kali ke luar negara bersama bayi, memang sangat mencabar," akui Fouziah Gous. Semua benda kena buat sendiri. Oleh kerana masa itu Zeeshan masih bayi, saya mesti pastikan aspek kebersihan terjaga. Bukannya senang nak steril barang di hotel. Di Hong Kong dulu, saya buat semuanya. Bangun awal, pam susu, kemudian sebelum keluar saya menyusukannya dulu. Sebenarnya saya memang ada banyak kerja tapi dalam minda ini, semuanya tentang anak saja," tambah Fouziah lagi.
Meraikan jasa ibu seluruh dunia yang tidak pernah berhenti 24/7, InTrend bariskan 15 InTrend Supermom yang menjadi inspirasi ibu-ibu muda Malaysia. Jom kita tengok siapa mereka.
IBU: FASHA SANDHA
ANAK: PUTRI TAYSHA JEMAIMA & PUTRA RAYFAL RAMLI
IBU: NORA DANISH
ANAK: PUTRA RAYQAL RAMLI
IBU: HANIS ZALIKHA
ANAK:
IBU: IRMA HASMIE
ANAK: REDZA SYAH IRFHAN & IRMA NUR NAYLIE
IBU: RITA RUDAINI
ANAK: AIRIT RAYAAN RIZQIN & AIRIT RAFQA ARJUNA